Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

Berbeza jemaah?


Assalamualaikum... lama sy tidak berkongsi cerita atau apa2 yang berlaku disekeliling sy... terlalu sibuk dengan urusan dunia kerna fokus kepada mini projek... hari ini sy ingin berkongsi sesuatu kepada anda semua mengenai jemaah... jemah?ada apa dengan jemaah?
Seperti yang kita tahu, di negara kita terlalu banyak jemaah tidak kira jemaah sesat mahupun jemaah yang baik... belum lagi kita melihat dari skop yang besar iaitu seluruh dunia...terlalu banyak jemaah didunia...tapi sebenarnya ada jemaah yang dipecahkan dan dikecil2kan...
Mengapa sy ingin bercerita mengenai jemaah adalah disebabkan ada kala nya kita mendengar orang lain mengkritik jemaah lain dan ada yang tidak saling bertegur kerana berbeza jemaah... tapi itulah realiti di dunia yang penuh dengan tipu muslimat musuh nyata iaitu syaitan...
Apa yang ingin sy tekan kan disini adalah meskipun kita berbeza jemaah dan berbeza pemikiran, tetapi kita tetap membawa 1 kalimah agung untuk menyeru manusia supaya taat pada ALLAH S.W.T  dan menghambakan diri padaNYA...mungkin disini ada yang berkata “mereka jemaah sesat dan bukan seru pada ALLAH”. Jika mereka seperti itu,mengapa kita tidak cuba mendekati mereka? Bukankah tugas dai’e adalah menyeru manusia kepada ALLAH seperti tugas para nabi dan Rasul dahulu?
Adakah anda ingin memberi 1001 alasan dengan tidak mendekati mereka untuk menyeru mereka kepada ALLAH? Mungkin juga ada yang akan berkata “jika sy mendekati mereka,takut2 nanti pemikiran sy seperti mereka”. Pemikiran ini juga perlu dijauhi kerana sampai bila anda ingin menunggu diri anda menjadi sempurna sehingga mengabaikan manusia lain dalam kesesatan? Adakah anda tidak yakin dengan ALLAH dan bantuan dari ALLAH? Adakah anda sanggup melihat saudara2 kamu dalam kelalaian? Renungkan kembali...
Jika kita dapat berikan 1001 alasan, mengapa kita tidak boleh memberi 1001 cara untuk berdakwah dan menyeru pada ALLAH?berdakwah bukan hanya pada kata-kata, malahan pada perbuatan dan penulisan serta cara penyampaian mahupun pergaulan... bantulah dan bukan biarkan mereka... di dalam hati manusia, mereka juga sebenarnya masih ada perasaan untuk berubah tetapi mereka perlukan bantuan dari dai’e dan hidayah dari ALLAH S.W.T.
Sampai disini sahaja dapat sy kongsikan pada anda semua. Apa yang baik datang dari ALLAH dan buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...sekian...Assalamualaikum...

jom Dating :)

assalamualaikum....hari ni sy nak share kat anda la tentang sesuatu topik yang lama dah patut kita tahu dan amalkan dalam masyarakat...topik apa? mesti la pasal Dating...dating?hehe yups dating...ala-ala romantik la... hehe tapi sebenarnya kita perlu ubah dating orang zaman sekarang terutamanya golongan remaja, dan belia... :)

mesti anda terfikir cara dating macam mana yang sy maksudkan...betul tak?jom kita tengok pic kat bawah nie...


inilah dating yang sy maksudkan...hehe kebiasaannya orang dating nie bawa kawan or adik sebagai teman untuk cover line,tapi ini baru la best....bawa la bakal ayah mertua dating sama-sama dengan anak dara dia... baru namanya lelaki sejati...hehe sebab apa sy cakap macam tu?sebab lelaki tu berani dan kalo tetibe tangan lelaki tu gatal nak sentuh anak orang, bakal bapa mertua dia kuar parang...hehe pe macam?ada lelaki kat luar sana berani sahut cabaran nie?hehe

seperti yang kita tahu,kita diajar menjaga adab dan batas pergaulan agar kita tidak terjerumus ke lembah maksiat...betul tak?dan itulah cara yang baik...dengan bawa ayah kepada pasangan bersama, kita tidak berani buat sesuka hati...tapi kita perlulah ingat, meskipun nak dating tu dan orang lain xnampak, ALLAH Maha Melihat dan Maha Mengetahui akan segala sesuatu perkara dari sebesar perkara hinggalah sekecil perkara sekalipun... :)

bila tengok pic nie,lucu la pulak...bakal ayah mertua pula bermanja dengan bakal menantu...haha tapi takpelah...jika kita nak amik hati pasangan,perlu amik hati kedua ibubapa pasangan gak untuk menjaga hubungan yang baik dan merapatkan hubungan kekeluargaan... :)

sampai disini sahaja dapat sy share...apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

kisah sebalik April Fool

assalamualaikum...hari ini sy ingin berkongsi sedikit kisah sejarah umat islam...kisah ini adalah kisah yang menyedihkan dan memilukan...ia semestinya bersemperna dengan tarikh 1 April...ada apa dengan tarikh itu? semestinya ada yang ingin tahu..."bukan masa tu APRIL FOOL ke?" pasti ada jawapan sebegitu. "jom kita kenekan orang lain semperna APRIL FOOL"...pastinya ada yang akan mengatakan sebegitu...tetapi kisah benarnya tidak pernah orang lain tahu mengenai tarikh itu....

APRIL FOOL atau APRIL MOP dinamakan dan dirayakan oleh orang nasrani bersemperna peristiwa berdarah dimana umat islam di spanyol telah ditipu dan telah dibunuh...itulah sejarah disebalik perayaan itu...




Sejarah April Fool

The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. ia bermula pada sejarah kejatuhan empayer islam di spanyol.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Keadaan seperti itu berlangsung hampir 6 abad.

Selama itu juga orang kafir yang masih di sekeliling Sepanyol tanpa kenal erti penat berupaya merosakkan umat Islam dari Sepanyol, namun mereka gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tetapi tidak berhasil. mereka mengirim perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara sembunyi mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari supya lalai dari membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim ulama palsu yang kerjanya untuk  memecahbelahkan umat Islam Sepanyol. rancangan itu membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera Salib. Penyerangan oleh tentera Salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibunuh dengan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluk. Granada merupakan daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera salib terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah. Tentera Salib mengumumkan kepada muslim Granada, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian kata tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya(1 April), ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.


itulah kisah disebalik APRIL FOOL...bagi umat Islam yang merayakan perayaan ini,ini bermaksud anda merayakan peristiwa umat islam di spanyol dibunuh beramai-ramai dengan kejam.

hukum merayakan April Fool juga jatuh HARAM dan bagi umat islam yang merayakan perayaan ini adalah tanda orang munafik. untuk lebih lanjut sila layari :
 http://ustazazhar.net/v01/fatwa-hukum-menyambut-april-fool-2/
http://hapipiborhan.blogspot.com/2012/03/hukum-menyambut-april-fool.html


SIAPAKAH KITA?

assalamualaikum...apa kabar kepada semua para blogger?semoga anda sihat selalu... :)

hari ni sy ingin share sedikit la kat anda semua berkenaan dengan ibadah yang biasanya kita buat...sy nak share 1 pic koleksi lama sy yang menarik perhatian sy untuk menyimpannya...


nie dia pic yang sy maksudkan berkenaan dengan ibadah kita...SIAPAKAH KITA?itulah tajuk utamanya... dalam pic nie,terdapat 5 orang pemuda yang kacak tetapi berbeza dari sudut ibadah dan niatnya...

pemuda pertama yang pakai baju 'Blues' tu melakukan solat tetapi pada masa yang sama, ia masih terbayang2kan buah hatinya dan tidak fokus solat kerana ALLAH..btl x? :)

pemuda kedua sebelah pemuda pertama pula melakukan solat tetapi masih terbayang2 makanan...mungkin belum makan kot...tapi sebaiknya sebelum kita pergi solat dan terasa lapar,isi sedikit perut kita supaya semasa solat,kita dapat fokus solat kerana ALLAH dan tidak terbayang makanan...ok? :)

pemuda yang ketiga iaitu yang ditengah pula melakukan solat dengan khusyuk kerana ALLAH dan meninggalkan dari mengingati perkara duniawi sementara untuk berhubung dengan ALLAH...MasyaALLAH, itulah yang dinamakan kemanisan beribadat...dan itulah sebaik2 solat kerana ALLAH... :)

pemuda keempat pula sedang solat tetapi kekadang terasa susah ingin menyebut ayat2 ALLAH...mungkin juga ia cuba untuk merasakan khusyuk dengan membaca ayat ALLAH dengan memahami maksud setiap ayat yang dibacanya... :)

dan pemuda yang terakhir pula melakukan solat tetapi tidak dapat solat dengan khusyuk hanya kerana diganggu nyamuk...mungkin itu ujian bagi pemuda tu samada ia dapat merasakan kemanisan beribadat atau tidak jika nyamuk ganggu dia... :)

itulah cerita 5 orang pemuda yang sedang solat...tetapi kebiasaannya ada gak pemuda yang tidak 'silent'kan handphone sehingga blh mengganggu solat orang lain dan hukumnya HARAM kerana mengganggu orang solat...so,diharapkan kita silent handphone sebelum solat... :)

dan semoga kita menjadi seperti pemuda yang ketiga itu yang solatnya khusyuk kerana ALLAH... setakat itu jelah dapat sy share... :) apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri sy sendiri... :)

perubahan

assalamualaikum...hari ini sy ingin berkongsi sesuatu kepada anda semua...hari ini sy ingin share 1 pic yang menarik perhatian sy...



dalam pic nie sy melihat ada 4 orang wanita yang berbeza personaliti... persoalannya, yang mana 1 kah diri anda?(bg wanita) setiap wanita itu mempunyai gred mereka tersendiri. 

kita dapat melihat perbezaan cara pemakaian muslimah zaman sekarang tetapi yang penting adalah kita patut mencontohi wanita A dan wanita B kerana menutupi seluruh tubuhnya dan melabuhkan tudungnya higga ke paras dada supaya tidak mendedahkan susuk tubuh mereka.

wanita C dan wanita D juga ok tetapi tudungnya masih tidak labuh sehingga menutupi bahagian dada mereka.

apa-apapun, yang penting, jika kita tidak mampu untuk berubah secara terus menerus dari tidak bertudung dan berpakaian ketat hingga menjadi wanita A atau B,cubalah berusaha mencapai menjadi wanita C atau D kerana islam amat menitik beratkan wanita menutupi auratnya kerna secantik-cantik wanita hanyalah untuk suaminya yang tercinta...

sampai disini sahaja perkongsian sy...apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

muka buku

assalamualaikum...hari ni sy ingin berkongsi serba sedikit mengenai gambar...

kenapa dengan gambar ye?mesti ramai yang pelik.btl x?hehe sebenarnya sy ingin share 1 pic nie...pic nie menarik minat sy untuk post...mendapat pic ni sebelum sy deaktif fb sy...


apa pandangan anda pabila anda membaca apa yang tertulis dalam pic nie? mesti ada yang pelik mengapa perlu bersyarat untuk tunjuk pic kita kat tontonan umum...btl x? selama dulu join sesawang sosial FB,sy melihat dari yang muda hingga ke tua mempunyai pic yang pelik...

ada pic yang menggoda, ada pic yang disamakan dengan haiwan, ada pic yang comel, ada pic yang gedik, ada pic yang ngeri dan ada pic yang kebanyakan mendedahkan aurat....sbnrnya xsalah untuk kita bergambar, tetapi berpada-padalah untuk tontonan umum...

dan kalo blh,janganlah kita share pic kita kat sesawang sosial yang pelik2 kerana takut digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab meng'edit' pic anda dari yang baik kepada yang tidak baik...kerana pernah berlaku kes sebegitu...

so,diharapkan kepada pengguna sesawang sosial, jagalah dirimu dan peribadimu supaya maruah anda tidak dijatuhkan oleh orang yang berniat jahat terhadap anda...ini kerana dalam dunia skrg tiada yang mustahil lagi...

jagalah dirimu,jagalah imanmu,dan jagalah agamamu... :)

apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

salah siapa?


assalamualaikum...hari ini sy ingin share sesuatu kepada anda tentang sesuatu yang berlaku kepada masyarakat skrg.

adakah anda mempunyai couple? ya atau tidak? hanya 2 jawapan sahaja ada dan itulah kenyataannya...tajuk hari ini adalah berkenaan salah siapa...

mengapa anda ber'couple'? banyak jawapan yang sy terima adalah "sebab kami saling sayang menyayangi". ya,memglah begitu...setiap ciptaan ALLAH mempunyai pasangan dan setiap pasangan itu ALLAH dan tentukan jodohnya...

sy sering melihat pasangan yang sedang hanget bercinta ini selalu berdua-duaan dan kalo ada yang 'pintar' pula ber'dating' dengan membawa kawan2 bersama atau adik mereka untuk 'cover line' dorang untuk mengelakkan diketahui orang... itulah hakikatnya...

tetapi sy ingin menghuraikan berkenaan pasangan yang selalu berduan-duaan di tempat yang sunyi contohnya di tepi sungai, di dalam semak, di atas bukit, di tepi laut dan sebagainya la...mengapa perlu di tempat yang sunyi? ramai yang jwb "pirvacy".

wah!!! sampai begitu sekali...dunia2...syaitan ini memang licik...dari seorang wanita dan seorang lelaki yang tidak mengenal apa itu couple,dibisikkan ke dalam hati supaya mempunyai perasaan syg konon dan diatur perjalanan hidup mereka ke lembah maksiat sehinggalah ber'couple'...

tetapi yang lebih liciknya adalah pabila pasangan telah berdua-duaan di tempat yang sunyi, bermula lg rancangan syaitan untuk menghasut pasangan membuat zina yang lebih besar lagi...sy nak share la 1 pic nie....



apa pandangan anda berkenaan pic ni?lihatlah...dimana sahaja kita berada,syaitan sentiasa ada untuk menghasut kita melakukan kemungkaran...syaitan sungguh licik mempermainkan manusia kononnya couple itu indah sehinggalah mencapai matlamat mereka iaitu menyesatkan manusia jauh dari agamaNYA...

pabila terlanjur, lelaki dan perempuan saling menyalahkan antara 1 sama lain...tetapi ingatkah mereka,semasa mereka ber'couple',mereka saling tolak ansur antara 1 sama lain,tetapi pabila terlanjur pula? itulah realiti skrg...sy melihat dalam kalangan masyarakat skrg,byk yang berkahwin kerana ketelanjuran...

apakah punca sehingga mereka blh terjebak dalam dunia yang fana penuh dengan tipu daya ini? puncanya ialah :

salahkan diri anda sendiri dan jangan salahkan orang lain...

mengapa sy berkata sedemikian?kerana ia memang kesilapan diri sendiri yang tidak berusaha menjauhi diri daripada perkara mungkar dan menjauhkan diri dari ALLAH...

sy melihat dalam isu-isu keruntuhan akhlak,tidak banyak menyalahkan diri mereka sendiri, bahkan menyalahkan orang lain dahulu...itulah bezanya...sebenarnya segalanya perkara yang ingin kita lakukan perlulah berfikir dan bukanlah mengikut hawa nafsu serta bisikan syaitan semata-mata...ALLAH telah membantu diri kita sebenarnya dengan menghantar orang yang menyampaikan nasihat serta peringatan kepada kita tetapi kita sahaja yang tidak menerimanya...

setakat itu sahaja perkongsian sy...yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

Halal dan Haram


assalamualaikum...hari ni sy ingin berkongsi sedikit perkongsian yang menarik perhatian sy...
kita sering mendengar isu HALAL dan HARAM di negara kita dan fatwa berkenaan sesuatu barang...

itulah hakikatnya...isu halal dan haram ini penting dalam kehidupan kita supaya diri kita tidak memakan makanan yang bahannya adalah bahan dari sumber yang haram contohnya dulu isu kek lapis sarawak yang menggunakan magerin yang mengandungi lemak babi...

tetapi kita lihat manusia sekarang hanya menitik beratkan isu halal dan haram berkenaan makanan dan barangan sahaja...betul x? itulah kenyataannya... tetapi sedarkan kita akan isu HARAM yang sering menimpa dalam masyarakat kita?

isu yang sy maksudkan adalah isu sentuh orang bukan muhrim iaitu orang yang kita haram sentuh dan orang yang boleh kita kawin contohnya kawan anda yang berlainan jantina atau pasangan yg status belum kawin...hehe

sedar kah anda isu itu ataupun buat-buat tidak tahu? inilah topik sy pada hari ini...sy sering melihat pasangan yang belum berkahwin berpegangan tangan semasa keluar bersama-sama. ada yang berkata "kami dah bertunang,salah ke kmi sentuh?" huhu adakah mereka cuba menghalakan sesuatu yang haram?

sy ingin share 1 pic berkenaan dengan topik sy hari ini...


apa pandangan anda berkenaan pic ini?hehe

lelaki itu hanya tahu isu halal dan haram berkenaan makanan serta barangan...siap was-was lagi dengan barangan murah...tapi mengapa xwas-was pegang tangan awek dia ye?hehe awek dia plak respond kat bf dia ni xfikir halal dan haram pegang tangan...hehe

itulah yang terjadi dalam masyarakat kita...jangan ambil skop yang besar tetapi amiklah skop yang kecil iaitu tempat belajar anda...mesti ada yang anda lihat kawan2 anda tidak segan silu berpegangan tangan.btl x?

apa pula tugas kita sebagai orang yang melihat? jika anda mampu,tegurlah iaitu cegah dgn tangan anda...xmampu?cegahlah dengan kata2 berhikmah.kalo itu pun xmampu,cegahlah dengan hati iaitu membenci perbuatan itu daan mendoakan mereka kembali kepadaNYA... :)

setakat itu sahaja perkongsian sy pada hari ini...apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri sy sendiri... 


pesanan muslimah kepada muslimin

assalamualaikum...hari ni sy rsa sy nak share sesuatu kat korang sume sesuatu perkara yang kita lihat luarannya teguh tetapi dalamannya goyah....

apa yang sy ingin sampaikan ini adalah berkenaan dengan wanita...itulah tajuk utama sy....
seringkali kita melihat dalam kehidupan kita xkira dimana sahaja, mesti akan berlaku gurauan antara muslimin dan muslimat...tetapi kita tidak mengetahui perkara yang kita lakukan boleh mendatangkan sesuatu yang kadangkala tidak patut timbul...

sy nak share 1 pic yg sy terjumpa dari 1 sesawang nie...dan sy memang terasa dengan ayatnya...dan memang patut pun sy terasa untuk mengingatkan diri sy dan akan tugas sy sebagai hambaNYA...


apakah yang terlintas dalam diri anda apabila membaca ayat dalam pic nie?
pic ni berkenaan dengan pesanan dari kaum hawa kepada kaum adam... sy tertarik dengan ayat dalam pic nie..

sebelum sy deaktif FB dahulu, sy melihat semakin ramai yang post berkenaan dengan cinta...ada apa dengan cinta? mengapa kurang penceritaan mengenai dakwah, dan perjuangan islam? adakah mereka lupa akan tugas mereka sebagai hambaNYA? itulah persoalan yang bermain dalam fikiran sy...

kembali kepada tajuk utama, sy cuma dapat berkata bahawa memang benar ayat di atas tersebut iaitu jangan cuba bergurau mengenai soal hati meskipun kita melihat luarannya mantap bagai bidadari tetapi kelemahan utamanya adalah hati jika disentuh...

sy cuma boleh katakan bahawa jangan kita salahkan kaum adam sahaja tetapi salahkan diri sendiri juga jika diri kita boleh mencuri hati orang lain. apa yang islam ajar? islam ajar kita menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita.betul tak? mari kita refresh kembali kisah nabi Musa dan dua orang gadis iaitu anak dari seorang tua yang soleh.ada cerita mengatakan orang tua itu adalah nabi Syu'ib.

