Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

antara cinta dan agama

assalamualaikum...

hari ini sy ingin menceritakan sedikit cerita sepanjang kajian dan pemerhatian sy.ini adalah perkara yang kini menjadi masalah yang boleh merosakkan akidah seorang muslim dan membantutkan pelbagai perkara...

cinta..
apa maksud cinta dan cinta apakah yang sy maksudkan?

maksud Cinta didalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd tuhan, negara, orang tua, kebebasan dan sebagainya . 
bagi orang yang hanget bercinta, cinta itu adalah sebuah perasaan kasih dan sayang seseorang terhadap orang yang disayanginya.

Tidak hairanlah pelbagai ungkapan dan pepatah orang dulu yang dijadikan perumpamaan untuk menunjukkan rasa cinta pada pasangan masing-masing. “Lautan api sanggup ke redahi, demi membuktikan cintaku padamu”. tetapi realitinya sanggup ke pasangan anda berenang kat lautan api?hehe ia hanya ayat kiasan atau ayat bunga-bunga untuk permulaan kepada meng'ayat' pasangan mereka. :)

apa pula agama?
ada kaitan ke?sebenarnya ada kaitan. :)
agama bermaksud sesuatu pegangan dan kepercayaan terhadap tuhan serta beribadat kepada tuhan.
kaitan cinta dan agama adalah cintanya kita kepada Tuhan. simple je kan?

tetapi cinta didalam topik ini adalah berkenaan dengan percintaan adam dan hawa serta agama...
sy melihat sepanjang perjalanan sy merantau, sy melihat sesetengah orang rakyat di negara kita lebih mengutamakan cinta kepada pasangan mereka bebanding seruan Ilahi memanggil mereka untuk menunaikan solat untuk menunjukkan cinta mereka kepada ALLAH. :)

sy pernah pergi ke sebuah bandar yang sesak dengan orang ramai terutamanya dalam kalangan remaja yang sibuk bermesra bersama pasangan mereka tanpa segan silu. al maklumlah tempat awam katakan... sy hanya duduk di suatu sudut dimana sangat strategik antara dataran kawasan pasangan bermesra dan masjid...pabila dilaungkan azan, sy melihat pasangan yang sedang asyik bercinta itu tidak mengendahkan panggilan untuk menunaikan solat...

lihat...itulah realiti remaja zaman sekarang.mereka lebih mengutamakan cinta kepada manusia berbanding cinta kepada Tuhan yang menciptakan mereka. jom kita renungkan kembali firman ALLAH.


"Tidak aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" (az-Zariyat:56)

hmm...sewaktu sy dulu mempunyai pasangan, tidak pernah pasangan sy menekankan pada sy untuk solat pada awal waktu dan mengutamakan Tuhan berbanding dirinya...tapi alhamdulillah..kini sy diberi peluang untuk kembali bertaubat...dan alhamdulillah bekas kekasih sy kini faham mana yang lebih penting.. :)

sy ingin berkongsi 1 cerita daripada seorang senior sy yang kini faham agama. dia juga pada suatu ketika dulu pernah dihalang oleh kekasihnya daripada pergi solat pabila laungan azan berkumandang atas alasan "tunggulah sayang abis makan dulu.temankan sayang makan dulu"... wah...menahan orang melakukan amal ibadat pada awal waktu itu balasannya dosa kerna menghalang orang ingin mencari redha Ilahi...kini senior sy pun single dan fokus pada agama dan pelajaran.

mari kita renungkan kembali apa yang telah kita lakukan sehingga hari ini... cinta kepada ALLAH perlulah diutamakan berbanding manusia.. tetapi orang beriman akan sentiasa diuji oleh ALLAH dengan apa yang mereka mampu..dalam firman ALLAH iaitu :


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)




"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (al-Baqarah : 286)


setakat ini sahaja perkongsian sy...apa-apapun,sy ingin menyeru kepada yang masih ber'couple' , masih belum terlambat lagi untuk kita kembali bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka luas. :)
sy ingin mengambil beberapa potong ayat dari sebuah filem 

cinta ini terbahagi kepada 3 :
cinta kerana ALLAH
cinta kerana nafsu
cinta kerana jin(kene buat)

ini yang sy ingat la...apa yang baik datang dari ALLAH dan apa yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan