Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

Memaparkan catatan dengan label research. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label research. Papar semua catatan

jom Dating :)

assalamualaikum....hari ni sy nak share kat anda la tentang sesuatu topik yang lama dah patut kita tahu dan amalkan dalam masyarakat...topik apa? mesti la pasal Dating...dating?hehe yups dating...ala-ala romantik la... hehe tapi sebenarnya kita perlu ubah dating orang zaman sekarang terutamanya golongan remaja, dan belia... :)

mesti anda terfikir cara dating macam mana yang sy maksudkan...betul tak?jom kita tengok pic kat bawah nie...


inilah dating yang sy maksudkan...hehe kebiasaannya orang dating nie bawa kawan or adik sebagai teman untuk cover line,tapi ini baru la best....bawa la bakal ayah mertua dating sama-sama dengan anak dara dia... baru namanya lelaki sejati...hehe sebab apa sy cakap macam tu?sebab lelaki tu berani dan kalo tetibe tangan lelaki tu gatal nak sentuh anak orang, bakal bapa mertua dia kuar parang...hehe pe macam?ada lelaki kat luar sana berani sahut cabaran nie?hehe

seperti yang kita tahu,kita diajar menjaga adab dan batas pergaulan agar kita tidak terjerumus ke lembah maksiat...betul tak?dan itulah cara yang baik...dengan bawa ayah kepada pasangan bersama, kita tidak berani buat sesuka hati...tapi kita perlulah ingat, meskipun nak dating tu dan orang lain xnampak, ALLAH Maha Melihat dan Maha Mengetahui akan segala sesuatu perkara dari sebesar perkara hinggalah sekecil perkara sekalipun... :)

bila tengok pic nie,lucu la pulak...bakal ayah mertua pula bermanja dengan bakal menantu...haha tapi takpelah...jika kita nak amik hati pasangan,perlu amik hati kedua ibubapa pasangan gak untuk menjaga hubungan yang baik dan merapatkan hubungan kekeluargaan... :)

sampai disini sahaja dapat sy share...apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

politik la pula :)

assalamualaikum...hari ini sy ingin share la sedikit mengenai apa yang terjadi kat negara kita...semakin hari semakin banyak pula cerita panas sensasi...macam kedai kopi waktu malam la plak...hehe tapi itulah realiti kehidupan kita sebagai manusia..memang pelbagai ragam manusia nie...hehe

pabila pilihanraya semakin hampir,semakin banyak gerakan yang mula bangkit mempertahankan hak rakyat dan ada pula yang cuba mengaburi mata rakyat dengan harta benda dan kekayaan...itulah kenyataan...sy sebenarnya nak share la sikit kat anda semua...kita buka mata dan buka minda kita...jangan pula buka pakaian anda plak macam yang terjadi pada orang zaman sekarang yang berbaju tetapi seperti tak berbaju...sy rsa anda faham kata-kata sy nie... :)

sy nak share 1 pic yang sy jumpa kat mr.google...thanks to ALLAH coz share it to me... :)

inilah pic yang sy maksudkan... kalo kita zoom pic nie, tertulis "Anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu"... wah!! UMNO lagi...ish2....boleh-boleh cakap PAS tu parti ajaran sesat dan Ancam Akidah Ummah lagi tuh...nie memang bahaya la...kenapa sy cakap macam tu? jom kita pergi melawat ke negeri kelantan... sy share 1 pic dari kelantan....



korang rasa-rasa la,ada tak papan notis macam nie kat negeri lain?mungkin ada yang cakap ada, tapi bukan semua...UMNO kata PAS ancam AKIDAH UMMAH, tapi UMNO pula? :)

sy tak nak la tuduh UMNO macam-macam tapi kita lihatlah sendiri, terlalu banyak masalah sosial yang berlaku...apabila masalah berkenaan agama, ramai tuduh PAS tak amik tindakan...huhu sebenarnya anda tidak melihat gerakan orang-orang PAS dalam memupuk remaja,kanak-kanak dan orang tua dalam kembali kita ingat kepada Pencipta...sy melihat mereka tetap melaksanakan gerakan mereka meskipun ada kekangan kewangan dan kerajaan pula? teringat pula pasal duit baitulmal...apa guna duit baitulmal? banyak duit tu boleh guna untuk gerakan dakwah dan kesedaran tentang islam...tapi sayangnya ada yang tak dapat terima...

jom kita tengak jemaah tabligh pula...mereka sanggup guna duit mereka ke jalan ALLAH... mereka menggerakkan gerakan mereka menyeru manusia kembali kepada ALLAH dan menginsafi akan kesalahan lalu,tetapi UMNO?ada guna duit sendiri?guna duit rakyat ada la... inilah realiti kehidupan kita...

seharusnya Pemimpin patut memberi contoh yang baik kepada rakyat...lihat sultan kelantan...

sultan kelantan turun padang kutip sampah dan gotong-royong dengan rakyat... 

sultan kelantan jadi imam kepada rakyat dan tok guru nik aziz pun jadi makmum...

tok guru nik aziz dengan sultan kelantan... mesra... :)

inilah yang patut pemimpin contohi...pemimpin kene jadi imam kepada rakyat dengan berlandaskan agama, bukan berlandaskan akal semata-mata...ingat balik, umat islam perlu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta pemikiran akal yang tidak bercanggah dengan islam...that the best way... :)

jadi, kepada rakyat malaysia, jadilah rakyat yang bijak mencari pemimpin...memilih pemimpin bukan kerana bangsa dan pengaruh mereka,tetapi kerana akhlaknya yang baik dan mampu pimpin kita ke jalan ALLAH...apa yang baik,datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

hari jadi?

assalamualaikum...hari ini sy ingin share sesuatu kepada anda semua mengenai research sepanjang perjalanan hidup sy... hari ini sy akan berkongsi sedikit cerita mengenai hari jadi...hari jadi?ada apa dengan hari jadi? pasti anda pelik dengan tajuk kali ini...

sepanjang perjalanan hidup sy dan sepanjang pergi ke majlis hari jadi dan kesyukuran, tidak pernah sy melihat adat yang pelik...tetapi semakin perubahan zaman,semakin pelik orang malaysia terutamanya remaja meraikan hari jadi kawan-kawan mereka... ada yang melemparkan kek, tepung, air dan telur pada muka kawan mereka dan yang lebih sedihnya melemparkan telur busuk pada kawan yang pada hari itu adalah hari jadi dia...

adakah ini adat kita?adakah ini yang diajar oleh agama serta guru kita? pastinya tidak...tetapi mengapa kita melakukan perkara sedemikian?ada yang mengatakan "untuk bergembira","untuk merapatkan hubungan kawan" dan sebagainya tetapi itu bukanlah alasan yang dapat diterima secara umum...perkara sedemikian boleh dikira sebagai perkara tidak baik kerana anda telah menghabiskan duit anda semata-mata untuk mengenakan orang lain,menjatuhkan maruah orang lain dan menyusahkan orang lain...mengapa sy mengata sedemikian? anda membeli tepung dan telur semata-mata untuk mengenakan kawan anda sedangkan ia adalah makanan...anda menjatuhkan maruah orang dengan mengotorkan kawan anda didepan orang ramai...anda menyusahkan orang lain iaitu anda menyusahkan pihak 'cleaner' untuk membersihkan apa yang anda lakukan dan anda menyusahkan kawan anda yang terkena oleh anda dengan membersihkan diri mereka...

sebaik-baiknya tidak perlulah kita meraikan hari jadi anda dengan cara ini...tetapi raikan hari jadi kawan anda dengan cara yang baik atau memberikan mereka sesuatu penghargaan semperna memperingati hari lahir mereka dan memberi sokongan kepada kawan anda untuk menempuhi hari-hari mendatang...itulah cara yang baik...tidak perlulah kita mengenakan kawan kita kerana takut ada salah faham dan boleh menyebabkan pergaduhan antara anda dan kawan anda...



sekakat ini sahaja perkongsian sy...diharapkan kita tidak mengikut perangai-perangai pelik dari sesuatu bangsa yang tidak baik dan amalkan adat kita yang baik dengan cara yang baik...hargai kawan anda selagi mereka baik dengan anda... yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...


lgu khas buat wanita

assalamualaikum...hari ini sy ingin share sesuatu kepada anda...hari ini sy ingin berkongsi mengenai sebuah lagu dulunya diminati pemuda-pemuda...sy cuba mendapatkan maklumat ini dari 1 sesawang yang memberi info2 mengenai lagu tersebut beserta dengan blog dan FB penyanyi tersebut.

lagu yang sy maksudkan adalah 'Minah Tudung'...pasti ramai yang mendengarnya sebelum ini...lagu ini adalah lagu rapp...lagu ini dicipta oleh orang singapura dan lagu ini berasal dari lagu kumpulan Pitbull tajuknya CULA... kalo anda dengar lagu asalnya CULA, anda akan tau maksudnya tetapi penyanyi rapp singapura pula buat lagu tu bertentangan dengan lagu asal yang negetif...

lagu minah tudung ni dicipta oleh saudara Hafiz As'ari dari singapura...mungkin dia buat lagu ni untuk tujukan kepada semua perempuan sama ada yang bertudung atau tak supaya jagalah aurat korang...betul juga apa yang dia sampaikan dalam lirik dia...

memang kenyataannya ramai remaja perempuan sekarang di depan ibubapa baik tetapi di belakang ibubapa mereka,mereka umpama menconteng arang kat muka ibubapa mereka dengan mendedahkan aurat...sebagai contoh kita lihat sama ada di IPT dan sekolah...bila depan guru dan ibubapa, mereka jaga aurat, tetapi bila kuar je sekolah atau kuliah, 'terbang' segala pemakaian yang sopan...meskipun bukan semua yang sebegitu yang buka tudung dan pakai seksi2, tapi ada yang pakai tudung dan baju, tetapi pakai baju adik...maksudnya memakai pakaian yang ketat itu juga memdedahkan aurat dan mendedahkn sebahagian dada dan lengan juga adalah aurat...

sy juga melihat kat youtube pun ada lagu minah tudung versi perempuan yang memg kurang sopan... sy rasa ibubapa mereka dah beri pendidikan yang cukup tetapi sayangnya mereka tidak menggunakan ilmu dan akal mereka dengan baik...jika anda seorang yang bijak,anda tentu ingin berjaya di dunia dan di akhirat...

tapi mengapakah wanita-wanita diluar sana masih memekakkan telinga mereka dan mengeraskan hati mereka dengan mendedahkan aurat?dengan jujurnya lelaki yang xdapat tahan nafsu akan cakap "best nie kalo dapat main" ,  "mantap body,mesti masih fresh" tetapi ingatlah anda memurahkan diri anda pada lelaki... islam mengangkat darjat wanita yang pada zaman dahulunya sebagai hamba seks menjadi wanita yang dihormati, tetapi anda dengan mudahnya merendah atau memurahkan harga diri anda...


semoga wanita-wanita yang berada diluar sana berfikir sejenak dan kembali menutup aurat anda kerana seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah...kepada lelaki sama ada pemuda , suami ,bapa , pak cik dan sebagainya, ingatlah firman Allah dari surah Al-Ahzab ayat 59 dan beranilah menegur wanita yang mendedahkan auratnya kerana anda akan ditanya akan di akhirat kelak akan perkara yang anda lakukan di dunia...



ni pula video yang budak lelaki uitm buat khas buat wanita yang masih degil mendedahkan aurat...tapi xperlulah sebegitu ya... apa yang penting,tegur secara berhikmah dan doakan perubahan mereka :)

sampai disini sahaja perkongsian sy,apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri :)

kisah sebalik April Fool

assalamualaikum...hari ini sy ingin berkongsi sedikit kisah sejarah umat islam...kisah ini adalah kisah yang menyedihkan dan memilukan...ia semestinya bersemperna dengan tarikh 1 April...ada apa dengan tarikh itu? semestinya ada yang ingin tahu..."bukan masa tu APRIL FOOL ke?" pasti ada jawapan sebegitu. "jom kita kenekan orang lain semperna APRIL FOOL"...pastinya ada yang akan mengatakan sebegitu...tetapi kisah benarnya tidak pernah orang lain tahu mengenai tarikh itu....

APRIL FOOL atau APRIL MOP dinamakan dan dirayakan oleh orang nasrani bersemperna peristiwa berdarah dimana umat islam di spanyol telah ditipu dan telah dibunuh...itulah sejarah disebalik perayaan itu...




Sejarah April Fool

The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. ia bermula pada sejarah kejatuhan empayer islam di spanyol.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Keadaan seperti itu berlangsung hampir 6 abad.

Selama itu juga orang kafir yang masih di sekeliling Sepanyol tanpa kenal erti penat berupaya merosakkan umat Islam dari Sepanyol, namun mereka gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tetapi tidak berhasil. mereka mengirim perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara sembunyi mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari supya lalai dari membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim ulama palsu yang kerjanya untuk  memecahbelahkan umat Islam Sepanyol. rancangan itu membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera Salib. Penyerangan oleh tentera Salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibunuh dengan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluk. Granada merupakan daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera salib terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah. Tentera Salib mengumumkan kepada muslim Granada, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian kata tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya(1 April), ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.


itulah kisah disebalik APRIL FOOL...bagi umat Islam yang merayakan perayaan ini,ini bermaksud anda merayakan peristiwa umat islam di spanyol dibunuh beramai-ramai dengan kejam.

hukum merayakan April Fool juga jatuh HARAM dan bagi umat islam yang merayakan perayaan ini adalah tanda orang munafik. untuk lebih lanjut sila layari :
 http://ustazazhar.net/v01/fatwa-hukum-menyambut-april-fool-2/
http://hapipiborhan.blogspot.com/2012/03/hukum-menyambut-april-fool.html


salah siapa?


assalamualaikum...hari ini sy ingin share sesuatu kepada anda tentang sesuatu yang berlaku kepada masyarakat skrg.

adakah anda mempunyai couple? ya atau tidak? hanya 2 jawapan sahaja ada dan itulah kenyataannya...tajuk hari ini adalah berkenaan salah siapa...

mengapa anda ber'couple'? banyak jawapan yang sy terima adalah "sebab kami saling sayang menyayangi". ya,memglah begitu...setiap ciptaan ALLAH mempunyai pasangan dan setiap pasangan itu ALLAH dan tentukan jodohnya...

sy sering melihat pasangan yang sedang hanget bercinta ini selalu berdua-duaan dan kalo ada yang 'pintar' pula ber'dating' dengan membawa kawan2 bersama atau adik mereka untuk 'cover line' dorang untuk mengelakkan diketahui orang... itulah hakikatnya...

tetapi sy ingin menghuraikan berkenaan pasangan yang selalu berduan-duaan di tempat yang sunyi contohnya di tepi sungai, di dalam semak, di atas bukit, di tepi laut dan sebagainya la...mengapa perlu di tempat yang sunyi? ramai yang jwb "pirvacy".

wah!!! sampai begitu sekali...dunia2...syaitan ini memang licik...dari seorang wanita dan seorang lelaki yang tidak mengenal apa itu couple,dibisikkan ke dalam hati supaya mempunyai perasaan syg konon dan diatur perjalanan hidup mereka ke lembah maksiat sehinggalah ber'couple'...

tetapi yang lebih liciknya adalah pabila pasangan telah berdua-duaan di tempat yang sunyi, bermula lg rancangan syaitan untuk menghasut pasangan membuat zina yang lebih besar lagi...sy nak share la 1 pic nie....



apa pandangan anda berkenaan pic ni?lihatlah...dimana sahaja kita berada,syaitan sentiasa ada untuk menghasut kita melakukan kemungkaran...syaitan sungguh licik mempermainkan manusia kononnya couple itu indah sehinggalah mencapai matlamat mereka iaitu menyesatkan manusia jauh dari agamaNYA...

pabila terlanjur, lelaki dan perempuan saling menyalahkan antara 1 sama lain...tetapi ingatkah mereka,semasa mereka ber'couple',mereka saling tolak ansur antara 1 sama lain,tetapi pabila terlanjur pula? itulah realiti skrg...sy melihat dalam kalangan masyarakat skrg,byk yang berkahwin kerana ketelanjuran...

apakah punca sehingga mereka blh terjebak dalam dunia yang fana penuh dengan tipu daya ini? puncanya ialah :

salahkan diri anda sendiri dan jangan salahkan orang lain...

mengapa sy berkata sedemikian?kerana ia memang kesilapan diri sendiri yang tidak berusaha menjauhi diri daripada perkara mungkar dan menjauhkan diri dari ALLAH...

sy melihat dalam isu-isu keruntuhan akhlak,tidak banyak menyalahkan diri mereka sendiri, bahkan menyalahkan orang lain dahulu...itulah bezanya...sebenarnya segalanya perkara yang ingin kita lakukan perlulah berfikir dan bukanlah mengikut hawa nafsu serta bisikan syaitan semata-mata...ALLAH telah membantu diri kita sebenarnya dengan menghantar orang yang menyampaikan nasihat serta peringatan kepada kita tetapi kita sahaja yang tidak menerimanya...

setakat itu sahaja perkongsian sy...yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

Halal dan Haram


assalamualaikum...hari ni sy ingin berkongsi sedikit perkongsian yang menarik perhatian sy...
kita sering mendengar isu HALAL dan HARAM di negara kita dan fatwa berkenaan sesuatu barang...

itulah hakikatnya...isu halal dan haram ini penting dalam kehidupan kita supaya diri kita tidak memakan makanan yang bahannya adalah bahan dari sumber yang haram contohnya dulu isu kek lapis sarawak yang menggunakan magerin yang mengandungi lemak babi...

tetapi kita lihat manusia sekarang hanya menitik beratkan isu halal dan haram berkenaan makanan dan barangan sahaja...betul x? itulah kenyataannya... tetapi sedarkan kita akan isu HARAM yang sering menimpa dalam masyarakat kita?

isu yang sy maksudkan adalah isu sentuh orang bukan muhrim iaitu orang yang kita haram sentuh dan orang yang boleh kita kawin contohnya kawan anda yang berlainan jantina atau pasangan yg status belum kawin...hehe

sedar kah anda isu itu ataupun buat-buat tidak tahu? inilah topik sy pada hari ini...sy sering melihat pasangan yang belum berkahwin berpegangan tangan semasa keluar bersama-sama. ada yang berkata "kami dah bertunang,salah ke kmi sentuh?" huhu adakah mereka cuba menghalakan sesuatu yang haram?

sy ingin share 1 pic berkenaan dengan topik sy hari ini...


apa pandangan anda berkenaan pic ini?hehe

lelaki itu hanya tahu isu halal dan haram berkenaan makanan serta barangan...siap was-was lagi dengan barangan murah...tapi mengapa xwas-was pegang tangan awek dia ye?hehe awek dia plak respond kat bf dia ni xfikir halal dan haram pegang tangan...hehe

itulah yang terjadi dalam masyarakat kita...jangan ambil skop yang besar tetapi amiklah skop yang kecil iaitu tempat belajar anda...mesti ada yang anda lihat kawan2 anda tidak segan silu berpegangan tangan.btl x?

apa pula tugas kita sebagai orang yang melihat? jika anda mampu,tegurlah iaitu cegah dgn tangan anda...xmampu?cegahlah dengan kata2 berhikmah.kalo itu pun xmampu,cegahlah dengan hati iaitu membenci perbuatan itu daan mendoakan mereka kembali kepadaNYA... :)

setakat itu sahaja perkongsian sy pada hari ini...apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri sy sendiri... 


pesanan muslimah kepada muslimin

assalamualaikum...hari ni sy rsa sy nak share sesuatu kat korang sume sesuatu perkara yang kita lihat luarannya teguh tetapi dalamannya goyah....

apa yang sy ingin sampaikan ini adalah berkenaan dengan wanita...itulah tajuk utama sy....
seringkali kita melihat dalam kehidupan kita xkira dimana sahaja, mesti akan berlaku gurauan antara muslimin dan muslimat...tetapi kita tidak mengetahui perkara yang kita lakukan boleh mendatangkan sesuatu yang kadangkala tidak patut timbul...

sy nak share 1 pic yg sy terjumpa dari 1 sesawang nie...dan sy memang terasa dengan ayatnya...dan memang patut pun sy terasa untuk mengingatkan diri sy dan akan tugas sy sebagai hambaNYA...


apakah yang terlintas dalam diri anda apabila membaca ayat dalam pic nie?
pic ni berkenaan dengan pesanan dari kaum hawa kepada kaum adam... sy tertarik dengan ayat dalam pic nie..

sebelum sy deaktif FB dahulu, sy melihat semakin ramai yang post berkenaan dengan cinta...ada apa dengan cinta? mengapa kurang penceritaan mengenai dakwah, dan perjuangan islam? adakah mereka lupa akan tugas mereka sebagai hambaNYA? itulah persoalan yang bermain dalam fikiran sy...

kembali kepada tajuk utama, sy cuma dapat berkata bahawa memang benar ayat di atas tersebut iaitu jangan cuba bergurau mengenai soal hati meskipun kita melihat luarannya mantap bagai bidadari tetapi kelemahan utamanya adalah hati jika disentuh...

sy cuma boleh katakan bahawa jangan kita salahkan kaum adam sahaja tetapi salahkan diri sendiri juga jika diri kita boleh mencuri hati orang lain. apa yang islam ajar? islam ajar kita menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita.betul tak? mari kita refresh kembali kisah nabi Musa dan dua orang gadis iaitu anak dari seorang tua yang soleh.ada cerita mengatakan orang tua itu adalah nabi Syu'ib.

Didalam kisah Nabi Musa itu, Nabi Musa telah membantu 2 orang gadis itu semasa memberi biri-biri ternakan mereka minum.lalu 2 orang gadis itu menceritakan pada ayahnya mengenai Musa.ayah 2 orang gadis itu menyuruh anaknya memanggil Musa datang ke rumah.Nabi Musa bersetuju tetapi ketika dalam perjalanan ke rumah orang tua itu,angin bertiup sehingga menyentuh pakaian 2 orang gadis itu lalu Nabi Musa menundukkan pandangan kerana malu dan Nabi Musa ingin berjalan di hadapan 2 orang gadis itu dan menyuruh 2 orang gadis itu menunjukkan arah jalan ke rumah mereka.

lihat bagaimana peribadi Nabi Musa...menjaga adab dan pandangan dengan baik. mari kita renungkan kembali bagaimanakah pergaulan kita dengan orang bukan muhrim. adakah kita menundukkan pandangan kita?adakah segala percakapan kita hanya penting sahaja atau jauh menyimpang?adakah pergaulan kita melebihkan gurauan berbanding perbincangan yang penting sahaja?

sy teringat akan kata-kata daripada seorang kakak yang sy sayangi.dia mengingatkan sy bahawa menjaga batas-batas pergaulan adalah penting.dan jika ada yang penting,bercakaplah perkara yang penting sahaja dan kurangkan gurauan dalam pergaulan antara orang bukan muhrim anda. dan kata-katanya masih segar dalam ingatan.

lihatlah perbezaan pergaulan orang soleh/solehah dan orang biasa.perbezaan yang ketara. bukan? mungkin ada yang tertanya,"bagaimana pula dengan sms,email dan calling?" sebenarnya sama sahaja.cuba elakkan pergaulan yang boleh memberi kesan kepada hati.

setakat itu sahaja yang dapat sy share kepada anda semua.yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri ini. maafkan sy jika terkasar bahasa dan tegur serta ingatkan sy kembali jika sy lalai dari mengingatiNYA.

mentaliti mahasiswa sekarang

assalamualaikum...hari ni sy ingin berkongsi sedikit berkenaa mentaliti mahasiswa/wi skarang...
ini berdasarkan research sy selama sy memasuki IPTA...

seperti yang kita sedia maklum sekolah dan IPT adalah berBEZA...
dan kini diiringi lagi dengan slogan bru dari KPTM iaitu "Transformasi" kearah yang yang lebih baik...

tapi berdasarkan mentaliti rakan-rakan sy dan semua orang yang berada dlm 1 IPTA dengan sy, sy melihat mereka umpama "katak bawah tempurung"!! dan "cakap belakang" tapi PENAKUT...

inilah realiti mahasiswa/wi sekarang!!! hanya pandai komplain tapi apabila bawa berjumpa dan berbincang face to face, tak berani...inikah mahasiswa sekarang???

ditambah dengan doktrin senior-senior yang kononnya berpengalaman dalam bidang organisasi tapi cuba menyebarkan virus merosakkan pemikiran junior dengan 'kebebasan' dan hanya pandai 'cakap belakang'...

inikah mentaliti mahasiswa sekarang??? kononnya mempertahankan hak sebagai student untuk membawa rice cooker dalam kolej kediaman tetapi tidak mengkaji kesan negetif barang tu terhadap semua student dan pandai cakap tanpa melihat AKTA KOLEJ KEDIAMAN!!! apabila soket bilik rosak disebabkan lebihan arus elektrik disebabkan rice cooker,mereka menyalahkan EXCO dan PENTADBIRAN!!!

inikah mentaliti mahasiswa sekarang??? berfikir untuk kepentingan diri sendiri dan tidak fikir orang lain. kononnya masyarakat yang saling membantu tapi PENTINGKAN DIRI SENDIRI. apabila susah,baru nak cari orang lain untuk membantu!!!

inikah mentaliti mahasiswa sekarang??? kutuk exco dan pihak pentadbiran yang cuba sedaya upaya perbaiki dan selesaikan masalah student...mengutuk exco dan pihak pentadbiran tak buat kerja tapi pabila mereka sakit,cari exco dan pihak pentadbiran untuk hantar ke klinik atau hospital!!!

inikah mentaliti mahasiswa sekarang??? cakap pasal disiplin KONON!!!tapi diri sendiri takde DISIPLIN MALAH TERUK dan LANGGAR PERATURAN!!! cakap tak serupa bikin!!!

inikah mahasiswa sekarang??? pensyarah cuba untuk improve kualiti student dan beri banyak cara untuk melahirkan student yang baik,tapi memaki hamun serta mencari lect belakang!!! pabila masuk kelas, buat muka baik!!! talam dua muka!!!

inikah mahasiswa sekarang??? pabila pilihanraya, memilih pemimpin hanya kerana muka,famous dan kawan sendiri....sedangkan kita memilih pemimpin yang tahu MEMIMPIN bukan cari pemimpin yang TAK GUNA dan TAK TAHU BUAT KERJA DAN TAK DAPAT PERTAHANKAN HAK STUDENT!!!

inikah mentaliti mahasiswa sekarang???diberi kemudahan hostel, tapi merosakkan dan cakap xpuas hati dengan servis IPT!!!punya kurang ajar mahasiswa mcm ni...bersyukurlah yuran hostel murah dan suma ada berbanding U lain yang bayar MAHAL!!! kalo nak mcm U lain, bayar RM800 setiap semester la...

inilah mentaliti mahasiswa/wi sekarang....ada akal tapi tak guna akal...dan inilah kesan doktrin senior yang merosakkan pemikiran junior....dan tidak bersyukur dengan nikmat ALLAH berikan kepada mereka....inilah mahasiswa pemikiran cetek dan semakin pemalas...

sy ingat kata-kata beberapa lecturer sy....
"kamu boleh lihat lecturer yang pernah berorganisasi dan lecturer yang pernah berorganisasi..."

so,mohonlah kepada mahasiswa yang buat secret group yang hanya tahu mengutuk tu keluar dari bawah tempurung...jangan pandai cakap belakang...

inilah research sy yang paling sy sakit hati untuk buat dan share sebab mahasiswa sekarang semakin tidak berakal...meletakkan nafsu pada atas sekali dan akal pula mcm kat lutut....

maaf jika ayat sy kurang sopan tetapi inilah realiti mahasiswa IPT sy...mohon ubahlah sikap kmu...
sekian...

hukum minum berdiri

assalamualaikum...hari ni sy nak share something kat korang....

hari ini sy nak share about hukum minum berdiri....sy prnh mendengar kata2 dari seorang sahabat...
dia mengatakan bahawa hukum berdiri tu sunat...sy pun membuta amik 100% kata2 dia...

tapi selepas sy buat research dan pemantauan serta kaji balik dari hadis2 tentang hukum minum berdiri, sy dapati ada perlbagai perbezaan pendapat para ulama berkenaannya....

sy share kepada anda beberapa hadis yang menjadikan hujah boleh minum berdiri....



Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, “Aku memberikan air zam-zam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka beliau lantas minum dalam keadaan berdiri.” (HR. Bukhari no. 1637, dan Muslim no. 2027)


Dari An-Nazal, beliau menceritakan bahwa Ali radhiyallahu ‘anhu mendatangi pintu ar- Raghbah lalu minum sambil berdiri. Setelah itu beliau mengatakan, “Sesungguhnya banyak orang tidak suka minum sambil berdiri, padahal aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melakukan sebagaimana yang baru saja aku lihat.” (HR. Bukhari no. 5615)


Dalam riwayat Ahmad dinyatakan bahwa Ali bin Abi Thalib mengatakan, “Apa yang kalian lihat jika aku minum sambil berdiri. Sungguh aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah minum sambil berdiri. Jika aku minum sambil duduk maka sungguh aku pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam minum sambil duduk.” (HR Ahmad no 797)


Dari Ibnu Umar beliau mengatakan, “Di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kami minum sambil berdiri dan makan sambil berjalan.” (HR. Ahmad no 4587 dan Ibnu Majah no. 3301 serta dishahihkan oleh al-Albany)


sy share kepada anda pula hadis yang melarang kita minum berdiri....


Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang sambil minum berdiri. (HR. Muslim no. 2024, Ahmad no. 11775 dll)


Dari Abu Sa’id al-Khudriy, beliau mengatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang minum sambil berdiri. (HR. Muslim no. 2025, dll)


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)


jadi??mana satu yang betul??boleh or tak?? :)
jom kita tgk hadis yang mengatakan BOLEH....kita akan tahu bahawa nabi meminum air zam zam... benar? :)

cuba kita lihat pula pada hadis yang melarang kita minum berdiri...tidak disebut air apakah yang dilarang minum berdiri..betul x? :)

berbalik kepada hadis yang mengatakan boleh minum berdiri tu kata bahawa nabi minum air zam zam sambil berdiri tetapi bukan air biasa...betul x? :)


sy beri hadis tentang air zam zam pula... :)


Nabi mengatakan, “Air zam-zam adalah makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit.” (HR Muslim no 2473) 



Nabi mengatakan, “Air zam-zam itu sesuai dengan niat orang yang meminumnya.” (HR.Ahmad dan Ibnu Majah dalam Targhib wa Tarhib 2/168 al-Hafidz al-Mundziri mengatakan tentang hadits ini, diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang shahih.)


jadi,apa pendapat anda?sy pernah juga membaca artikel dari ustaz love,ustaz azhar,ustaz yang len dan beberapa hukum minum berdiri dlm beberapa artikel... kebanyakan ustaz mengatakan bahawa dibolehkan minum berdiri iaitu air zam zam tetapi makruh jika minum air selain air zam zam.... :)

so,adalah lebih manis dan sopannya jika kita minum secara duduk... :)
sy berharap anda dapat mengetahui sesuatu yang baru hari ini... apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri sy sendiri... :)



game perosak akidah


assalamualaikum...ari ni sy nak share la kat korg pasal game...mesti ramai yang men game...tapi ramai xsedar game tu menghina islam..

pada zaman yang serba moden ni,pasti ramai yang berminat dengan game terutamanya ramaja dan kanak-kanak. Seperti yang kita tahu, kita dan agama kita iaitu Islam diserang dari pelbagai cara terutamanya dri segi hiburan. Hiburan dlm islam tidak salah disisi agama tetapi hukumnya haram jika ia melekakan kita dan menjauhkan diri kita dari mengingati ALLAH. Sy bg contoh dan bukti bahawa islam dihina..jom tgk kat video nie...







Jika kita kembali pencipta game tersebut, pasti musuh-musuh ALLAH yang melakukan untuk menjatuhkan agama Islam meskipun tiada lagi penjajahan nyata tetapi minda dan cara hidup kita dijajah oleh musuh-musuh ALLAH.

Seperti dalam AL-Quran telah menyatakan dalam surah Al-kafirun iaitu surah ke-109 yang bermaksud:
1. katakanalah (Muhammad),”wahai orang-orang kafir!
2.aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,
3. dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
4. dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5. Dan kmu tidak pernah menyemhah apa yang aku sembah.
6. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.

Game itu jugalah merupakan salah satu cara untuk menghina agama ALLAH dan menyesatkan umat Islam terutamanya bagi peringkat remaja. Semoga kita dapat mengambil iktibar dari sudut hiburan dan dapat memantapkan iman kita untuk kembali berjuang membangunkan ummah.

apa yang baik, datang dari ALLAH dan apa yang kurang datang dri kelemahan diri sy sendiri. terima kasih kerana terus membaca :)

antara cinta dan agama

assalamualaikum...

hari ini sy ingin menceritakan sedikit cerita sepanjang kajian dan pemerhatian sy.ini adalah perkara yang kini menjadi masalah yang boleh merosakkan akidah seorang muslim dan membantutkan pelbagai perkara...

cinta..
apa maksud cinta dan cinta apakah yang sy maksudkan?

maksud Cinta didalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd tuhan, negara, orang tua, kebebasan dan sebagainya . 
bagi orang yang hanget bercinta, cinta itu adalah sebuah perasaan kasih dan sayang seseorang terhadap orang yang disayanginya.

Tidak hairanlah pelbagai ungkapan dan pepatah orang dulu yang dijadikan perumpamaan untuk menunjukkan rasa cinta pada pasangan masing-masing. “Lautan api sanggup ke redahi, demi membuktikan cintaku padamu”. tetapi realitinya sanggup ke pasangan anda berenang kat lautan api?hehe ia hanya ayat kiasan atau ayat bunga-bunga untuk permulaan kepada meng'ayat' pasangan mereka. :)

apa pula agama?
ada kaitan ke?sebenarnya ada kaitan. :)
agama bermaksud sesuatu pegangan dan kepercayaan terhadap tuhan serta beribadat kepada tuhan.
kaitan cinta dan agama adalah cintanya kita kepada Tuhan. simple je kan?

tetapi cinta didalam topik ini adalah berkenaan dengan percintaan adam dan hawa serta agama...
sy melihat sepanjang perjalanan sy merantau, sy melihat sesetengah orang rakyat di negara kita lebih mengutamakan cinta kepada pasangan mereka bebanding seruan Ilahi memanggil mereka untuk menunaikan solat untuk menunjukkan cinta mereka kepada ALLAH. :)

sy pernah pergi ke sebuah bandar yang sesak dengan orang ramai terutamanya dalam kalangan remaja yang sibuk bermesra bersama pasangan mereka tanpa segan silu. al maklumlah tempat awam katakan... sy hanya duduk di suatu sudut dimana sangat strategik antara dataran kawasan pasangan bermesra dan masjid...pabila dilaungkan azan, sy melihat pasangan yang sedang asyik bercinta itu tidak mengendahkan panggilan untuk menunaikan solat...

lihat...itulah realiti remaja zaman sekarang.mereka lebih mengutamakan cinta kepada manusia berbanding cinta kepada Tuhan yang menciptakan mereka. jom kita renungkan kembali firman ALLAH.


"Tidak aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" (az-Zariyat:56)

hmm...sewaktu sy dulu mempunyai pasangan, tidak pernah pasangan sy menekankan pada sy untuk solat pada awal waktu dan mengutamakan Tuhan berbanding dirinya...tapi alhamdulillah..kini sy diberi peluang untuk kembali bertaubat...dan alhamdulillah bekas kekasih sy kini faham mana yang lebih penting.. :)

sy ingin berkongsi 1 cerita daripada seorang senior sy yang kini faham agama. dia juga pada suatu ketika dulu pernah dihalang oleh kekasihnya daripada pergi solat pabila laungan azan berkumandang atas alasan "tunggulah sayang abis makan dulu.temankan sayang makan dulu"... wah...menahan orang melakukan amal ibadat pada awal waktu itu balasannya dosa kerna menghalang orang ingin mencari redha Ilahi...kini senior sy pun single dan fokus pada agama dan pelajaran.

mari kita renungkan kembali apa yang telah kita lakukan sehingga hari ini... cinta kepada ALLAH perlulah diutamakan berbanding manusia.. tetapi orang beriman akan sentiasa diuji oleh ALLAH dengan apa yang mereka mampu..dalam firman ALLAH iaitu :


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)




"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (al-Baqarah : 286)


setakat ini sahaja perkongsian sy...apa-apapun,sy ingin menyeru kepada yang masih ber'couple' , masih belum terlambat lagi untuk kita kembali bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka luas. :)
sy ingin mengambil beberapa potong ayat dari sebuah filem 

cinta ini terbahagi kepada 3 :
cinta kerana ALLAH
cinta kerana nafsu
cinta kerana jin(kene buat)

ini yang sy ingat la...apa yang baik datang dari ALLAH dan apa yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri :)

valentine day??betul ke?

assalamualaikum...
hari ni sy nak kongsikan sedikit cerita berkaitan valentine day's...
mesti orang yang sedang hanget bercinta time belum berkahwin nie nak kuar jalan-jalan la,tgk wayang, shopping dan sebagainya. :)

sy terbaca 1 akhbar tempatan dari borneo berkaitan 'hari kekasih tiada kaitan dengan tradisi kristian'...
orang kristian mengatakan "tiada perkataan valentine day's dalam bible"...
ia memang benar tetapi valentine di sambut semperna kisah seorang paderi yang sangat cinta akan seorang wanita...

ia juga sebenarnya merupakan hari dimana manusia melepaskan segala perasaan mereka...tidak semua yang faham cinta...memang ada yang cakap "it's about love, not sex"...itu betul tapi kebenarannya di seluruh dunia?
adakah semua orang berfikiran "ia hanya cinta dan bukan seks"??

jom kita 'refresh' kembali di sekeliling kita semasa valentine day's... mesti anda melihat orang berdua-duan , bercium , berpegangan tangan sedangkan mereka belum berkahwin?

betul?sy mempunyai ramai kawan yang beragama kristian dan faham agama mereka. kawan sy cakap "tiada dalam bible dan dalam ajaran agama kami suruh kami membuat perkara-perkara yang tidak senonoh seperti sex ,bercium, berpeluk dan meraba-raba sebelum kahwin"..

sy sangat menghormati kawan sy itu kerana dia tau agama dia dan faham agama...tetapi orang yang diluar sana yang jauh dari agama pula bagaimana?mari kita lihat kembali sejarah berkaitan valentine day's.


Valentine atau disebut juga Valentino adalah nama seorang paderi Kristian yang sangat berpengaruh dan giat menyebarkan agama Kristian di Rom, iaitu ketika pemerintahan raja yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Raja Rom memenjarakan ramai orang Kristian kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan agamanya. Paderi Valentino juga tidak terkecuali dari tindakan itu.

Walaupun berada dalam penjara, paderi Valentino tetap juga menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan penjara dan perkara ini diketahui oleh Raja Rom yang tidak suka agama Kristian disebar dalam negaranya, lalu beliau sekali lagi diseksa dan akhirnya dibunuh pada 14 Februari 296M. Orang-orang Kristian menganggap paderi Valentino merupakan seorang yang mulia, kerana sanggup berkorban dan mati kerana mempertahankan agama Kristian dan penganut-penganutnya.
Bagi mengingati St. Valentino, maka pada tahun 350M, sebuah gereja dibina berhampiran perkuburan beliau.

Sumber-sumber menyatakan juga, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Sumber-sumber menyatakan lagi, antara kepercayaan orang Rom pada ketika itu, ialah menulis nama remaja wanita pada sehelai kertas, kemudian digulung beberapa helai lagi kertas kosong yang tidak bertulis apa-apa, lalu diletak di atas meja, kemudian dipersilakan remaja lelaki yang berhasrat kahwin wanita itu mengambil sehelai kertas yang disediakan. Jika namanya keluar kepada mana-mana lelaki yang mengambil kertas yang tertulis namanya, lelaki berkenaan diberi tempoh setahun untuk bercinta, sebelum perkahwinan diteruskan atau majlis seumpama itu diulangi lagi pada tahun-tahun hadapan.

Setelah sekian lama budaya ini berjalan dalam masyarakat Rom, kalangan ahli agama Kristian menyatakan rasa kurang senang mereka dengan budaya ini, lalu perayaan hari kekasih ini diharamkan, kerana ramai muda mudi menjadi rosak akhlak, akibat budaya buruk ini tetapi budaya ini dihidupkan semula pada abad ke-18 dan 19 Masihi, iaitu dengan mencetak kad-kad Valentine yang mengandungi ucapan-ucapan seperti Happy Valentine's Day  dan sebagainya.

lihat, alhi agama kristian pada suatu ketika dahulu meng'haram'kan valentine day's tetapi kini dirayakan balik. apa yang telah terjadi? sy setuju mengapa valentine diharamkan kerana memang merosakkan pemuda pemudi zaman sekarang. sy melihat ada segelintir orang kristian tidak menyambutnya kerana mereka tahu pada hari tersebut, ramai pemuda pemudi akan rosak. 

bagaimana pula remaja muslim?anda juga sama. fatwa telah mengharamkan valentine day's. jadi,kita perlulah mengikut fatwa itu kerana di dalam islam juga tidak mengajar kita untuk merayakan perayaan yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang muslim... apa yang baik datang dari ALLAH dan yang yang buruk itu datang dari kelemahan diri sy sendiri...assalamualaikum :)


apa? jaga tepi kain orang?

assalamualaikum...
sedikit perkongsian pada hari ini berkaitan 'jaga tepi kain orang'.
ia merupakan salah satu research sy yang paling susah la nak cakap. tapi dengan keinginan untuk berkongsi kepada semua, sy ingin menceritakan sepanjang pemerhatian sy berkaitan isu 'jaga tepi kain orang'.

kita sering mendengar masyarakat malaysia terutamanya melayu cakap ..
"boleh tak jangan jaga tepi kain orang? kain sendiri tak dijaga,ni kan nak jaga tepi kain orang.sibuk je."

sungguh biadab kata-kata ini...tetapi inilah realiti kehidupan dalam masyarakat majmuk di malaysia. inilah yang berlaku sebenarnya...tetapi di dalam islam tiada istilah 'jaga tepi kain orang' tetapi orang melayu @ malaysia sahaja menggunakan istilah ini untuk mengelakkan dari dinasihat...

sy pernah dikatakan sebegitu ketika menasihat orang lain yang melakukan kesilapan...menasihat dan menegur itu adalah baik kerana ia mengingatkan orang lain dan diri sendiri akan setiap kesilapan manusia. manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

sy pernah cuba membuat kajian dan menegur beberapa orang dari pelbagai pihak berkenaan isu ini..
sy menegur pada orang yang selalu ber'dating' dan kurang faham dari sudut agama.
tahu apa respond beliau?
"ko pehal?xde keje lain ke ko nie?ko nampak x apa kmi sedang buat nie?ko nampak ke kmi tgh berzina kat bangku nie?yang ko sibuk nak tegur gf aq yang xpakai tudung tu kenapa?jagalah kain ko sebelum jaga tepi kain orang lain.takut terlondeh plak kain ko!!"

hmm...uuuuu.....sakit telinga mendengarnya...
tetapi sy meneruskan lagi kajian sy....

sy cuba menegur orang yang sedang beedua-duaan dan faham dari sudut agama.
tahu apa respond mereka?
"maaf la..kami sedang membuat kerja. lain kali kami xbuat lagi..trima kasih kerna menasihati kmi."

hmm...berbezakan antara orang yg faham dan yang xfaham. :)
tetapi itulah realiti....semakin ramai yang 'jahil' agama dan tidak cuba mendalami agama.

apa-apapun teguran itu sebenarnya baik untuk kita... ambil yang jernih,buang yang keruh...
apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...sekian... :)

pantang larang?

assalamualaikum...
hari ini tajuknya pelik sedikit...sebenarnya sy ingin berkongsi pada semua tentang pantang larang yang sy masih lagi tidak memahaminya... pantang larang tidak makan ataupun menyentuh ikan patin... bagi yang biasa makan ikan patin, tidak merasa apa-apa...tetapi ini lain pula ceritanya...sebenarnya sy terkejut dengan pantang larang ini..ada beberapa keturunan atau bangsa di malaysia tidak memakan ikan patin...

sy mempunyai beberapa orang kawan yang tidak memakan ikan patin..ikan patin ini 'famous' di daerah temerloh,pahang dan dikenali sebagai 'bandar ikan patin' tetapi bukan org pahang yang xboleh makan...
sy pernah bertanya beberapa soalan kepada kawan yang percaya akan pantang larang itu...

pelbagai jawapan mereka berikan dan pernah seorang kawan sy menceritakan kisah beliau dengan ikan patin. mak dia cakap semasa dia kecil,dia pernah terkena ekor ikan patin dan menyebabkan kaki dia buruk. ada jawapan lain yang biasa sy dengar bahawa 7keturunan mereka xboleh langsung sentuh or mkn ikan patin kerana ada orang cakap boleh menyebabkan gila , mati dan sebagainya...

itulah jawapan kawan-kawan sy yang tidak makan ikan patin... tetapi sy merasa pelik dengan seorang kenalan sy yang keturunan beliau tidak boleh memakan sejenis ikan laut. tau apa dia jawab? kenalan sy menjawab bhwa 1 family dia makan ikan itu dan Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku terhadap dia sekeluarga...

sy cuba mendapatkan beberapa respond dri beberapa orang yang ustaz atau orang-orang berilmu...
kebanyakan menjawab "jika dia memakan ikan itu boleh menyebabkan penyakit or mati,jadi jauhilah. tetapi jika mereka mempercayai tanpa mengetahui kebenarannya...ambillah  alternetif yang terbaik"...

disini sy ingin berkongsi,dalam banyak pantang larang tidak kira bangsa ada yang bertentangan dengan islam... tetapi sy masih ingat beberapa hadis berkenaan syubhah(ragu-ragu) iaitu :


"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada yang syubhat, manusia tidak banyak mengetahui. Siapa yang menjaga dari syubhat, maka selamatlah agama dan kehormatannya. Dan siapa yang jatuh pada syubhat, maka jatuh pada yang haram. " (HR Bukhari dan Muslim).

`Halal adalah sesuatu yang Allah halalkan dalam kitab-Nya. Dan haram adalah sesuatu yang Allah haramkan dalam kitab-Nya. Sedangkan yang Allah diamkan maka itu adalah sesuatu yang dima`afkan` (HR at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim )

tetapi sy risau kerana kepercayaan itu juga termasuk dalam bab akidah. apa-apapun , rujuklah pada orang-orang berilmu atau ustaz untuk mengetahuinya dgn lebih lanjut. yang baik datang dri ALLAH dan yang buruk itu datang dri kelemahan sy sendiri...sekian terima kasih. :)

perokok dan rezeki

assalamualaikum...
di dunia ni,manusia asik mengeluh tentang xcukup nikmat yang diberikan iaitu duit...
mari kita lihat personaliti diri dan imbas kembali masa lalu kita...
adakah kita seorang perokok??
adakah anda selalu membeli sekotak rokok setiap hari??
kita mengetahui bahawa rokok membahayakan kesihatan,tetapi banyak perokok tidak mempedulikannya...
rokok bukan sahaja membahayakan kepada perokok itu sendiri,malahan ia membahayakan kepada orang disekeliling mereka...
kembali kepada topik perokok dan rezeki,mengapa masyarakat di malaysia khususnya asyik mengeluh tidak cukup duit setiap bulan??
ini kerana perbuatan mereke sendiri yang 'membakar' duit mereka sendiri dan tidak berfikir secara rasional...
apabila mereka tidak cukup duit,mereka mula mengeluh tidak cukup rezeki dan menyalahkan pihak yang lain sedangkan mereka sendiri yang melakukan perbuatan 'membakar' duit di mulut mereka...
cuba anda bayangkan anda membeli rokok murah yang tiada cukai berharga RM2 sekotak...anda membeli sehari 2 kotak...mari kita mengira kos anda 'membakar' duit anda setahun...

RM2 sekotak
1 hari X 2kotak = RM4
30hari X 2kotak = RM120
12bln X 2kotak =RM1440

setahun RM1440??
wow...kayanya perokok ni ye...ini bru sekotak rokok murah yang biasanya ada kat area borneo...kalo orang semenanjung pula mcm mna??kebiasaannya rokok dunhill...RM10 sekotak..mari kita mengira untuk setahun..

RM10 sekotak
1 hari X 2kotak = RM20
30hari X 2kotak = RM600
12bln X 2kotak =RM7200

RM7200??blh beli sebuah moto baru...
inilah dinamakan pembaziran oleh perokok...

apakah alasan perokok yang xnak berhenti??
-susah la...
-sakit la...
-xbertenaga la...

ini semua memanglah betul...
tetapi bukanlah dengan cara berhenti merokok on the spot...
memglah akan sakit dan xbertenaga pabila xmerokok sehari...tetapi cuba kurangkan merokok 1batang untuk 2hari...insyaALLAH berhasil...
kalo x pun,cuba makan pil nikotin...ia dpt kurangkan ketagihan merokok... :)
jadi,kepada orang yang ingin cuba2 merokok,fikirkan kembali...
dan kepada perempuan di luar sana,carilah lelaki yang betul2 xmerokok untuk membina keluarga yang sihat...

ia berdasarkan pengalaman diri sy sendiri dan sepanjang research sy melihat rakan2 sy yang merokok...
sekian... 
:)