hari ini tajuknya pelik sedikit...sebenarnya sy ingin berkongsi pada semua tentang pantang larang yang sy masih lagi tidak memahaminya... pantang larang tidak makan ataupun menyentuh ikan patin... bagi yang biasa makan ikan patin, tidak merasa apa-apa...tetapi ini lain pula ceritanya...sebenarnya sy terkejut dengan pantang larang ini..ada beberapa keturunan atau bangsa di malaysia tidak memakan ikan patin...
sy mempunyai beberapa orang kawan yang tidak memakan ikan patin..ikan patin ini 'famous' di daerah temerloh,pahang dan dikenali sebagai 'bandar ikan patin' tetapi bukan org pahang yang xboleh makan...
sy pernah bertanya beberapa soalan kepada kawan yang percaya akan pantang larang itu...
pelbagai jawapan mereka berikan dan pernah seorang kawan sy menceritakan kisah beliau dengan ikan patin. mak dia cakap semasa dia kecil,dia pernah terkena ekor ikan patin dan menyebabkan kaki dia buruk. ada jawapan lain yang biasa sy dengar bahawa 7keturunan mereka xboleh langsung sentuh or mkn ikan patin kerana ada orang cakap boleh menyebabkan gila , mati dan sebagainya...
itulah jawapan kawan-kawan sy yang tidak makan ikan patin... tetapi sy merasa pelik dengan seorang kenalan sy yang keturunan beliau tidak boleh memakan sejenis ikan laut. tau apa dia jawab? kenalan sy menjawab bhwa 1 family dia makan ikan itu dan Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku terhadap dia sekeluarga...
sy cuba mendapatkan beberapa respond dri beberapa orang yang ustaz atau orang-orang berilmu...
kebanyakan menjawab "jika dia memakan ikan itu boleh menyebabkan penyakit or mati,jadi jauhilah. tetapi jika mereka mempercayai tanpa mengetahui kebenarannya...ambillah alternetif yang terbaik"...
disini sy ingin berkongsi,dalam banyak pantang larang tidak kira bangsa ada yang bertentangan dengan islam... tetapi sy masih ingat beberapa hadis berkenaan syubhah(ragu-ragu) iaitu :
"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada yang syubhat, manusia tidak banyak mengetahui. Siapa yang menjaga dari syubhat, maka selamatlah agama dan kehormatannya. Dan siapa yang jatuh pada syubhat, maka jatuh pada yang haram. " (HR Bukhari dan Muslim).
`Halal adalah sesuatu yang Allah halalkan dalam kitab-Nya. Dan haram adalah sesuatu yang Allah haramkan dalam kitab-Nya. Sedangkan yang Allah diamkan maka itu adalah sesuatu yang dima`afkan` (HR at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim )
tetapi sy risau kerana kepercayaan itu juga termasuk dalam bab akidah. apa-apapun , rujuklah pada orang-orang berilmu atau ustaz untuk mengetahuinya dgn lebih lanjut. yang baik datang dri ALLAH dan yang buruk itu datang dri kelemahan sy sendiri...sekian terima kasih. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan