Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

Memaparkan catatan dengan label hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadis. Papar semua catatan

Hadis 7 Imam Nawawi

assalamualaikum...apa kabar kepada para pembaca? semoga anda sihat selalu di samping keluarga... hari ini sy ingin berkongsi 1 lagi hadis dari 40 hadis Imam Nawawi iaitu hadis yang ke-7.

hadis yang ke-7 ini tajuknya adalah agama adalah nasihat...


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim bin Aus Al-Dari r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
"Agama itu adalah nasihat". Kami berkata: "Untuk siapa?" Baginda bersabda: "Untuk Allah, untuk
kitab-kitabNya, untuk para RasulNya, dan para pemerintah Muslimin dan untuk orang-orang awam mereka".
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
notes :
di dalam hadis ini ayatnya pendek tetapi mengandungi erti dan maksud yang lus dan faedah yang tidak terkira.

Nasihat untuk Allah SWT
-nasihat yang dimaksudkan oleh nabi adalah beriman dengan ALLAH dan menafikan sekutu bagiNya, iaitu tidak mempersekutukan ALLAH SWT dengan sesuatu apapun. ini jelas dengan dalil dari surah Al-Ikhlas. ia juga menganjur kepada umat islam supaya ikhlas beribadat kerana ALLAH.

Nasihat untuk kitabNya
-nasihat yang dimaksudkan adalah beriman dengan kitabNya iaitu Al-Quran sebagai petunjuk orang islam dan merupakan kalimah suci Allah.ini jelas dengan dalilnya dari surah Al-Hijr ayat 9.

Nasihat untuk RasulNya
-nasihat yang dimaksudkan adalah membenarkan (tasqid) risalahnya dan beriman dengan kesemua yang datang bersamanya iaitu Al-Quran dan sunnahnya sebagaimana ianya terwujud dengan kecintaan kepadanya dan keta'atan padanya. ini jelas dengan dalil dari surah Ali-'Imran ayat 31.
-keta'atan kepada nabi juga merupakan tanda kita taat kepada ALLAH.ini juga jelas dengan firman ALLAH dari surah An-Nisa ayat 80.

Nasihat untuk Pemuka-Pemuka Islam
- Pemuka-pemuka Islam adalah pemimpin dan pemerintah islam serta alim ulama'. nasihat yang dimaksudkan adalah suka akan mereka atas pembaikan mereka dalam sistem pemerintahan dan menegakkan islam serta keadilan mereka tetapi bukan kesukaan mereka kerana peribadi atau harta mereka.
-nasihat kita untuk pemerintah yang zalim adalah dengan membantu mereka dalam menegakkan yang hak dan mengingatkan mereka dengannya. hendaklah memperingatkan mereka dengan lemah lembut,berhikmah dan dengan penuh kesabaran.

Nasihat untuk Orang-orang awam kaum Muslimin
-nasihat yang dimaksudkan adalah dengan membimbing mereka ke suatu arah demi kemaslahatan mereka di dalam urusan akhirat dan dunia mereka.

Cabang-cabang Nasihat yang terpenting
-memberi nasihat kepada orang yang meminta sesuatu pandangan atau rundingan.
-menasihati saudaranya semasa ketiadaannya iaitu dengan memberi pertolongan kepadanya dan mempertahankannya.ini menunjukkan akan kejujuran orang yang memberi nasihat.

Adab-adab Nasihat
-nasihat cara sembunyi untuk menutupi aibnya.
-nasihat dengan kata-kata yang lembut dan berhikmah.


setakat itu sahaja dapat sy kongsikan berkenaan hadis yang ke-7 ini...apa yang baik datang dari ALLAH dan buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

hadis 6 Imam Nawawi

assalamualaikum...sy rasa lama tidak berkongsi ilmu hadis...hari ini sy nak share hadis ke-6 dari hadis 40 Imam Nawawi...

hadis ke-6 ini berkenaan dengan halal dan haram...



Daripada Abu Abdullah bin An-Nu'man bin Basyir r.a. beliau berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya), dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya), dan di antara kedua-duanya (halal dan haram) terdapat perkara-perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara syubhah, sesungguhnya ia telah menjaga agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara-perkara syubhah, maka sesungguhnya ia telah jatuh dalam perkara-perkara yang haram, seumpama seorang pengembala yang mengembala di sekitar kawasan terlarang yang hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rumpai yang ada didalamnya. maka ketahuilah, sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan. dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. dan ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan sekiranya ia rosak, maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

notes :

jama'ah bersependapat ia sepertiga agama tetapi Abu Daud berpendapat ia seperempat agama kerana hadis ini meliputi halal,haram,syubhah dan berkaitan dengan hati.

Pelajaran yang terdapat dalam hadis:

1. Antara sikap wara’ adalah meninggalkan perkara-perkara syubhah .

2. Banyak melakukan shubahah boleh terjerumus kepada perbuatan/perkara haram.

3. Menjauhkan diri daipada melakukan dosa kecil kerana boleh menyebabkan seseorang melakukan dosa besar.

4. Memberikan perhatian terhadap masalah hati, kerana segala tingkah laku bermula dari hati.

5. Pertanda ketakwaan seseorang jika dia meninggalkan perkara-perkara yang syubhah kerana dikhuatiri akan terjerumus kepada perkara-perkara yang haram.

6. Berusaha menjauhi perbuatan syubhah dan haram.

7. berhati-hati dalam masalah agama dan kehormatan serta tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan syubhah.


sampai di sini sahaja perkongsian sy tentang hadis ke-6 daripada hadis 40. apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri. :)


hadis maudu'

assalamualaikum...hari ini sy nak share sedikit berkenaan hadis...

tajuk hari ni adalah hadis maudu'...mungkin ada yang pernah mendengarnya dan mungkin ada yang belum tahu apa itu hadis maudu'...hari ini sy share serba sedikit mengenai hadis maudu'.

Maudu' dari perkataan arab iaitu palsu atau direka-reka. hadis maudu' pula bermaksud hadis yang direka dan dinisbahkan kepada Nabi Muhammad.

hadis maudu ni adalah hadis palsu yang direka oleh seseorang kemudian disandarkan kepada Rasulullah. pada hakikatnya hadis maudu' bukanlah hadis.

terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan hadis maudu' ini dicipta iaitu :

1. menggalakkan orang melakukan kebaikan dan memberi peringatan kepada mereka daripada melakukan kemungkaran.

2. merosakkan agama dan membuatkan umat Islam ragu-ragu terhadap ajarannya.

3. sikap obses atau taksub sama ada kepada mazhab, bangsa, kabilah, bahasa atau negeri.

4. pertelingkahan dari sudut politik.

5. untuk kepentingan dan keuntungan peribadi.

bagaimana cara nak tahu hadis tu sahih atau maudu'?
1. ciri-ciri pada sanad
2.ciri-ciri pada matan


kesan negetif penyebaran hadis palsu adalah :

1. merosakkan akidah
2. menjatuhkan nilai kewibawaan agama
3. menjadikan nas-nas Islam saling bercanggah
4. menjadikan hadis bercanggah dengan realiti dan akal yang waras
5. punca percambahan pemikiran sesat
6. memundurkan dan menyusahkan urusan umat Islam
7. menjatuhkan imej tokoh-tokoh umat
8. memalingkan manusia daripada pelbagai sunnah yang sahih

hukum menyebarkan hadis palsu jika mengetahui hadis itu palsu adalah HARAM.

kesimpulannya adalah kita perlulah kaji dan mengetahui status hadis tersebut sebelum kita menyebarkan kerana semakin banyak penyebaran hadis maudu' dalam kalangan masyarakat dan penggunaan hadis maudu' dalam perbahasan ilmu.diharapkan semoga masyarakat semakin sedar bahaya penyebaran hadis maudu'.

apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri ini...

hadis dhaif

assalamualaikum....hari ni sy nak share kepada anda semua berkenaan hadis dhaif.

sebelum ini sy telah share berkenaan hadis yang diterima iaitu hadis sahih dan hadis hasan. hari ini sy akan huraikan berkenaan hadis dhaif secara lebih mendalam lagi.

definisi
hadis dhaif adalah hadis lemah. menurut sarjana hadis, hadis dhaif ialah hadis yang tidak menepati ciri-ciri hadis sahih dan hadis hasan. hadis dahif tidak memenuhi syarat-syarat hadis yang diterima(hadis maqbul).

jika hadis dhaif itu ada persamaan dengan hadis sahih atau hasan, hadis dhiaf itu boleh dinaikkan darjat manakala jika hadis dhaif itu bertentangan dengan hadis sahih atau hasan, maka hadis dhaif itu boleh diturunkan dafjatnya ke hadis maudu'.


sebab-sebab hadis dhaif
1.sanadnya tidak bersambung.
2.susur galur pelapornya atau sebahagiannya tidak adil.
3.susur galur pelapornya atau sebahagiannya tidak dhabit(tidak kuat ingatan).
4.mempunyai syaz(bercanggah) , sama ada pada matsn atau sanad atau pada kedua-duanya sekali.
5.mempunyai 'illah(sebab-sebab yang mencacatkan sama ada pada sanad atau matan atau kedua-duanya sekali).
6.tidak ada hadis lain yang boleh menguatkannya.

setakat itu sahaja sy dapat share kan kepada anda...apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk dataang dari kelemahan diri sy sendiri.

hadis sahih dan hasan

assalamualaikum. hari ni sy nak share kat anda suma berkenaan dengan hadis sahih. sebelum ini sy telah menerangkan berkenaan jenis hadis tetapi kali ini sy ingin menerangkan lebih lanjut berkenaan hadis sahih dan hasan. hadis sahih definisi hadis sahih adalah hadis yang sanadnya bersambung, disampaikan oleh pelapor(rawi) yang adil, sempurna kekuatan ingatan(dhabit) dari awal hingga akhir sanad, tanpa ada sebarang percanggahan(syaz) dan juga kecacatan('illah). syarat hadis sahih terdapat 5 syarat iaitu : 1.sanad(salasiah pelapor) yang bersambung. 2.pelapor yang adil. 3.pelapor yang sempurna kekuatan ingatan. 4.tidak ada sebarang percanggahan. 5.tidak ada sebarang kecacatan. hadis hasan definisi hadis hasan adalah hadis yang sanadnya bersambung, disampaikan oleh pelapor(rawi) yang adil, kekuatan ingatan(dhabit) kurang sedikit dari pelapor hadis sahih, tanpa ada sebarang percanggahan(syaz) dan juga kecacatan('illah). syarat hadis hasan terdapat 5 syarat iaitu : 1.sanad(salasiah pelapor) yang bersambung. 2.pelapor yang adil. 3.tahap pelapor kurang sedikit daripada dhabit pelapor hadis sahih. 4.tidak ada sebarang percanggahan. 5.tidak ada sebarang kecacatan. penerangan 1.sanad bersambung -bermaksud semua pelapor menerima hadis tersebut secara langsung daripada guru atau pelapor sebelumnya.contoh lafaz yang digunakan pelapor ketika menerima dan menyampaikan sesuatu hadis seperti : + aku/kami sudah diceritakan + aku/kami sudah diberitahu + aku sudah mendengar contoh lafaz yang menunjukkan kemungkinan pelapor tidak mendengar dan menerima sesuatu hadis itu secara langsung ialah : + daripada si fulan + si fulan sudah berkata 2.pelapor(rawi) yang adil -adalah keupayaan yang dimiliki seseorang sehingga mendorongnya untuk beriltizam dengan sifat takwa dan akhlak yang baik.sifat sarjana perlulah memenuhi ciri-ciri dan sifat seperti : a)Islam b)baligh c)berakal d)sempurna daripada sifat fasik e)sempurna daripada perkara yang mencemarkan maruah 3.pelapor(rawi) yang sempurna dhabit -Dhabit bermaksud setiap hadis yang disampaikan oleh seseorang pelapor itu mestilah betul dan tepat seperti mana yang diterima atau dalam erti kata lain pelapor tersebut mempunyai ingatan yang kuat. 4.tidak ada syaz -hadis yang disampaikan mesti bukan hadis yang syaz iaitu tidak bercanggah dengan hadis yang sahih atau hadis dari pelapor yang lebih lagi thiqah.pelapor thiqag adalah pelapor yang mempunyai gabungan sifat-sifat adil dan dhabit yang sempurna. 5.tidak ada sebarang 'illah -'illah ialah sesuatu sebab tersembunyi yang mencacatkan kesahihan sesuatu hadis, sedangkan pada zahirnya hadis itu kelihatan sempurna. setakat itu sahaja dapat sy kongsikan berkenaan hadis sahih dan hasan :) apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri sy sendiri :)

jenis Hadis

assalamualaikum...hari ni sy nak share la kat anda sume berkenaan jenis hadis...

skarang ni ramai dah yang berminat nak post2 hadis dan bace hadis serta ada yang mengamalkan hadis. sume tu bgus dan semoga niatnya pun baik...tapi SAYANGNYA la...

sayangnya pabila orang tu bca 1 hadis dan tak tau tu hadis apa...lepas tu sebarkan hadis tu(kalo hadis tu maudu',dosa menyebarkan). dah banyak perkara mcm tu dan pelbagai jenis hadis dah sy tgk orang post kat blog, facebook, twitter dan lain-lain.

tajuk yang sy nak share hari ni adalah berkenaan ngan jenis hadis. hadis ni ada 2 jenis iaitu :
1.hadis yang diterima(maqbul)
2.hadis yang ditolak(mardud)

hadis yang diterima(maqbul) ada 2 iaitu :
1.hadis sahih
2.hadis hasan

hadis yang diterima iaitu sahih dan hasan adalah hadis yang perawinya orang yang baik,kuat ingatan dan bukan pendusta.

hadis sahih pula terbahagi kepada 2 lagi iaitu :
1.sahih lizatihi
2.sahih lighairihi

manakala hadis hasan terbahagi kepada 2 juga iaitu :
1.hasan lizatihi
2.hasan lighairihi

tu baru pecahan hadis yang diterima...hadis yang ditolak pula terbahagi kepada 2 iaitu :
1.hadis dhaif (lemah)
2.hadis maudu'(palsu)

hadis yang ditolak iaitu dhaif dan maudu' ada sebabnya...

hadis dhaif adalah hadis lemah dan hadis ini sanadnya tidak bersambung dan mempunyai sebab-sebab yang mencacatkan hadis tu serta perawi hadis itu tidak kuat ingatannya. hadis dhaif ini biasanya digunakan untuk amalan ibadah dan tidak boleh digunakan sebagai hujah.

hadis maudu' pula adalah hadis palsu kerna perawi hadisnya adalah pendusta. hadis ini HARAM di amalkan kerna boleh menyebabkan umat islam sesat.


setakat ini sahaja sy share pembacaan sy kepada anda semua. apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy. :)

apa itu hadis?

assalamualaikum...hari nak share kat korang suma apa itu hadis...

hadis ni adalah perkataan arab yang bermaksud baharu atau lawan bagi lama.
dari segi istilah pula ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau pengakuan(taqrir) atau sifat-sifat beliau sama ada sifat-sifat fizikal atau sifat-sifat peribadi.

terdapat 5 aspek dalam hadis iaitu :

-perkataan : kata-kata yang disebut oleh Rasulullah seperti :
"sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat."


-perbuatan : perbuatan Rasulullah yang diceritakan oleh para sahabat.contohnya yang dinyatakan oleh Aisyah:

"Nabi Muhammad tidak pernah meninggalkan solat sunat empat rakaat sebelum Zohor dan dua rakaat sebelum Subuh."( direkodkan oleh Bukhari)


-taqrir : sesuatu percakapan atau perbuatan yang dilakukan oleh para sahabat dan Rasulullah hanya diam dan tidak mengingkarinya. ia merupakan suatu pengiktirafan dan pengakuan daripada beliau.contohnya pengakuan beliau kepada sahabat yang makan daging dhab seperti yang direkodkan oleh Bukhari.


-sifat fizikal : perkara seperti ini diceritakan oleh sahabat Rasulullah yang mengatakan beliau adalah seorang yang elok paras rupanya , baik penciptaan , tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah seperti yang direkodkan oleh Bukhari.



-sifat fizikal : iaitu hadis yang menceritakan akhlak Rasulullah. contohnya yang dinyatakn Abu Hurairah yang menyatakan Nabi tidak pernah sama sekali mencela makanan , jika suka beliau akan makan dan jika tidak suka beliau meninggalkannya.

menurut majoriti para sarjana hadis, definisi hadis yang dinyatakan ini adalah sama dengan definisi sunnah.


setakat tu je sy share... :)

apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri... :)

hadis 5 Imam Nawawi

Assalamualaikum..hari ni sy nak share sikit kat korang....
hari ni sy share tentang hadis ke-5 dari hadis 40 imam Nawawi...hadis ni berkenaan dengan Menghapuskan kemungkaran dan bid'ah.

Daripada Ummul Mu'minin Ummu 'Abdullah 'A'isyah Radhiyallahu 'anha, katanya : Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengadakan pembaharuan dalam urusan kami ini (agama) yang bukan (bersumber) darinya (sunnah Rasulullah S.A.W) , maka ianya tertolak." (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

notes :
-islam adalah Ittiba' (mengikut) bukan Ibtida' (memperbaharui).
nabi telah memelihara islam dari sikap berlebih-lebihan orang yang melampaui batas dan pengubahan oleh ahli-ahli batil dengan hadis ini yang dianggap sebagai 'jawami'ul Kalim'.

-Amalan-alaman yang tertolak
iaitu amalan yang tidak mengikut syara' dan amalan yang tidak diperintahkan oleh Allah S.W.T adalah tertolak.


penyampaian Hadis

assalamualaikum...hari ni sy rasa sy perlu share kepada anda semua berkenaan dengan hadis....
sy rasa ianya penting kerana ia berkaitan dengan jenis hadis dan penyampaian hadis...

seperti yang kita tahu, kita dapat lihat di semua media massa sekarang,ramai yang membuat membuat perkongsian ilmu hadis....
sebenarnya ia adalah baik kerana kita menyampaikan ilmu kepada orang lain....

tetapi...
kita perlu ingat beberapa perkara sebelum kita menyampaikan hadis kepada orang lain...iaitu...

1.mengetahui bahawa ia adalah hadis Sahih
2.sudah melihat beberapa kitab rujukan berkenaan Hadis tersebut
3.mengetahui maksud hadis tersebut
4.mengkaji status Hadis berdasarkan pendapat Ulama
5.menyakini bahawa Hadis itu sahih

sy listkan 4 perkara sebelum menyampaikan hadis bukan kerana ingin menyekat anda semua daripada berkongsi ilmu Hadis tetapi memastikan anda tidak mendapat dosa akibat menyebarkan Hadis palsu...

ini kerana sy pernah mengikuti pelbagai ceramah keislaman dan program-program keislaman serta melihat banner dan sy dapati ada beberapa hadis yang digunakan adalah hadis palsu...ini kerana ramai yang hanya berkongsi haids tanpa mengetahui status Hadis tersebut....kesannya adalah orang lain mengambil bulat-bulat Hadis tersebut tanpa memeriksa dan bertanya pada para ulama berkenaan status hadis dan menyampaikan kepada orang lain akan menyebarkan lagi hadis tersebut... Hukum menyebarkan hadis palsu adalah HARAM dan berdosa jika menyebarkan hadis-hadis palsu....

mengapa Hadis palsu dicipta?
terdapat beberapa sebab mengapa hadis palsu dicipta...antaranya ialah :
-untuk merosakkan agama dan membuatkan umat islam ragu-ragu terhadap ajarannya.
-sikap obses atau taksub sama ada kepada mazhab, bangsa, kabilah, bahasa dan negeri.
-pertelingkahan dari sudut politik.
-untuk kepentingan dan keuntungan peribadi.

ini juga kerana puak syiah telah mereka pelbagai hadis palsu...salah 1 contoh orang yang telah membuat hadis palsu adalah Abd al-Karim bin Abi al-Auja yang telah mengaku telah mereka 4000hadis palsu...

Ya Allah...4000hadis palsu dan hukumnya HARAM dan berdosa membuat hadis palsu serta menyebarkannya...so, diharapkan kepada anda semua,sila cek kembali hadis-hadis yang telah anda kongsi kepada umum...

hadis Dhaif juga tidak digalakkan mengamalkannya kerana takut hadis tersebut boleh jatuh kepada hadis Maudu' iaitu palsu....

mengapa anda ingin mengamalkan hadis Dhaif dan Maudu' sedangkan Hadis Sahih ada? adakah tidak cukup dengan Hadis Sahih? mengapa ingin melihat hadis dhaif jika perawi hadis mempunyai masalah dan hadis maudu' sedangkan perawinya cuba menyesatkan umat islam???
sedangkan perawi hadis sahih adalah perawi yang baik dari segala aspek???

apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari kelemahan diri sendiri....

hadis 4 Imam Nawawi


assalamualaikum...hari ni sy ingin share kepada anda semua salah 1 hadis pilihan imam nawawi...
hadis ni hadis ke-4 dalam hadis 40.

 hadis ke-4 nie berkaitan dengan pusingan penciptaan manusia dan kematian.

hadis 4 (pusingan penciptaan manusia dan kematian)
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): "Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga."(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

notes :
Pusingan kejadian janin di dalam rahim :
-Dalil yang berkaitan dengannya adalah surah Al-Haj : ayat5 dan surah Al- Mu'minun :ayat12-14
-proses di sebalik kejadian manusia adalah berperingkat-peringkat sehingga ditiupkan roh kedalam tubuh dan ditulis baginya 4 kalimah iaitu :
  1.rezeki
  2.ajal
  3.baik
  4.buruk


Tiupan Roh :
-Dalil yang berkaitan iaitu surah Al-Isra' :ayat85
-Sepakat ulama' menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
-Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari, bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).
-selepas 4bulan dan menampak kewujudan janin,keluar hukum berkenaan hak dan kewajipan nafkah.


Pengharaman pengguguran Janin :
-Sepakat ulama' menyatakan haram (setelah ditiupkan roh) dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu.
-Gugurkan sebelum ditiupkan roh juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.


Ilmu Allah S.W.T
-Dalil yang berkaitan adalah surah Al-Syams : ayat7-10
-Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya.


Berhujah dengan Qadar(ketentuan)
-Dalil yang berkaitan adalah surah At-Taubah : ayat105
-apa sahaja yang ditakdirkan kepada kita,redha dan teruskan serta berusaha ke arahNYA.


Amalan-amalan adalah dengan penyudahnya
-ambillah pengajaran setiap penyudah sesuatu perkara dan memohon kepada Allah agar mengukuhkan kita di atas hak dan kebaikan serta penyudah yang baik.


Perbanyakkan doa
-perbanyakkan doa kepada Allah agar menetapkan hati-hati kita di atas agamaNYA.


sampai di sini sahaja perkongsian sy tentang hadis ke-4 daripada hadis 40. apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri. :)

hadis 3 Imam Nawawi

assalamualaikum....
hari sy nak share pada anda semua tentang hadis yang ke-3 mengikut turutan daripada imam nawawi... :)

hadis yang ketiga ni berkenaan dengan rukun islam dan perkara utama.

hadis 3 (rukun islam dan perkara utama)

Daripada Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin Al-Khathtab Radhiyallahu anhuma katanya : "Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Dibina Islam itu atas  lima perkara; persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan Haji di Baitul Haram dan berpuasa di bulan Ramadhan." (shahih Bukhari dan Muslim)


notes :
-rukun islam ada 5 iaitu :
 1-mengucap 2 kalimah syahadah
 2-solat 5 waktu sehari semalam
 3-berpuasa di bulan Ramadhan
 4-mengeluarkan zakat
 5-mengerjakan haji(bagi yang mampu)

-merupakan perkara yang wajib ke atas setiap umat islam.
-mengucap 2 kalimah syahadah itu adalah menyakini bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
-solat 5waktu itu adalah :
  -subuh
  -zohor
  -asar
  -maghrib
  -isyak

-solat merupakan tiang agama.so,wajib jaga...
-puasa di bulan ramadhan hanya sebulan dalam setahun
mengeluarkan zakat iaitu mengeluarkan sebahagian harta apabila mencukupi syarat sah wajib membayar zakat.
-zakat terbahagi kepada 2 iaitu :
  -zakat harta
  -zakat fitrah

-haji iaitu perjalanan menuju ke Masjidil Haram di dalam bulan-bulan Haji iaitu Syawal, Dzul Qaedah dan 10hari yang pertama dri bln Dzul Hijjah dan melaksanakan syarat wajib Haji..

tu jelah yang sy dapat share dan yang sy ringkaskan dri pembacaan sy...apa yang baik datang dari ALLAh dan yang buruk datang dari kelemahan diri ini... :)

hadis 2 Imam Nawawi


assalamualaikum....
hari ni pula,sy nak kongsi 1 lagi hadis pilihan Imam Nawawi.
hadis ini berkenaan dengan Islam , Iman dan Ihsan.

hadis 2 (Islam , Iman , Ihsan)

"Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: "Ya Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam". Lalu Rasulullah SAW bersabda: "lslam adalah hendaklah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji ke BaitulLah (Mekah) bagi sesiapa yang berkemampuan ke sana. kata lelaki itu: "Benar kamu". Maka kata-katanya itu menghairankan kami sedangkan dia yang telah bertanya, maka dia pula yang membenarkannya (mengiyakannya). Lelaki itu berkata lagi : “Maka beritahulah padaku tentang lman”. Baginda bersabda: (lman itu adalah) hendaklah kamu beriman dengan Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan hendaklah kamu beriman dengan ketentuan baik dan burukNya”. kata lelaki itu : “kamu telah berkata benar.” Kemudian lalaki itu berkata lagi: “maka beritahulah padaku tentang ihsan.” Baginda bersabda: “(Ihsan itu adalah) hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya dan sekiranya kamu tidak melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu.” Kata lelaki itu lagi: ”maka beritahulah padaku tentang hari Qiamat.” Baginda bersabda: “tidaklah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” kata lelaki itu : “Maka beritahulah padaku tentang tanda-tandanya.” Baginda bersabda: “Bila seorang wanita  melahirkan tuannya.  Dan kamu tidak akan dapat melihat pengembala-pengembala kambing yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan faqir berlumba-lumba membina bangunan tinggi.” Kemudian lelaki itu pergi. Kemudian aku menunggu dalam jarak waktu yang agak lama. Lalu Baginda bersabda: “Ya Umar! Adakah kamu tahu siapakah yang bertanya itu?” Aku menjawab:” Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: Sesungguhnya beliau adalah Jibril , telah datang kepada kamu untuk mengajari kamu tentang agama kamu." ( shahih Muslim)

notes:
-islam dari segi bahasa adalah kepatuhan dan penyerahan kepada Allah S.W.T.
-islam dari segi syara' pula adalah ia tertegak di atas 5 rukun iaitu:
 1.   mengucap 2 kalimah syahadah.
 2.   solat 5 waktu sehari semalam.
 3.   puasa di bulan Ramadhan
 4.   mengeluarkan zakat.
 5.   mengerjakan haji (bagi yang mampu)

-iman dari segi bahasa ialah "tasdiq" (membenarkan).
-iman dari segi syara' pula ia adalah suatu tasqid yang jazim (membenarkan dengan hati tanpa berbelah bagi) iaitu :
 1.  beriman kepada Allah
 2.  beriman kepada Malaikat
 3.  beriman kepada Kitab
 4.  beriman kepada Rasul
 5.  beriman kepada Hari Akhirat
 6.  beriman kepada Qada' dan Qadar

-ihsan adalah ikhlas dan tiqam (keyakinan) iaitu semata-mata mengikhlaskan hati dalam beri'ibadat dan menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa dengan kesempurnaan yang yakin seolah-olah kamu melihatNya di waktu menyeembahNya.

hadis 1 Imam Nawawi

assalamualaikum...
hari ni nak kongsi sedikit tentang hadis pilihan Imam Nawawi... :)
memang byk huraian jika yang membeli kitab warna hijau muda... :)

hadis yang 1st skali Imam Nawawi letak adalah berkenaan niat

hadis 1 (setiap amalan bermula dari niat)

Daripada Amirul Mu'minin Abu Hafs Umar bin Al-Khathtab Radhiyallahu'anhu katanya : "Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Sesungguhnya segala 'amalan-'amalan itu bermula dari niat-niat dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu (ia akan memperolehi berdasarkan) untuk apa diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya , maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan RasulNya dan barangsiapa hijrahnya untuk maksud dunia , makan ia maksudnya itu akan terpenuhi atau kerana seorang wanita , maka ia akan mengahwininya. oleh yang demikian hijrahnya adalah berdasarkan kepada maksud apa hijrah itu dilakukan. (shahih Al-Bukhari dan Muslim)

notes :

-hadis ni menerangkan kita tentang niat...setiap perkara perlulah bermula dgn niat.
-jika niat kita buat kebaikan kerana Allah , insyaAllah ganjaran pahala.
-jika niat kita kerana dunia, kita akan dapat dunia sahaja.
-tetapi jika kita niat buat baik kerana Allah tetapi cara kita salah di sisi Allah,kita tidak mendapat pahala tetapi mendapat dosa kerna melanggar perintah Allah.


apa yang baik,datang dari ALLAH dan apa yang kurang datang dari kelemahan diri sy sendiri.  :)