Didalam kisah Nabi Musa itu, Nabi Musa telah membantu 2 orang gadis itu semasa memberi biri-biri ternakan mereka minum.lalu 2 orang gadis itu menceritakan pada ayahnya mengenai Musa.ayah 2 orang gadis itu menyuruh anaknya memanggil Musa datang ke rumah.Nabi Musa bersetuju tetapi ketika dalam perjalanan ke rumah orang tua itu,angin bertiup sehingga menyentuh pakaian 2 orang gadis itu lalu Nabi Musa menundukkan pandangan kerana malu dan Nabi Musa ingin berjalan di hadapan 2 orang gadis itu dan menyuruh 2 orang gadis itu menunjukkan arah jalan ke rumah mereka.

lihat bagaimana peribadi Nabi Musa...menjaga adab dan pandangan dengan baik. mari kita renungkan kembali bagaimanakah pergaulan kita dengan orang bukan muhrim. adakah kita menundukkan pandangan kita?adakah segala percakapan kita hanya penting sahaja atau jauh menyimpang?adakah pergaulan kita melebihkan gurauan berbanding perbincangan yang penting sahaja?

sy teringat akan kata-kata daripada seorang kakak yang sy sayangi.dia mengingatkan sy bahawa menjaga batas-batas pergaulan adalah penting.dan jika ada yang penting,bercakaplah perkara yang penting sahaja dan kurangkan gurauan dalam pergaulan antara orang bukan muhrim anda. dan kata-katanya masih segar dalam ingatan.

lihatlah perbezaan pergaulan orang soleh/solehah dan orang biasa.perbezaan yang ketara. bukan? mungkin ada yang tertanya,"bagaimana pula dengan sms,email dan calling?" sebenarnya sama sahaja.cuba elakkan pergaulan yang boleh memberi kesan kepada hati.

setakat itu sahaja yang dapat sy share kepada anda semua.yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri ini. maafkan sy jika terkasar bahasa dan tegur serta ingatkan sy kembali jika sy lalai dari mengingatiNYA.

mana lebih penting?

assalamualaikum... hehe

ari ni dapat 1 ilham baru untuk share...actually cite nie dah lama dah...tapi xjumpa penulisan lama yang sy simpan kat laptop...maybe kat external hard disk yang rosak tu kot :)

ok...sbnrnya sy nak share tentang sesuatu yang penting sangat 2X.... :)

nak tau apa? hehe

mana lebih penting?
antara menjaga perasaan Allah atau menjaga perasaan manusia?

hehe berat sikit nak cite nie... :)

sy pilih topik nie sbb topik nie ada lagi yang masih tidak memahaminya... :)

disini ada 2 kemungkinan....iaitu..menjaga perasaan Allah adalah utama iaitu meletakkan Allah pada Tahkta hati yang 1st skali antara semua dan Rasulullah no 2 dalam carta hati :)

dan yang kedua adalah....menjaga perasaan manusia kerana ingin menjaga perasaan Allah dan Rasul-Nya...

mesti ada yang masih tidak memahami apa yang yang ingin sy sampaikan....sy akan huraikan apa yang ingin sy sampaikan... :)

"menjaga perasaan Allah adalah utama iaitu meletakkan Allah pada Tahkta hati yang 1st skali antara semua dan Rasulullah no 2 dalam carta hati "
sy beri 1 contoh kepada anda semua perkara realiti yang terjadi...contohlah ada seorang tu minat dan suka sangat-sangat dengan anda...then dia minta COUPLE kat anda...adakah anda ingin menjaga perasaan orang yang suka kmu dengan menerimanya atau perasaan Allah yang telah memberi segala-galanya kepada kmu dengan menolak perkara mungkar yang menyebabkan zina hati?... :)


“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman”  (Hadis riwayat Muslim).

disini sy ingin katakan bahawa kita boleh menjaga perasaan orang itu juga pada masa yang sama menjaga perasaan Allah iaitu dengan menolak pelawaan COUPLE dengan cara baik dan berhikmah dan mengajaknya ke arah kebaikan :)

yang kedua pulak adalah "menjaga perasaan manusia kerana ingin menjaga perasaan Allah dan Rasul-Nya." :) apa yang anda fikir? contoh mudah la kepada anda...anda ingin pergi ke keluar berdakwah bersama sahabat tetapi pada masa yang sama ibu anda dalam keadaan sakit dan tiada yang menjaganya...di sini kita perlu mendahului menjaga ibu yang sakit berbanding pergi keluar berdakwah bersama sahabat kerana menjaga ibu adalah tuntutan utama...sahabat anda pasti akan memahami keadaan anda kerana menjaga ibu lebih diutamakan :)


meskipun ada yang mengatakan jihad di jalan Allah adalah utama,tetapi jika kita xberbakti dan menjaga perasaan ibubapa kita,adakah kita dikira menjaga perasaan Allah?hanya Allah yang tahu...


sy nak share kisah kepada anda. 


terdapat kisah para sahabat dimana ketika peperangan berlaku da nada seorang sahabat ingin turut serta tetapi terpaksa pulang kerana mempunyai ibu yang sudah sakit.
Daripada Mu’awiyah bin Jahimah As-Salami, Jahimah datang kepada Rasulullah, lalu berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi berperang dan aku sekarang datang minta nasihat kepada tuan.” Baginda bertanya: “Apakah kamu masih mempunyai ibu?”Dia menjawab: “Masih.” Baginda bersabda: “Uruslah dia, kerana syurga di bawah kedua kakinya.” (Hadis riwayat Nasa’i, Ahmad dan Ibnu Majah)


so, before kita nak melakukan sesuatu, kita fikir dulu apa yang kita nak buat. :) apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri :)

~maaf coz huraian dan contoh sy xbanyak dan xberapa lengkap~

mengawal pintu nafsu

assalamualaikum...semperna hari jumaat nie,sy nak share sikit berkenaan ngan khutbah jumaat yang sy dengar...

