Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

salah siapa?


assalamualaikum...hari ini sy ingin share sesuatu kepada anda tentang sesuatu yang berlaku kepada masyarakat skrg.

adakah anda mempunyai couple? ya atau tidak? hanya 2 jawapan sahaja ada dan itulah kenyataannya...tajuk hari ini adalah berkenaan salah siapa...

mengapa anda ber'couple'? banyak jawapan yang sy terima adalah "sebab kami saling sayang menyayangi". ya,memglah begitu...setiap ciptaan ALLAH mempunyai pasangan dan setiap pasangan itu ALLAH dan tentukan jodohnya...

sy sering melihat pasangan yang sedang hanget bercinta ini selalu berdua-duaan dan kalo ada yang 'pintar' pula ber'dating' dengan membawa kawan2 bersama atau adik mereka untuk 'cover line' dorang untuk mengelakkan diketahui orang... itulah hakikatnya...

tetapi sy ingin menghuraikan berkenaan pasangan yang selalu berduan-duaan di tempat yang sunyi contohnya di tepi sungai, di dalam semak, di atas bukit, di tepi laut dan sebagainya la...mengapa perlu di tempat yang sunyi? ramai yang jwb "pirvacy".

wah!!! sampai begitu sekali...dunia2...syaitan ini memang licik...dari seorang wanita dan seorang lelaki yang tidak mengenal apa itu couple,dibisikkan ke dalam hati supaya mempunyai perasaan syg konon dan diatur perjalanan hidup mereka ke lembah maksiat sehinggalah ber'couple'...

tetapi yang lebih liciknya adalah pabila pasangan telah berdua-duaan di tempat yang sunyi, bermula lg rancangan syaitan untuk menghasut pasangan membuat zina yang lebih besar lagi...sy nak share la 1 pic nie....



apa pandangan anda berkenaan pic ni?lihatlah...dimana sahaja kita berada,syaitan sentiasa ada untuk menghasut kita melakukan kemungkaran...syaitan sungguh licik mempermainkan manusia kononnya couple itu indah sehinggalah mencapai matlamat mereka iaitu menyesatkan manusia jauh dari agamaNYA...

pabila terlanjur, lelaki dan perempuan saling menyalahkan antara 1 sama lain...tetapi ingatkah mereka,semasa mereka ber'couple',mereka saling tolak ansur antara 1 sama lain,tetapi pabila terlanjur pula? itulah realiti skrg...sy melihat dalam kalangan masyarakat skrg,byk yang berkahwin kerana ketelanjuran...

apakah punca sehingga mereka blh terjebak dalam dunia yang fana penuh dengan tipu daya ini? puncanya ialah :

salahkan diri anda sendiri dan jangan salahkan orang lain...

mengapa sy berkata sedemikian?kerana ia memang kesilapan diri sendiri yang tidak berusaha menjauhi diri daripada perkara mungkar dan menjauhkan diri dari ALLAH...

sy melihat dalam isu-isu keruntuhan akhlak,tidak banyak menyalahkan diri mereka sendiri, bahkan menyalahkan orang lain dahulu...itulah bezanya...sebenarnya segalanya perkara yang ingin kita lakukan perlulah berfikir dan bukanlah mengikut hawa nafsu serta bisikan syaitan semata-mata...ALLAH telah membantu diri kita sebenarnya dengan menghantar orang yang menyampaikan nasihat serta peringatan kepada kita tetapi kita sahaja yang tidak menerimanya...

setakat itu sahaja perkongsian sy...yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan