Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

Memaparkan catatan dengan label me. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label me. Papar semua catatan

menunggu~~

assalamualaikum...semoga hari ini ceria dan lebih baik dari hari sebelumnya ^_^   hari ni terasa ingin meluahkan sesuatu...huhu ntah ler... rasa macam xkeje je meskipun jasad ni pergi kerja dan dipandu oleh roh... terasa sedikit kesunyian... kesunyian berbicara dan sharing something... dulu biasanya selalu mendengar orang menerangkan apa yang telah dipelajari dan yang telah difahaminya dengan panjang lebar... meskipun diri ini tidak memahami apa yang dimaksudkan,dan meskipun dibekalkan sedikit ilmu dan pengetahuan, ada la faham sedikit dan ditambah lagi dengan pemahaman dari MR.GOOGLE... hehe men redah je untuk fahamkan something... ^_^

kadang kala sharing about ilmu lain pun ada... kini, tidak lagi kerna sama-sama sibuk dengan kehidupan masing-masing... bila mendengar orang lain nak sambung belajar, terdetik dalam hati ini ingin sambung meskipun kini telah bekerja... kini hati berbelah bagi samada kerja or belajar... hanya serahkan pada takdir... kalo ada peluang untuk sambung belajar,insyaALLAH akan sambung belajar... cuma nak katakan sy akan tetap menunggu...menunggu keputusan dan waktu itu dimana jalan pilihan hati ini telah diterangi dan di beri petunjuk olehNYA...

sebenarnya memang dah xsabar untuk memulakan hidup baru...hidup kembali belajar...insyaALLAH kalo ada rezeki... tapi bila dengar dari kawan yang tgh belajar,dugaan mereka kini lebih besar dari dugaan semasa diri ni belajar... dulu time belajar, belajar erti hidup ini... bersyukur diri ni tidak lagi seperti dulu... tapi bila dengar dugaan belajar ditempat lain ni lebih hebat dugaan dunia,kekadang terasa takut pula... pabila seseorang itu tidak pernah merasakan sesuatu keadaan,mereka tidak faham situasi orang lain yang pernah merasainya dan tidak mahu kembali jatuh... biarlah ia dibentengi dengan sesuatu yang dapat mencegahnya...

kini,ku serahkan pada takdir ALLAH untuk tentukan...diri ini cuba merancang perjalanan hidup tapi ALLAH berhak untuk tentukan hidup hambaNYA...penantian itu membuatkan diri berdebar-debar menanti kejadian akan datang... hmmm... ^_^



hmmm...k la... rasa tak boleh nak cakap 100% ...perlu ada kiasan,baru best bercerita ^_^

that's all....

ramadhan kian pergi

assalamualaikum... ramadhan....kini semakin hampir ke penghujungnya... ALLAH... melihat pelbagai ragam manusia taktala ramadhan kini xlama lagi akan pergi... ada golongan yang masih teguh...tetap TEGUH! teguh sentiasa beribadah kepadaNYA...memohon keampuan dan keredhaan dariNYA... dan ada golongan yang kini semakin rancak membeli-belah sehingga nak ke sahur....

ramadhan...bulan mulia yang dikurniakan oleh ALLAH khas kepada umat Nabi Muhammad S.A.W iaitu umat akhir zaman! bulan yang ALLAH nak beri ganjaran berlipat kali ganda yang boleh mengatasi ibadah umat sebelum ini...dan bulan dimana ALLAH kurnia untuk umat akhir zaman ini supaya sentiasa refreash kembali kepada ALLAH kerana ALLAH dah ikat MUSUH NYATA manusia selama sebulan untuk manusia belajar mengawal nafsu dan tingkatkan keimanan sebelum musuh nyata itu dilepaskan....

tapi sayangnya...ramai tidak merebut kelebihan dibulan ini... lagi2 10 malam terakhir dimana terdapat 1 malam yang ALLAH nak bagi ganjaran beribadah lebih baik dari 1000bulan beribadah... ganjaran 1000bulan beribadah? sapa nak bagi kalo bukan ALLAH...tapi hanya untuk hambaNYA yang berusaha mencari sahaja... tapi jika manusia ditawarkan ganjaran dunia, ada yang sanggup mengadaikan agama dan dirinya demi ganjaran dunia...

hanya 10 malam terakhir sahaja... jika alasan untuk membeli belah,mengapa ada segelintir orang lain boleh mempersiapkan sebelum raya? mereka memanfaatkan waktu siang dengan sebaiknya dan melapangkan waktu malamnya hanya kepada ALLAH... bukan kita tidak punya waktu tapi kita tidak mengatur masa kita dengan baik...

semoga kita manfaatkan hari2 terakhir kita dengan sebaik mungkin...

melihat perkembagan

assalamualaikum...
hari ini nak share sedikit tentang gerakan2 yang diri ini rindui untuk pergi...sungguh merindui sangat dimana pengisian rohani diberi kepada pemuda pemudi yang masih darah muda yang dahagakan makanan rohani... dan ALLAH hantarkan utusan hambaNYA ke setiap pelusuk tempat bagi mendekati pemuda pemudi...

ALLAH...hebatnya mereka kerna sanggup menghabiskan waktu2 mereka ke jalan ALLAH... membantu adik2 yang inginkan makanan rohani... bila dgr perkembangan masa bulan puasa ni pula,mereka semakin rancak mengatur strategi gerakan dakwah... menggunakan sebaik mungkin masa yang ada di jalan ALLAH...

program wakaf...usrah...program ceramah ilmuan... bazar... dan lain2.... ^_^

beruntunglah mereka yang berjihad di jalanNYA...kerna ganjaran dariNYA tidak terkira oleh hambaNYA... bila diri dah sebati dengan islam itu, mereka merasakan nikmat...nikmat yang orang biasa tidak dapat merasakannya... nikmat itu tidak terkata oleh mulut manusia... tapi sedarkah kita bahawa setiap masa kita diberikan NIKMAT? nikmat apakah yang diri ini maksudkan?

lihatlah tubuh anda...lihatlah sekeliling anda...bukankah itu nikmat yang ALLAH berikan kepada kita?nikmat ini hanya pinjaman semata2 kerna ALLAH nak uji hambaNYA...uji samada manusia ini bersyukur dan beriman kepadaNYA atau tidak... ^_^ semperna bulan ramadhan ini,sama2 kita perbaiki diri kita dan mendekatkan diri ke majlis2 ilmu... ALLAH suka hambaNYA yang mendekati majlis2 ilmu... ^_^

sampai disini sahaja perkongsian diri ini... ^_^


kehidupan baru

assalamualaikum... lama dah diri ini tak update blog...hampir setahun lamanya meninggalkan blog sehingga lupa tentang blog.selamat berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikan rukun islam yang ke3... Alhamdulillah umat islam kini sedang menunaikan ibadah yang ke3 dalam rukun islam... ^_^ setahun sekali... ^_^

selepas diri ini menamatkan zaman belajar dalam tahun ini bersamaan bulan mei 2013, sy sambung amik salah 1 sijil yang bermakna bagi orang IT macam sy... CompiTIA A+ ^_^ dan Alhamdulillah berkat doa semua dan usaha serta xlupa sangat2 rezeki ALLAH, sy lulus amik kursus CompiTIA A+ dan examnya gak... ^_^ sekarang masih menanti sijil tu dari oversea...tanya kawan lain,dorg ada yang dah dapat dah last week...xpe..belum tiba masa sy lg ^_^

lepas je tamat belajar dan tamat kursus bln 5, Alhamdulillah syukur sangat2 ALLAH bagi lagi rezeki kepada sy...dipermudahkan dapat pekerjaan meskipun ia sementara dan pekerjaan tu memang sesuai dengan diri ini ^_^ kalo ALLAH nak bagi rezeki, ALLAH akan bagi jika kita usaha dan mohon padaNYA...kalo ALLAH tak bagi apa yang kita nak,ALLAH dah rancang nak bagi yang lebih baik dari apa yang kita rancang ^_^ kerja tak la susah pun buat masa ini kerna memang ada pengalaman bekerja di tempat yang kini sedang bekerja ^_^ dekat lagi dengan family yang tersayang setelah 2 1/2 tahun duduk jauh merantau ke negeri orang... kalo ada rezeki sambung belajar pun,insyaALLAH sambung yang berdekatan dengan family ^_^

semperna bulan ramadan yang mulia ini,sy nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh kehambaan kepada ALLAH... ^_^ semoga ramadan kali ini ibadah kita lebih baik dan diperbaiki dari sebelum ini ^_^ sy tau orang diluar sana sebenarnya terdetik dihati mereka ingin berubah ke jalan benar tapi time bulan ramadan ni pasti ada perasaan yang tidak senang pabila orang lain yang dahulunya xpernah solat jemaah kat surau or masjid atau ibadah2 lainnya,menyindir golongan yang nak buat ibadah or berubah pada bulan mulia ini...seharusnya kita tegur mereka dan berikan sedikit kata2 semangat kepada mereka serta mendoakan mereka supaya terus istiqomah ke jalanNYA ^_^

INGAT,setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan tapi bantulah mereka yang lain...bukan dengan menghukum mereka tanpa anda berdakwah pada mereka...dakwah pula perlulah cara yang berhemah ^_^ jika anda dulu pernah merasakan diri anda JAHIL,dan anda dah bertaubat padaNYA, pasti ada pendekatan pada mereka yang lain... ^_^

sekali lagi selamat menunaikan ibadah di bulan ramadan...sama2 kita rebut ganjaran serta keinsafan pada bulan ini... ^_^

hari ini kerja malam...so,di opis jelah sorang2... ^_^

assalamualaikum ^_^

Muey thai

assalamualaikum...hari ini nak share sedikit pengalaman diri ini pada sabtu lalu... sabtu lalu ada program penutupan sukan rakyat dan program 3K...

pelbagai ragam telah ku lihat...semua itu akan menjadi sebuah kenangan...


ini adalah salah satu kenangan bersama senior sy yang kini semester akhir dan mengikuti kelab Muey thai Kenyalang...bulan 5 nie dia akan ke KL untuk wakil sarawak dalam pertandingan Muey thai... hope dapat menimba ilmu seni pertahankan diri Muey thai sebelum hujung tahun ini...

masa program penutupan itu,sy bersama seorang kawan dan senior sy membuat persembahan Muey thai...itulah pertama kali sy membuat persembahan secara spontan...hehe 
ini video persembahan sy bersama senior dan junior sy :)




sampai disini sahaja ingin sy share kepada anda semua... :)

saja2 memenuhi blog :)

assalamualaikum...hari ni sy ingin share kepada anda tentang bagaimana nak membina blog anda menjadi blog yang menarik...

sy xla pandai buat blog sy jadi menarik tetapi sy juga belajar dari blog tutorial yang lain...sy ingin mencadangkan kepada anda beberapa buah blog yang boleh anda kunjungi untuk belajar membina blog yang menarik...

http://jombinabelog.blogspot.com

http://bicarafarah.blogspot.com



disini sy juga ingin share kepada anda blog berkenaan dengan komputer...mungkin ini boleh membantu anda cara untuk membaiki PC anda....

http://juruteknik-komputer.blogspot.com/



sampai disini jelah sy dapat share kepada anda semua hari....sekian :D

meeting dengan timbalan pengarah

assalamualaikum....hari ini sy ingin share sedikit kepada anda semua la berkenaan dengan pengalaman meeting bersama timbalan pengarah malam tadi...banyak perkara telah dibincang dan banyak masalah berkenaan dengan kolej kediaman telah di bentangkan... :)

tetapi sy tertarik dengan kata-kata timbalan pengarah apabila sy utarakan masalah pelajar yang bilik mandi banjir akibat tersumbat dan tempat air wuduk di tandas juga tersumbat sehingga air bertakung dan sy beritahu kerana pelajar pas abis syampo dlm botol,mereka meninggalkan botol syampo mereka d bilik mandi dan tandas...timbalan pengarah cakap "itulah beza orang 'old school' dan orang 'new school'....orang 'old school' kalo makan gula2,mereka akan buang sampah di tong sampah dan jika tiada tong sampah,mereka akan simpan smpah gula2 itu di poket mereka...tp berbeza dengan orang 'new school'...."

lihatlah apa kata2 timbalan pengarah...sebenarnya segala masalah dalam kolej kediaman adalah berpunca dari segelintir pelajar yang tidak bertanggungjawab yang tidak menjaga kebersihan sehingga menyebabkan masalah yang melibatkan semua pelajar kolej kediaman...

maksud orang 'old school' ini adalah orang yang dulunya di didik dengan cara yang betul dengan disiplin yang tinggi dan menjaga kebersihan serta kemudahan....

manakala maksud orang 'new school' pula adalah orang yang tidak menjaga kebersihan dan tidak menjaga kemudahan sehingga menyusahkan orang lain dan menyebabkan masalah kerosakan....

selain itu,isu yang menarik adalah berkenaan dengan isu towel wanita.... apa timbalan pengarah jawab ? "kenapa boleh tersumbat kat kolej kediaman wanita?knpalah susah sangat kamu ni?dah dewasa dah...benda nie kene open...kamu dilahirkan dengan istimewa...benda tu keluar dari badan kmu...so,kamu kenelah buang di tempat yang sepatutnya...amik la plastik,masukkan dalam plastik dan ikat plastik tu...then buang la kat tempat yang sepatutnya....sy lihat tempat kumbahan kat sna byk benda tu...masa sy pergi tgk tmpt saluran buangan kumbahan,sy tgk ada 3 hole yang langsung xkuar apa2 kumbahan dan pihak pengurusan terpaksa upah kontrak luar untuk sedut....rupa2nya banyak benda yang kuar dari badan wanita dibuang mcm tu..."

sampai begitu sekali jawapan timbalan pengarah...banyak lagi isu yang kmi bangkitkan tetapi memang semuanya berpunca dari pelajar sendiri...kenapa sy ckp semua pelajar?sebab meskipun segelintir yang buat masalah,tapi mengapa pelajar lain tidak tegur kesalahan mereka?ia juga umpama anda bersekongkong dengan pelajar yang bermasalah...timbalan pengarah juga kata perkara yang sama mengenai hal itu....

dimanakah pemikiran dan disiplin kita?sy juga pernah mengutarakan hal pelajar yang terikut dengan filem bollyhood yang semakin menjadi-jadi...apa timbalan pengarah kata? "sy ada 2 orang anak perempuan...tapi meskipun dorang dah dewasa,mereka kalo keluar dengan sy...masih peluk sy kerana sy bapa dia...malukah kamu untuk peluk ibubapa anda?itulah tanda kasih sayang...jangan kamu gadaikan maruah kamu..."

Ya ALLAH,renungkan kembali....timbalan pengarah yang berjiwa rakyat ni juga seorang bapa yang baik dan anak yang soleh...timbalan pengarah pernah ckp "sy dari kecil sampailah sy tua skrg xpernah jawab kata mak...kalo mak sy mrh2,sy tunduk je smpailah dewasa...tapi remaja sekarang pula mak tnya 1,anak jwb 12....ingat balik ajaran agama,sekali kita lawan kata ibu,derhaka jawabnya..."

memang banyak input sy dapat dari kata-kata timbalan pengarah...dia juga yakin kepada barisan exco untuk menjaga amanah jika diberi amanah...timbalan pengarah banyak support pelajar yang mempertahankan hak tetapi dengan cara yang betul...

sampai disini sahaja yang sy ingin share kepada anda...apa2pun,sma2lah kita menjaga kemudahan,kebersihan dan maruah kita.... sekian... :)


cerita bersama gunung santubong

assalamualaikum...hari ini sy ingin menceritakan sedikit pengalaman sy mendaki gunung santubong di sarawak... sy bermalam dengan muslimin yang lain di masjid sekitar area semariang... meskipun tido diluar, itu sudah biasa bagi seorang perantauan merasai detik-detik itu... :) pada keesokan harinya kmi start mendaki gunung santubong pada jam 9.30pagi... meskipun banyak halangan,akhirnya ALLAH permudahkan segala urusan dan berjaya sampai di puncak gunung pada pukul 2.00 petang.... ketinggian gunung santubong adalah 3060Meter... memang berbaloi dapat melihat keindahan ciptaan ALLAH :)

 keadaan semasa berada di puncak...
 pemandangan dari puncak santubong...
 sempat ambik gambar time mendaki... :)
 posing dulu... :)
 menunggu orang lain mendaki...
 peserta lelaki... :)
cameraman sementara :)
senyum sikit.. :)
puncak gunung santubong :)


sampai di sinilah cerita yang dapat sy share...kepada bakal pendaki gunung yang baru nak mendaki, training dulu ye sebelum naik...takut nanti ada yang xlarat mendaki... :) 

ceritaku

assalamualaikum...hari ni sy melawat beberapa buah blog kekawan...rindunya pabila mereka tiada...terasa sunyi... kekadang teringat tingkah laku yang suka bergurau senda dan yang penting adalah pabila mereka menceritakan mengenai kahwin...xabis2 cerita kawin dorang tapi apapun, gembira teringat mereka... :) dan teringat peristiwa yang hampir meragut nyawaku...andai aku ditakdirkan pergi,adakah aku sekuat iman orang-orang yang mencintaiMU dan kekasihMU Ya ALLAH...?

tapi bersyukur ALLAH memberi peluang sekali lagi untuk memperbaiki diri ini... kadang kala teringat rakan dahulu semasa dibangku sekolah...meskipun jauh, sy berharap mereka berjaya didunia dan diakhirat... pernah dulu melihat persekitaran di sekolah lama...kebanyakan hanya memikirkan perkara dunia termasuklah diri ini...

tapi teringat seorang kenalan...dia tidak dikenali ramai tetapi dia menjaga peribadinya sebagai seorang hamba...mungkin sekarang dia dah menjadi seorang mujahid yang berjuang dijalanNYA dengan dakwah...sy pula?masih mencari kekuatan iaitu ukhuwwah...baruku sedar,andai bergerak seorang,ia tidak akan menjadi apa-apa malahan menjadi mangsa kepada syaitan dan nafsu...

cuma diri ini berharap dapat menghidupkan kembali majlis-majlis ilmu seperti dahulu...diri ini begitu rindukan majlis ilmu itu meskipun sebulan sekali tetapi itulah yang membangkitkan semangatku utk terus memperjuangkannya...meskipun kenalan dahulu ada yang 'syahid' meninggalkan apa yang telah dipelajari dahulu, diri ini akan terus memperjuangkan majlis ilmu itu 1 hari nanti...

sejak sy masuk ke tingkatan 3, ustazah dan suaminya iaitu guruku juga telah berpindah pulang ke negeri asal... dan tinggallah seorang ustazku tetapi dia tidak dapat aktifkan kembali majlis ilmu itu kerana dia mempunyai komitmen sekolah tahfiz yang dia bersama ustaz lain...

semenjak itu,ada guru lain cuba aktifkan kembali,tetapi ia tetap sama...sy berharap sahabat2ku yang cuba membuat usrah disekolah lamaku dapat membantu sekolahku...terima kasih tak terhingga kerana meluangkan masa anda untuk melakukan usrah di sekolah lama sy... sy rindukan sekolah dimana pelbagai perkara telah ku pelajari... semoga ada pelapis-pelapis sekolah lamaku terus bangkit memperjuangkan majlis ilmu demi memantapkan akidah dan dakwah... kepada juniorku, sy harap anda terus melangkah mencari ilmu... sy tidak lagi berada disana dan telah pergi jauh dari sabah...terima kasih kepada semua yang telah mendidikku,menasihatiku dan membantuku...hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kmu...

maafkan diri ini

assalamualaikum...
hari ni sy ingin meminta maaf kepada semua teman-teman sy,sahabat-sahabat dan orang yang mengenali sy...

sebenarnya nak minta maaf secara umum coz takut sy ada wat slh kat semua tanpa sy sedari...

dan sy minta maaf juga kepada orang yg jika hatinya telah dicuri oleh sy tanpa sy sedari...
sy paling takut jika sy mencuri hati orang lain..coz ia berbahaya...takut-takut nanti menyebabkan orang lalai mengingati Yang Esa...

dan sy juga ingin meminta maaf kepada yang pernah ada perasaan kepada sy dan sy xmampu membalas perasaan anda kerna jujurnya sy tidak dapat merasai perasaan kasih syg antara 2 insan buat masa ini...

sy telah membuang perasaan itu jauh dari diri yang kerdil ini...kerna cinta kepada Pencipta yang perlu dicari, barulah cinta dibawahnya...

di blog sy ini, sy menceritakan secara umum dan segala research yang telah sy perolehi...kecuali berkenaan diri sy coz sy tidak bermain Facebook untuk seketika...

maaf juga jika sy jarang update blog kerna tugas dan amanah yang perlu sy laksanakan dan lain-lain....
sy berharap kepada kenalan-kenalan sy dapat menerima diri sy yang kerdil ini...

"life must go on"

tu jelah nak share...  :)

~hmm...~

assalamulaikum...hmm...
hari ini sedikit terkilan dengan kata-kata dari rakan sekelas.
ikut nafsu,nak je tumbuk muka dia dgn seni pertahankan diri...
tapi...
itu bukan cara islam ajar...
hmmm...
kadang kala memang sangat terkilan dgn kata-katanya...
tapi diri ni mendiamkan diri dan kadang kala cuba buat cerita or lawak untuk cover rasa yang terkilan ni...

xpelah...sabar je buat masa nie...apa-apapun, bersyukur coz ALLAH beri kekuatan tuk tahan nafsu ammarah...
xnak la nafsu tu keluar...kalo keluar, memang nahas la dia.

sy fhm dorg xnak kelas ganti, tapi kita student yang belajar...dia fikir xpenting, tapi sbnrnya memg penting bagi orang yang lom mahir ilmu tu.

kadang kala ada masanya kita bermain,tapi kadang kala perlu hati-hati ketika berbicara...
trima kasih atas teguran semua.
 

element..


saja dgr lagu nie..bukan lgu jiwang ye... :)
lagu tuk suruh orang berpaling pada cinta manusia yang tipu sebelum kawin :)

Element
Bukan Orang Suci

Mestinya kau mengerti
Saat pertama kali
Kala kau peluk diriku
Jangan pernah biarkan
Diri terhanyut nafsu
Aku bukan orang suci

Bukalah matamu
Berpaling dari diriku
Benamkan semua mimpi-mimpimu
Jujur pada hati
Masih banyak cinta menanti
Jangan kau harapkan aku

( 1 )
Lupakan semua rayu
Jangan kagumi aku
Karna ku tak cinta kamu
Mohon kau tinggalkan aku
Tak usah kau harap lagi
Karna cinta untuk mu palsu

( 2 )
Lalala lala lalala lala
Lalala lala lalala lala

Usah lagi sesali
Anggap tak pernah terjadi
Saat kau lepas diriku
Pernahkah kau sadari
Aku tak pernah berjanji
Untuk setia padamu

( 3 )
Bukalah matamu
Berpaling dari diriku
Benamkan semua mimpi-mimpimu
Jujurlah pada hati
Masih banyak cinta menanti
Jangan kau harapkan aku

( ulang 1 )
( ulang 3, 1, 1 & 2 )

apa perasaan ni?

assalamualaikum....hmm... tak tahu pe nak jadi nie....huhu
komunikasi sy antara muslimat memg kurang dalam suma hal....

hmm....kadang kala takut sangat perasaan riak timbul dalam diri....semoga dijauhkan....
sy perlu kuat....
perlu berani...huhu..

tapi perlukan lagi masa untuk tarbiyyah diri ni....
byk lagi perlu dipelajari dan diperbaiki...huhu

alhamdulillah kerna diri ni masih lagi dapat menjaga hati ni dari penyakit hati....
semoga dijauhkan zina hati...

tak ingin lagi zina hati menguasai diri kerna zina hati akan menyebabkan kemungkaran yang lebih banyak dan besar sehingga melupai Pencipta kita...huhu

bahaya zina hati nie...
apa2pun, semoga hari ni lebih baik dari kelmarin... :)

mohon maaf kepada suma

assalamualaikum....hari ni nak share sikit la kat korang sume... :)

hehe sebenarnya kisah lalu jangan dikenang... :D haha

mungkin ada yang terasa ngan penulisan sy...tp sebenarnya ia sekadar penulisan...

tiada apa-apa maksud lain... :)

dan setiap penulisan sy and apa-apa yang sy share kat blog nie hanya nak bgi korang pengajaran cerita(khas yang bab cinta).... :)

yang len2 tu hanya perkongsian biasa yang ingin sy share kat korang suma...apa yang sy blaja , rujukan dan kajian serta pemahaman sy, itulah yang sy share... tak brani nak share tanpa rujukan dan hanya mendengar dan tanpa bukti serta tanpa pengajaran... :)

tu jelah yang dapat sy share kat korang suma... :)

~biarpun ada yang terasa, maaf la ye... tak de niat pun nak buat anda terasa or kecewa~
^_^

penat tp berbaloi~~

assalamualaikum...
hari ni nak kongsi la kat anda suma tentang kehidupan sy ni time cuti mid sem... :)

orang len majoriti balik kg , tapi sy and yang len2 ada xbalik...sy xbalik coz ada projek nak buat...
huhu lom siap2 lg sy design website nie...huhu
memang pening la... @_@

aritu ingatkan nak guna yang dah siap,tapi takut senang and xde input yang sy dapat tuk buat final projek sy nanti...so, skrg nie blaja la buat website guna dreamweaver....memg kaw-kaw la...byk coding lg...hehe

dah la xcukup tido,makan pun xteratur , tapi alhamdulillah la urusan len tu dah urus... :)
bln 4 nak publish projek tp bulan 3 nie nak htr projek...haha :D

nie lah keje sy nie...tp alhamdulillah la FB dah deaktif kelmarin...
kalo lom deaktif, memg dpn FB je...tak siap-siap la projek sy.... :)
hehe




hehe sja je share...anyway, hope life korang semakin baik :)

hmm... ^_^

assalamualaikum...hari ini bersamaan 24/2/12 dan esok adalah hari terakhir untuk online FB....
tapi sy deaktif fb ari ni.... :)
sy akan mula membuat penulisan dan banyakkan share apa2 input yang sy pelajari dan ketahui dan outputnya sy share kat blog nie....
bertemankan laptop , makanan dan minuman pada waktu malam time buat keje dan post kat blog.. :)
itulah diri sy....
setelah meninggalkan diri sy pada masa lalu,sy cuba bertekad kembali ke jalanNYA kerna masih belum terlewat untuk sy kembali ke jalanNYA...
satu lg, ingatlah ,jika anda menyayangi orang yang kamu sayangi iaitu family ,kawan2 dan orang disekeliling kamu, bawa mereka kembali ke jalanNYA :)
sy tidaklah sehebat sahabat-sahabat sy yang mahir dalam bidang mereka...

apa-apapun, ingat kata-kata kat bawah nie :

"LIFE MUST GO ON"
"IT'S ALL ABOUT LIFE"

kenapa kata-kata nie?
"LIFE MUST GO ON" ni sbnrnya sy nak bgtau anda semua bahawa teruskan hidup anda sebagai seorang muslimin/muslimat yang taat pada perintahNYA meskipun ada yang tak suka.

"IT'S ALL ABOUT LIFE" ni plak sbb anda kene paham betul-betul apa tujuan kita hidup...bukan kita hidup suka-suka je...contoh mudah la...ada ke orang nak bagi korang duit 1juta free2 tanpa usaha?? :)

jadi itulah diri sy yang simple :)

apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk tu dari kelemahan sy sendiri :)