tajuk khutbah jumaat kat tempat sy iailah "mengawal pintu nafsu"..
hmm...memang sy tersentuh dengar khutbah jumaat nie...so, sy nak share kepada anda semua isi-isi penting dalam khutbah jumaat ni..

sepeti yang kita tahu, bahawa syaitan sentiasa berada di sekeliling kita yang sedang menunaikan janjinya kepada Allah S.W.T. iaitu menyesatkan umat manusia di muka bumi..begitu halusnya syaitan bermain dalam hati kita , mempengaruhi kita untuk melakukan kemungkaran.

kita sering mendengar anak-anak muda masa kini terbait dalam kegiatan maksiat yang berkaitan dengan seks sehinggalah membunuh dan cara penyelesaiannya adalah dengan cara islam yang perlu kita teliti untuk difahami dan diguna pakai.

meskipun kegiatan keji ini debenci oleh semua agama, tetapi hanya islam je yang mengenakan hukuman yang paling berat kepada penzina iaitu direjam sampai mati jika pernah berkahwin dan disebat 100kali bagi yang belum berkahwin. hukuman keras ini tepat kerana perbuatan zina adalah perbuatan yg terkutuk dan menjatuhkan maruah diri manusia serta melahirkan status keturunan hina yang berpanjangan serta menjatuhkan maruah agama , bangsa dan negara. itulah keistimewaan hukuman islam.

pergaulan bebas adalah punca utama kepada berlakunya penzinaan dan ketahuilah bahawa lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya ia telah mendekati pintu zina. sama juga seorang lelaki yang memberi tumpuan yang penuh pandangannya kepada wanita dan banyak lagi yang mendorong kepada penzinaan...malahan bercerita tentang seks pun mambawa kepada zina..
Firman Allah :

"dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." (surah Al-Israa' : ayat 32)


kita tahu gak bahawa orang yang berzina akan menerima azab seksa yang sangat pedih di neraka jahanam. panasa api neraka adalah 70 kali ganda panas api di dunia sedangkan kita yang terkena bahang api di dunia pun tidak dapat menahannya, apatah lagi di neraka.

nafsu seks adalah fitrah manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan dan hendaklah disalurkan secara halal iaitu perkahwinan yang sah.dalil untuk itu adalah :

Hadis riwayat Muslim
Daripada Abu Zarr al-Ghifari, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “ Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang munkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah”. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah,“ adakah kami mendatangi isteri-isteri kami baginya mendapat pahala?. Rasulullah bersabda “ Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya bila melakukan perbuatan yang halal itu pastilah berpahala”.

Para sahabat RA apabila mendengar sabda Rasulullah SAW itu agak terkejut kerana mereka tidak terfikir sebelum itu dan agak pelik juga. Lantaran itu mereka pun segera menyusulkan pertanyaan kepada Rasulullah dengan kehairanan: “Melakukan hubungan kelamin antara suami isteri pun diberi pahala”.Rasulullah SAW menjelaskan dengan mudah, ‘jika seseorang melakukan zina maka mereka berdosa, dimasukkan ke dalam neraka kerana persetubuhan haram. Tentulah tidak adil jika tidak diberi pahala bagi seseorang yang berusaha melakukan pernikahan yang halal bagi menghindarkan dari melakukan zina. Jika orang yang berzina itu menerima padah masuk neraka maka logiknya orang yang melakukan persetubuhan halal itu diberi pahala dan seterusnya memasuki syurga Allah”.


seperti yang kita tahu, hukum perkahwinan yang ditetapkan islam adalah wajib kepada mereka yang berkemampuan dan mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh terjerumus ke lembah maksiat. berdasarkan kepada pandangan ahli-ahli fiqh dan hadis Rasulullah S.A.W. bahawa mereka yang berkemampuan dari segi zahir dan batin hendaklah mendahulukan perkahwinanan dari ibadah yang lain kerana dikuatiri maksiat akan berlaku pada dirinya..hadis yang dimaksudkan iailah :

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada syahwat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim) 



Menurut pandangan Imam al-Nawawi dan al-Shafie golongan pemuda yang dimaksudkan di dalam hadith tersebut ialah mereka yang sudah baligh dan belum mencapai usia 30 tahun. Penekanan kepada usia ini kerana ianya berada pada peringkat segala-gala memuncak kecuali kematangan. Kebiasaan pada peringkat umur ini, nafsunya tinggi, semangatnya kuat, tenaganya berlebihan, hasrat ingin mencuba timbul di dalam pelbagai perkara namun malangnya kebanyakan perhitungan mereka itu singkat belaka.

Ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang seusia sebegini memberi perhatian kepada keperluan mereka. Ingatlah bahawa dasar hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah tidak membebankan.

Apabila seseorang itu berkemampuan membina rumah tangga maka hendaklah ianya bersegera bernikah. Perkataan al-nikah itu sendiri sebenarnya daripada lafaz yang mengandungi maksud mengharuskan bersuka-suka pasangan suami isteri dalam bentuk yang diizinkan syarak.Tekanan perasaan keinginan dan nafsu yang terkumpul dalam diri dapat diluahkan dengan cara yang diredai Allah SWT. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu terpaut (rasa kagum) dengan seseorang perempuan lalu memberi kesan dalam hatinya maka hendaklah dia mendapatkan isteri dan menyetubuhinya kerana itu boleh menghilangkan apa yang ada dalam dirinya”(Riwayat Muslim).

Oleh itu dengan kewujudan pasangan yang sah dapatlah memelihara larangan Allah SWT dari segala kemungkaran yang bersangkutan dengan kemaluan dan mata serta dapat mengawal pintu nafsu.Jadikanlah hidup berkeluarga sebagai satu ibadah yang sentiasa di rahmati Allah SWT. Ingatlah bahawa Islam mengharamkan penzinaan tetapi mengizinkan perkahwinan secara yang sah. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT iaitu :

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir”.(surah al-Ruum, ayat 21)


sy edit dan ringkaskan teks khutbah jumaat nie... hmm... tetapi bagi sesiapa yang ibubapanya tidak membenarkan untuk berkahwin pada usia yang muda, berpuasalah , sesungguhnya puasa itu juga dapat mengajar kita untuk mengawal nafsu kita...sy petik kembali hadis di atas tadi iaitu :

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada syahwat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim) 


hope anda dapat berfikir dan fahami dengan mendalam...dan sy tidak mahu menghalang anda wahai pemuda/i untuk post hal-hal kahwin kat mana-mana media massa tetapi dalami dan fahaminya dengan mendalam....insyaALLAH anda akan memahaminya disamping share kepada yang lain... apa yang baik, datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan sy sendiri.





hukum minum berdiri

assalamualaikum...hari ni sy nak share something kat korang....

hari ini sy nak share about hukum minum berdiri....sy prnh mendengar kata2 dari seorang sahabat...
dia mengatakan bahawa hukum berdiri tu sunat...sy pun membuta amik 100% kata2 dia...

tapi selepas sy buat research dan pemantauan serta kaji balik dari hadis2 tentang hukum minum berdiri, sy dapati ada perlbagai perbezaan pendapat para ulama berkenaannya....

sy share kepada anda beberapa hadis yang menjadikan hujah boleh minum berdiri....



Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, “Aku memberikan air zam-zam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka beliau lantas minum dalam keadaan berdiri.” (HR. Bukhari no. 1637, dan Muslim no. 2027)


Dari An-Nazal, beliau menceritakan bahwa Ali radhiyallahu ‘anhu mendatangi pintu ar- Raghbah lalu minum sambil berdiri. Setelah itu beliau mengatakan, “Sesungguhnya banyak orang tidak suka minum sambil berdiri, padahal aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melakukan sebagaimana yang baru saja aku lihat.” (HR. Bukhari no. 5615)


Dalam riwayat Ahmad dinyatakan bahwa Ali bin Abi Thalib mengatakan, “Apa yang kalian lihat jika aku minum sambil berdiri. Sungguh aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah minum sambil berdiri. Jika aku minum sambil duduk maka sungguh aku pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam minum sambil duduk.” (HR Ahmad no 797)


Dari Ibnu Umar beliau mengatakan, “Di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kami minum sambil berdiri dan makan sambil berjalan.” (HR. Ahmad no 4587 dan Ibnu Majah no. 3301 serta dishahihkan oleh al-Albany)


sy share kepada anda pula hadis yang melarang kita minum berdiri....


Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang sambil minum berdiri. (HR. Muslim no. 2024, Ahmad no. 11775 dll)


Dari Abu Sa’id al-Khudriy, beliau mengatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang minum sambil berdiri. (HR. Muslim no. 2025, dll)


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)


jadi??mana satu yang betul??boleh or tak?? :)
jom kita tgk hadis yang mengatakan BOLEH....kita akan tahu bahawa nabi meminum air zam zam... benar? :)

cuba kita lihat pula pada hadis yang melarang kita minum berdiri...tidak disebut air apakah yang dilarang minum berdiri..betul x? :)

berbalik kepada hadis yang mengatakan boleh minum berdiri tu kata bahawa nabi minum air zam zam sambil berdiri tetapi bukan air biasa...betul x? :)


sy beri hadis tentang air zam zam pula... :)


Nabi mengatakan, “Air zam-zam adalah makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit.” (HR Muslim no 2473) 



Nabi mengatakan, “Air zam-zam itu sesuai dengan niat orang yang meminumnya.” (HR.Ahmad dan Ibnu Majah dalam Targhib wa Tarhib 2/168 al-Hafidz al-Mundziri mengatakan tentang hadits ini, diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang shahih.)


jadi,apa pendapat anda?sy pernah juga membaca artikel dari ustaz love,ustaz azhar,ustaz yang len dan beberapa hukum minum berdiri dlm beberapa artikel... kebanyakan ustaz mengatakan bahawa dibolehkan minum berdiri iaitu air zam zam tetapi makruh jika minum air selain air zam zam.... :)

so,adalah lebih manis dan sopannya jika kita minum secara duduk... :)
sy berharap anda dapat mengetahui sesuatu yang baru hari ini... apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri sy sendiri... :)



dugaan?sabar?

assalamualaikum...hari ni sy nak kepada anda semua tentang perkara yang selalu dihadapi oleh manusia termasuk sy dan anda :)

tajuk sy hari ni berkenaan dengan "dugaan?sabar?" . apa yang anda rasa yang ingin sy share kan perkara ini kepada anda semua? :) tentu sahaja dugaan dan musibah yang sering dihadapi oleh manusia.btl x? :)

apa erti dugaan? dugaan tu kalo ikut kamus bahasa bermaksud agakan, sangkaan, tekaan, dan ramalan...tetapi yang ingin sy share adalah dugaan yang bakal,sedang or telah berlaku kepada anda :)

adakah anda pernah merasai dugaan ataupun orang di sekeliling anda diuji dengan pelbagai dugaan? adakah anda pernah mengeluh dan pernah melihat orang disekeliling anda mengeluh akan dugaan yang menimpa diri? :)

tentu sahaja anda pernah mengalami dan orang disekeliling anda mengalaminya tetapi berbeza situasi...kenapa setiap orang diuji dengan diberikan pelbagai dugaan di dalam hidup? :)

manusia perlu diuji utk melihat sejauh mana manusia itu beriman kepada ALLAH dan redha dgn ujian ALLAH...utk menguatkan hujah sy, sy selitkan dalil iaitu :

(surah Al-Ankabut :ayat2-3)
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta. 

dalam Al-Quran, Allah dah jelaskan kepada kita mengapa dia menguji kita. kekadang ada orang mengeluh :

"kepala aku diuji sebegini?aku tidak dapat bertahan dengan ujian yang berat ini.aku tidak mampu.tidak berdaya."

sebenarnya Allah tidak menguji manusia yang tidak mampu dengan apa yang mereka tidak mampu.ada dalil untuk menguatkan hujah sy iaitu :


(surah Al-Baqarah : ayat 286)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".


apa2pun kita cuba hadapi dugaan itu dengan senyuman..InsyaALLAH anda dpt kurangkan tekanan :)
tapi apa pula kaitan sabar dengan dugaan? :)

sebenarnya sy saja untuk selitkan sabar...kekadang manusi tidak dapat bersabar dengan dugaan yang dihadapinya.tapi apa2pun, kita cuba bersabar dalam menghadapi dugaan serta ujian dari Allah...

1 lagi sy ingin sentuh 1 perkara...bersyukurlah dengan apa yang kita ada tetapi bukan bersabarlah dengan apa yang kita ada...akhir kata,teruskan melangkah mencari redhaNYA..

apa yang baik datang dari Allah dan yang yang buruk/kurang itu datang dari kelemahan sy sendiri :)

tentang muslimah....

assalamualaikum....
hari ni sy nak share something about muslimah....

apa maksud muslimah?
muslimah bermakna itu adalah seorang wanita yang beragama islam yang mengamalkan segala tuntutan agama seperti mana yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

apa yang ingin sy share kepada anda semua adalah 1 video dan lagu untuk muslimah... dalam video nie memberi cara dan pesanan untuk menjadi muslimah sejati..meskipun kita sibuk dengan pekerjaan dunia,tapi kita jangan lupa tanggungjawab kita kepadaNya serta kepatuhan kepada ibubapa(bagi yang masih dibawah tanggungan mereka) atau suami(yang berumahtangga).

video kat bawah ni untuk muslimah sekalian yang sy hormati... :)


semoga kita tergolong dalam orang yang beriman kepada Allah...setakat itu je yang ingin sy share kat korang suma.. :)

apa yang baik datang dari Allah, dan apa yang kurang datang dari kelemahan diri sy sendiri. :)



jika nak lebih faham,tgk lirik nie.. :)

game perosak akidah


assalamualaikum...ari ni sy nak share la kat korg pasal game...mesti ramai yang men game...tapi ramai xsedar game tu menghina islam..

pada zaman yang serba moden ni,pasti ramai yang berminat dengan game terutamanya ramaja dan kanak-kanak. Seperti yang kita tahu, kita dan agama kita iaitu Islam diserang dari pelbagai cara terutamanya dri segi hiburan. Hiburan dlm islam tidak salah disisi agama tetapi hukumnya haram jika ia melekakan kita dan menjauhkan diri kita dari mengingati ALLAH. Sy bg contoh dan bukti bahawa islam dihina..jom tgk kat video nie...







Jika kita kembali pencipta game tersebut, pasti musuh-musuh ALLAH yang melakukan untuk menjatuhkan agama Islam meskipun tiada lagi penjajahan nyata tetapi minda dan cara hidup kita dijajah oleh musuh-musuh ALLAH.

Seperti dalam AL-Quran telah menyatakan dalam surah Al-kafirun iaitu surah ke-109 yang bermaksud:
1. katakanalah (Muhammad),”wahai orang-orang kafir!
2.aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,
3. dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
4. dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5. Dan kmu tidak pernah menyemhah apa yang aku sembah.
6. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.

Game itu jugalah merupakan salah satu cara untuk menghina agama ALLAH dan menyesatkan umat Islam terutamanya bagi peringkat remaja. Semoga kita dapat mengambil iktibar dari sudut hiburan dan dapat memantapkan iman kita untuk kembali berjuang membangunkan ummah.

apa yang baik, datang dari ALLAH dan apa yang kurang datang dri kelemahan diri sy sendiri. terima kasih kerana terus membaca :)

CINTA VS cinta



Assalamualaikum....
hari ni sy nak kongsi sedikit kat anda tentang CINTA.
cinta....apakah itu cinta???mungkin ramai yang telah melalui alam percintaan yang begitu indah sekali di pandangan mata kasar mereka....

cinta dunia diutamakan manakala cinta yang Esa dilupakan...begitulah manusia yang berada d zaman yang boleh dikatakan zaman dimana syaitan cuba mencari seberapa banyak pengikut-pengikutnya ke neraka jahaman......wah!!begitu dasyatnya zaman sekarang...kita diserang dri semua arah....kembali kita ke topik utama....

apakah itu cinta??saya mempunyai 2 maksud cinta...
-(Cinta Ikut Nabi Taat Allah) CINTA
-(Cinta Ikut Nafsu Taat Awek/Ayang) cinta

Yang mana satu kah cinta kita?? Taat Allah or Taat Awek/ayang???

seperti yang kita sedia maklum,tidak salah kita bercinta asalkan dapat menjaga batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan, tapi sayangnya mungkin 1 dalam sejuta orang sahaja mungkin boleh menjaga batas2 pergaulan...

seperti yang kita tahu, apabila seseorang itu telah mempunyai pasangan, sangat-sangat jarang atau xpernah seorang lelaki menegur pasangannya tentang hal-hal agama, pendidikan, pergaulan, dan pakaian.....

Pada zaman sekarang banyak kes-kes yang berlaku akibat cinta contohnya bunuh diri setelah ditinggalkan pasangan, bunuh anak yang xberdosa, berbunuh-bunuh akibat cemburu, bergaduh akibat berebut pasangan dan sebagainya....

kita boleh lihat remaja zaman sekarang GHAIRAH bercinta sehingga melupai CINTA.....dan tambah menyedihkan ada yang tak mengaku agama sendiri iaitu ISLAM...masyaALLAH....

marilah sama-sama kita pertingkatkan ilmu agama dan pertingkatkan iman kita semasa berada di zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini....semoga ALLAH memberi petunjuk kepada mereka yang masih mencari kebenaran dan jalan yang benar.....apa yang baik datang dari ALLAH dan apa yang kurang datang dari kelemahan diri sendiri... :)

Jenis manusia


Assalamualaikum...
hari ni perkongsian sy adalah berkenaan jenis manusia...
manusia kat bumi nie ada pelbagai bangsa berbeza bahasa dan berbeza agama.
tpi hari ni sy xla la cite pasal bangsa or bahasa... k? tapi cite pasal kategori manusia. :)

Menurut Al-Quran Al-Karim, manusia dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu manusia Muslim, manusia Mukmin, manusia Fasiq, manusia Munafik dan manusia kafir. Manusia inilah yang mencorakkan 
kehidupan di muka bumi ini.

Golongan pertama ialah manusia Muslim.
-Dari segi bahasa ialah orang yang beragama islam.
-Dari segi istilah ialah golongan manusia yang mengucap dua kalimah syahadah, yang mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah S.W.T. sentiasa berusaha menjalankan perintah Allah S.W.T. dan menjauhi larangan-Nya.

Ciri-ciri muslim sejati ialah:
·         -Aqidah yang sejahtera
·         -Ibadah yang sahih
·        - Berpengetahuan luas
·        - Akhlak yg baik
·         -Berdikari
·         -Memiliki tubuh badan yang sihat
·         -Menepati masa
·         -Bermujahadah melawan nafsu (jihad besar)
·         -Urusan yang tersusun

Golongan kedua ialah manusia Mukmin.
-Dari segi bahasa ialah orang yang beriman.
-Dari segi istilah bermaksud orang yang beriman kepada Allah S.W.T. dan beriman kepada rukun-rukun Iman. Beriman dengan sebenar-benarnya dengan perbuatan dan amalan.

Sifat-sifat manusia mukmin ialah:
·        - Cintakan ALLAH
·         -Bertakwa
·         -Menerima dan patuh kepada hokum ALLAH S.W.T.
·         -Solat dengan khusyuk
·         -Berjihad di jalan ALLAH
·         -Dakwah kepada kebaikan
-
Allah telah menjanjikan kepada orang mukmin seperti ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menunjukkan bahawa Allah memberi jaminan kepada orang mukmin dengan kehidupan yang sempurna di akhirat kelak. Allah S.W.T. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya. Di antara firmanNya yang bermaksud:

“sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin dirinya dan harta mereka  dengan memberikan syurga untuk mereka.” (At-Taubah:111)

Golongan ketiga ialah manusia fasiq.
-Dari segi bahasa ialah putus atau cerai.
-Dari segi istilah bermaksud golongan yang tahu tentang ajaran Islam tetapi tidak mahu mengamalkannya.


Golongan keempat ialah manusia Munafik.
-Dari segi bahasa ialah berpaling.
-Dari segi istilah bermaksud orang yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. dengan lidah/kata-kata tetapi hakikatnya hati mereka menafikan pengakuan tersebut. Mereka menyembunyikan sifat kekafiran mereka dan berpura-pura sebagai orang Islam.

Manusia munafik terbahagi kepada 2 iaitu :
·        - Munafik Iktiqadi
·         -Munafik Amali

Sifat-sifat orang munafik:
·        - Penyakit hati
·         -Berbuat kerosakan alam
·         -Menuduh orang beriman sebagai bodoh
·         -Mengambil orang kafir sebagai pemimpin orang mukmin
·         -Menipu,riak.malas dalam mengerjakan ibadat
·         -Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf

Golongan kelima ialah manusia Kafir (kufur).
-Dari segi bahasa ialah tutupan atau penutup.
-Dari segi bahasa ialah tidak beriman kepada keesaan Allah atau kenabiaan Nabi Muhammad S.A.W. serta syariat yang disampaikan oleh baginda.
kufur terbahagi kepada 4 iaitu:
·        - Kufur tauhid
·         -Kufur juhud (menentang)
·         -Kufur nikmat
·         -Kufur baraah

Sifat-sifat orng kafir ialah:
·         -Tidak yakin akan adanya hari kebangkitan dan alam akhirat
·         -Memperolokkan Al-Quran dan orang yang beriman
·         -Menghalang manusia lain dari mengikut jalan Allah
·         -Menjadi hamba kepada kebendaan
·         -Merasa iri hati terhadap orang islam yang menyeru kepada kebenaran

marilah sama-sama kita berfikir sejenak dan memikirkan yang mana 1 kah jenis manusia kita. semoga kita dpt mengambil iktibar dan pengajaran. apa yang baik,datang dari ALLAH dan apa yang kurang datang dari kelemahan diri sendiri. :)

antara cinta dan agama

assalamualaikum...

hari ini sy ingin menceritakan sedikit cerita sepanjang kajian dan pemerhatian sy.ini adalah perkara yang kini menjadi masalah yang boleh merosakkan akidah seorang muslim dan membantutkan pelbagai perkara...

cinta..
apa maksud cinta dan cinta apakah yang sy maksudkan?

maksud Cinta didalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd tuhan, negara, orang tua, kebebasan dan sebagainya . 
bagi orang yang hanget bercinta, cinta itu adalah sebuah perasaan kasih dan sayang seseorang terhadap orang yang disayanginya.

Tidak hairanlah pelbagai ungkapan dan pepatah orang dulu yang dijadikan perumpamaan untuk menunjukkan rasa cinta pada pasangan masing-masing. “Lautan api sanggup ke redahi, demi membuktikan cintaku padamu”. tetapi realitinya sanggup ke pasangan anda berenang kat lautan api?hehe ia hanya ayat kiasan atau ayat bunga-bunga untuk permulaan kepada meng'ayat' pasangan mereka. :)

apa pula agama?
ada kaitan ke?sebenarnya ada kaitan. :)
agama bermaksud sesuatu pegangan dan kepercayaan terhadap tuhan serta beribadat kepada tuhan.
kaitan cinta dan agama adalah cintanya kita kepada Tuhan. simple je kan?

tetapi cinta didalam topik ini adalah berkenaan dengan percintaan adam dan hawa serta agama...
sy melihat sepanjang perjalanan sy merantau, sy melihat sesetengah orang rakyat di negara kita lebih mengutamakan cinta kepada pasangan mereka bebanding seruan Ilahi memanggil mereka untuk menunaikan solat untuk menunjukkan cinta mereka kepada ALLAH. :)

sy pernah pergi ke sebuah bandar yang sesak dengan orang ramai terutamanya dalam kalangan remaja yang sibuk bermesra bersama pasangan mereka tanpa segan silu. al maklumlah tempat awam katakan... sy hanya duduk di suatu sudut dimana sangat strategik antara dataran kawasan pasangan bermesra dan masjid...pabila dilaungkan azan, sy melihat pasangan yang sedang asyik bercinta itu tidak mengendahkan panggilan untuk menunaikan solat...

lihat...itulah realiti remaja zaman sekarang.mereka lebih mengutamakan cinta kepada manusia berbanding cinta kepada Tuhan yang menciptakan mereka. jom kita renungkan kembali firman ALLAH.


"Tidak aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" (az-Zariyat:56)

hmm...sewaktu sy dulu mempunyai pasangan, tidak pernah pasangan sy menekankan pada sy untuk solat pada awal waktu dan mengutamakan Tuhan berbanding dirinya...tapi alhamdulillah..kini sy diberi peluang untuk kembali bertaubat...dan alhamdulillah bekas kekasih sy kini faham mana yang lebih penting.. :)

sy ingin berkongsi 1 cerita daripada seorang senior sy yang kini faham agama. dia juga pada suatu ketika dulu pernah dihalang oleh kekasihnya daripada pergi solat pabila laungan azan berkumandang atas alasan "tunggulah sayang abis makan dulu.temankan sayang makan dulu"... wah...menahan orang melakukan amal ibadat pada awal waktu itu balasannya dosa kerna menghalang orang ingin mencari redha Ilahi...kini senior sy pun single dan fokus pada agama dan pelajaran.

mari kita renungkan kembali apa yang telah kita lakukan sehingga hari ini... cinta kepada ALLAH perlulah diutamakan berbanding manusia.. tetapi orang beriman akan sentiasa diuji oleh ALLAH dengan apa yang mereka mampu..dalam firman ALLAH iaitu :


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)




"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (al-Baqarah : 286)


setakat ini sahaja perkongsian sy...apa-apapun,sy ingin menyeru kepada yang masih ber'couple' , masih belum terlambat lagi untuk kita kembali bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka luas. :)
sy ingin mengambil beberapa potong ayat dari sebuah filem 

cinta ini terbahagi kepada 3 :
cinta kerana ALLAH
cinta kerana nafsu
cinta kerana jin(kene buat)

ini yang sy ingat la...apa yang baik datang dari ALLAH dan apa yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri :)