Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

peringkat cinta

assalamualaikum... hari ni sy nak share sedikit mengenai cinta... cinta lagi.... ia berkenaan dengan pendapat seorang ulama pada abad ke-7 mengenai peringkat cinta (maratibul-mahabah)... ulama yang sy maksudkan adalah Ibnul Qayyim... dalam pembacaan sy, menurut ulama Ibnul Qayyim, terdapat 6 peringkat cinta (maratibul-mahabah) iaitu :

1. tatayyum merupakan peringkat cinta yang paling tinggi yang hanya selayaknya Hak ALLAH semata-mata. cinta ini perlu meletakkan ALLAH di takhta cinta yang teratas. cinta ini tidak boleh didua atau ditigakan... untuk menunjukkan cintanya kita kepada ALLAH adalah lakukan yang wajib dan tinggalkan yang haram serta beriman denganNYA seperti dalam rukun iman.


2. 'isyk merupakan peringkat cinta yang kedua iaitu hanya selayaknya hak Rasulullah S.A.W.  untuk menunjukkan bahawa kecintaan kita kepada rasul,kita ikuti sunnahnya dan menjadikan rasul sebagai ikon utama kita.telah disebut dalam surah Ali Imran : 31 iaitu:

"katakanlah jika kalian cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah) maka Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian."


3. syauq merupakan peringkat cinta yang ketiga iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lain seperti suami isteri, ibubapa dan anak yang akan melahirkan mawaddah wa rahmah(kasih sayang dan belas kasihan). telah disebut dalam surah Ar-rum: 21 iaitu:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."


4. shababah merupakan peringkat keempat iaitu cinta sesama Muslim yang melahirkan ukhuwwah islamiah. cinta ini dapat menguatkan islam supaya tidak berpecah hanya disebabkan perbezaan pendapat dan perselisihan pemahaman sedangkan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.


5. 'ithf merupakan peringkat kelima iaitu simpati sesama manusia. ia akan melahirkan simpati yang cenderung untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan.


6. peringkat cinta keenam adalah keinginan kepada kebendaan(dunia) yang sama dengan intifa' (pemanfaatan). cinta ini sering melalaikan manusia tetapi boleh menjadi membantu untuk meraih cinta kepada Allah dan lain-lain dengan bersedekah, membayar zakat, wakaf dan sebagainya...


so, jom kita cek kembali peringkat-peringkat cinta kita ^_^

dengan ini,sy sertakan doa.semoga kita sama-sama amalkan ^_^


that's all..

kene reject?

assalamualaikum... tetibe terasa gatal lak tangan ni nak menaip... maklumlah time keje ni bila xde isu,untuk menghilangkan bosan kat opis ni,bace blog orang lain dan lain-lain... kalo ada masa, bacelah ilmiah kat www.iluvislam.com ^_^ banyak ilmu di share kat sana ^_^

malam ni terasa nak share about reject... jeng jeng jeng ....hehe hmm... sebenarya nak cite pasal merisik... bila kita rasa kita suka seseorang, kita pegi la merisik dulu anak orang. i mean lelaki la... tapi sebelum tu, buatlah solat istikharah dulu... kita buat solat istikharah tu untuk mohon pada ALLAH supaya diberikan petunjuk. jika benar dialah jodoh untuk kita dan kita yakin, just go on je to the next step ^_^

tapi kalo kita di reject,jangan berputus asa... mungkin orang yang kita pinang itu perlukan sedikit masa atau sesi soal jawab tu ada benda yang mereka rasa kurang pada diri... kebiasaannya disebabkan tidak bersedia dan masih belajar... tidak mengapa... beri mereka sedikit masa... dan cuba kita fikirkan kembali mengapa ALLAH telah takdirkan begitu?

benda pertama kita harus lihat adalah diri kita sendiri... adakah kita bersedia untuk berkahwin? then,move to the next step... adakah kita bersedia menjadi imam kepada bakal isteri? cek balik agama kita... cek iman...cek amal...cek akhlak... then, move to the next step....adakah kita bersedia untuk tanggung dosa bakal isteri kita dan mendidik mereka?itu bukan tugas yang mudah...tau kenapa?sebab ramai lelaki dayus diluar sana membiarkan anak isteri mereka membuka aurat.... semoga kita dijauhkan... then,move to the next step.... adakah kita telah sediakan tempat tinggal,pakaian dan makanan yang mencukupi untuk keluarga?


tugas seorang suami bukanlah semudah yang disangka tapi jika kita dah betul-betul sedia tetapi di reject, jangan berputus asa,tunggulah semampu boleh atau cari melalui baitul muslim...insyaALLAH mungkin ditemukan jodoh di sana.... ^_^

cuma nak ingatkan, seorang akak tu pernah ingatkan kat sy and i just want to share la...

#sentiasa buat solat istikharah sebelum,semasa dan selepas supaya kita yakin ^_^
#doa kepada ALLAH semoga dipermudahkan dan didekatkan jodoh ^_^
#sentiasa muhasabah diri dan cepat2 perbaiki amalan kita ^_^
#berpuasa semampu yang boleh untuk didik nafsu ^_^

that's all... ^_^


broken heart?

assalamualaikum....hari ni sy terasa ingin mengarang je lagi...tak tahu la kenapa tangan nie tak berhenti menaip je dari tadi....xpelah...hehe hari ni sy nak share 1 lagi kisah dan sedikit output yang sy dapat dari pengalaman dan dari pembelajaran mengenai 1 pic nie....pasti ramai yang bercinta dan pasti ada yang belum pernah bercinta...tapi itu tidak mengapa...sy ingin share pic yang memang kalo orang bercinta pernah laluinya... :)


inilah pic yang sy maksudkan...pasti ada yang pernah laluinya...kan? sy tertarik dengan pic ini kerana meskipun dulu pernah laluinya,tetapi masih belum terlewat bertaubat padaNYA... :) sy faham kadangkala orang yang selepas 'break' dengan kekasih pasti mandi tak basah sebab ada yang mandi bawa payung macam dalam pic nie sampai ada yang 1 week xmandi...hehe xdelah... :)

sebenarnya jika kita ada rasa-rasa begini,kita perlu check hati kita cepat...tak perlu jumpa doktor dan X-RAY hati kita tapi kita check balik sendiri pun dah cukup...penyakit hati ini sebenarnya bahaya...jika kita tak rawat hati kita yang sakit nie dengan segera,hati kita akan semakin rosak dan boleh menyebabkan hati mati...ubat untuk penyakit hati yang sedih pas 'break' nie bukan cari kekasih baru, tapi mencari kembali Pencipta kita dan mencari kembali kekasih lama kita iaitu cinta kita kepada kekasih ALLAH....

ubatnya pula adalah amik wuduk,solat dan bertaubatlah padaNYA...itulah yang terbaik...rawatlah hati kita sebelum hati kita semakin parah...pabila tiba masanya,jangan kita menyesal di akhirat kelak...dan yakinlah jika kita hilang sesuatu yang kita sayang,ALLAH akan ganti yang lebih baik dengan cara yang Halal iaitu nikah yang menghalalkan hubungan antara adam dan hawa...ceh...romantik la plak...haha tapi itulah kenyataan...

tu jelah nak share....so,jaga hati dan iman kita ye...dan cubalah untuk tinggalkan perkara yang dapat menjauhkan kita dari ALLAH...ok?yang baik datang dari ALLAh dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

keluarga atau kekasih?

assalamualaikum...apa kabar kepada para pembaca blog?semoga anda sume sihat disamping keluarga tercinta...hari ni sy ingin bercerita mengenai cinta.ada apa dengan cinta lagi ya?hehe hari ini sy ingin mengupas mengenai cinta zaman sekarang... :)

tajuknya adalah...keluarga atau kekasih?wah...nie jelah tajuk simple hari ni yang sy ingin share kepada anda hari ni...hehe mesti ada yang tertanya2 kenapa sy memilih tajuk kisah cinta ni.kan?sebenarnya sy lihat pemuda pemudi zaman sekarang semakin berbeza dan mengikut arus semasa sehingga hanyut dalam dunia yang fana...

ayat yang biasanya digunakan oleh orang yang sedang hanget bercinta ni sy rasa xla power mana pun tapi kenapa ada yang cepat sangat 'cair' ek? "I LOVE U, I MISS U", "sy syg awk", "sy cinta awk", "sy xblh hidup tanpa awk" dan sebagainya... borink la dengar ayat mcm nie...dorang kene pergi kursus cinta nie kalo nak improve skill...haha xdelah,gurau je...hehe sebenarnya lelaki ni xperlu ayat2 mcm tu pun dah blh mengugat hati para wanita dengan...hehe itu secret punya...hehe

kembali pada tajuk utama iaitu "keluarga atau kekasih?" ada apa dengan tajuk nie?sebenarnya sy nak kupas mengenai cinta zaman sekarang...kebanyakan cinta zaman sekarang lebih kepada duniawi...kenapa sy cakap mcm tu?korang boleh tengoklah kat sekeliling korang, mengadaikan maruahnya semata2 kerana cinta kononnya cinta sejati, mendedahkan auratnya semata2 kekasihnya...itulah sebabnya...tapi apa pula kena mengena dengan keluarga?

hehe mudah je...pernah tak anda lihat kawan2 anda atau kenalan anda dengar cakap ibubapa dia berbanding dengan kekasihnya? contohnya la...sebelum ni xpernah tengok mamat nie solat...puas ibubapa dia nasihat tapi masih lagi mcm tu...tapi satu hari dia solat...bila disiasat,rupanya kat FB dia,ada seorang wanita selalu bertanya pada dia tentang solat...see?hanya kerana orang lain,dia berubah,tetapi ibubapa yang penat melahirkan dan membesarkan dia serta nasihatkan dia?lepas tu dalam beberapa bln lepas tu,bila mamat tu putus ngan awek dia,dia kembali tidak solat...itulah pemuda sekarang...so,diharapkan kita berubah kerana ALLAH dan lebih dengar nasihat ibubapa :)



selain tu,sy bagi 1 contoh, sebelum nie pempuan tu xpernah dedahkan auratnya...dia sentiasa taat akan ibubapanya...tapi 1 hari, sejak dia kenal seorang mamat nie,dia mula pakai pakaian ketat sehinggalah dedahkan aurat dengan seksinya...puas ibubapanya nasihat kat pempuan tu,tpi langsung tidak diendahkan...tetapi kalo kalo mamat tu,bukan main taatnya sehinggalah akhirnya pabila mamat tu dapat apa yang dia nak dan tinggalkan pempuan tu,barulah pempuan tu sedar akan silapnya...so,diharapkan kepada wanita2 diluar sana,berhati2lah dan kalo boleh,kunci pintu hati anda pada yang selayaknya...

2 buah kisah yang sy bawakan kepada anda...korang boleh lihat cinta mana yang betul...cintailah ibubapa kamu,bukan kekasih kamu...taatlah pada ibubapa kamu,bukan kekasih kamu...dan ingatlah, kamu sebagai anak adalah aset ibubapa ke syurga...kenapa?kerana segala tanggungjawab mendidik kamu menjadi pemuda pemudi islam yang taat pada ALLAH adalah ibubapa kamu...dosa yang kamu lakukan tu boleh menyumbang dosa kepada ibubapa kamu terutamanya anak perempuan yang belum kahwin...

setakat tu jelah nak share kat anda semua...apa yang baik,datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

cinta dan sempurna

assalamualaikum...hehe hari ini sy nak ingin share sesuatu kepada anda semua sikit berkenaan cinta...
owh no,ada apa lagi ye dengan cinta?hehe xdelah...sbnrnya juz nak share sedikit mengenai 1 pic yang sy jumpa kat internet semasa membuat assignment dan terjumpalah pic nie...hehe


apa yang anda rasa mengenai ayat kat dalam pic nie? sy rasa setiap manusia mempunyai perasaan dan perasaan itu ada yang dijaga dengan baik dan ada yang melepaskan perasaan itu pada bukan waktunya... jika dibandingkan lelaki dan wanita, wanita lebih cepat merasai perasaan cinta itu berbanding lelaki...btl x?hehe

sy cuma ingin mengulas sedikit ayat dalam pic tu..mengapa cinta bukan sekadar mencintai seseorang dengan sempurna? dan mengapa mencintai seseorang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna?

jom kita kupas ayat2 nie...manusia nie bukanlah sempurna mana pun dan manusia ini tidak lepas dari melakukan kesilapan...btl x? bagi sy, apa yang perlu adalah mencintai Pencipta dengan cara yang sempurna dan insyaALLAH anda juga akan meraih cinta yang sempurna dengan pasangan anda kerana ALLAH... :)

dan betul lah kita mencintai seseorang yang tidak sempurna itu dengan cara yang sempurna iaitu menerima pasangan kita seadanya dan cinta itu berlandaskan iman dan ikhlas kerana ALLAH... :) jangan pula kita ckp kita cinta orang tu kerana ALLAH tetapi pada masa yang sama seluruh jiwa dan raga kita belum diserahkan kepada ALLAH dan menghambakan diri kita kepada ALLAH... :)

ayat kat pic ok tapi diharapkan kita tidak melebihkan cinta keduniaan semata-mata dan membelakangkan cinta padaNYA... :)

setakat tu jelah sy dapat share.... :) apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

kali pertama dan terakhir

nama ku Hafiz...seorang yang sempoi dan tidak minat bergaya...rakanku menggelarkan ku seorang yang simple but nice. nice?yeke nice?kalo ye,Alhamdulillah. aku seorang yang kurang bergaul dengan orang lain kecuali mempunyai hal yang kerja dan penting sahaja. al maklumlah selepas kejadian 3tahun lalu, aku mulai menyendiri dan menyepi dari teman-temanku...

kehidupanku sebagai seorang student padat bagaikan milo 3 in 1.huhu sentiasa busy dengan assignment, mengkaji ilmu baru,menulis artikel baru, mengikuti forum ilmu online, dan tugasku dalam organisasi. itulah kehidupan seharianku.pabila masa lapang tiba,aku akan bercelaru dan terasa sangat bosan sehingga menulis artikel , mereka cerpen yang pendek ataupun pergi ke bilik temanku dan 'training' dengan dumbel. bagiku, aku adalah seorang yang sangat membosankan.

aku cuba melupakan masa laluku yang selama ini menghantui diriku tetapi ia sentiasa hadir dalam hidupku. aku benci perasaan cinta ini.kejadian 3tahun lalu itu membuatkan perubahan pada diriku secara mendadak. kadangkala teringat perkara bodoh yang aku cuba lakukan iaitu memotong urat d pergelangan tanganku dan mencederakan diriku...tetapi...ia tak akan merubah apa-apa. ianya MUKTAMAD. meskipun itu adalah pilihanku,tetapi itulah yang membuatkan aku merana.

aku sungguh mencintai dirinya.meskipun dia tidak mengingati diriku lagi dan tidak mencintaiku lagi, aku harus menerima kenyataan ini.HARUS! meskipun kami telah berpisah tetapi mengapa kadang kala aku masih 'follow' keadaan dirinya? aku menangis sendiri pabila teringat kisah lalu.

pada hujung minggu, aku keluar ke bandar seorang diri kerana itulah kebiasaan diriku keluar seorang diri tanpa ditemani sesiapa.kadangkala ada sahaja mengajak ku untuk keluar bersama,dan kadangkala teman-temanku cuba memasangkan aku dengan wanita lain,tetapi aku langsung tidak berminat.hatiku masih padanya.

sewaktu cuti semester dan balik ke rumah family,aku hanya membuat kerja rumah dan menyediakan makanan untuk family kerana aku telah di didik dari kecil untuk berdikari. itulah hidupku.kadangkala tugasku menghantar ibu yang aku sayang ke pejabat atau jika ibuku ingin balik ke kampung,aku akan menjadi driver dan bodyguard untuk ibuku. dah memang tugas sebagai seorang anak untuk berbakti pada parent.ayahku pula jarang mendapat cuti dan balik ke kampung bersama family.

sehinggalah suatu hari sewaktu cuti semester,aku keluar sendiri ke kompleks membeli belah dengan 1 tujuan iaitu ke Eaton atau Popular. aku lebih suka meluangkan masaku di kedai buku. sewaktu aku dlm perjalanan ke Eaton,aku terlihat kelibat wajah bekas kekasihku bersama kekasih barunya. dan aku...hanya berdiam diri dan meneruskan langkahku ke Eaton. tetapi di dalam hati, hanya Allah dan aku sahaja tahu.betapa sedihnya diri ini melihat dirinya bersama kekasih barunya sedangkan aku hanya....sendiri...

aku memujuk diriku untuk meneruskan tujuanku ke Eaton untuk mencari buku. sebenarnya aku ke Eaton untuk membeli beberapa buah buku rujukan,tetapi sewaktu aku melintasi kawasan buku agama,hatiku tersentuh untuk membeli sebuah buku agama iaitu "jangan bersedih,kebahagiaan pasti bersamamu".

pabila aku sampai ke rumah,aku menyiapkan segala kerja rumah sebelum parentku balik.pada waktu malam,hatiku tergerak untuk membaca buku agama itu tadi.dalam buku tu ada 147 bab tetapi semakin aku membaca, semakin menarik dan tersentuh diriku untuk kembali mencari cinta Pencipta. kadangkala aku terfikir adakah kebahagiaan itu dapat dicapai hanya dengan dua orang insan yang saling mencintai? banyak persoalan yang mulai timbul dalam fikiranku.

sejak dari itu,aku melupakan untuk follow keadaannya dan aku cuba mencari segala jawapan dari persoalanku.aku meneruskan perjalanan hidupku.kadangkala mengikut jemaah keluar.aku mulai berjinak mendengar kuliah maghrib,bayan dan crmh agama. Alhamdulillah akhirnya segala persoalanku mulai terjawab sehingga aku tidak lagi merasai kesedihan akibat putus cinta.

pada suatu hari, aku pergi mendengar 1 kuliah maghrib.tajuknya "CINTA VS cinta". aku melihat para jemaah khusyuk mendengar kuliah itu.aku mulai tertarik dengan kata-kata penceramah itu iaitu "jika kamu ingin meraih cinta manusia,raihlah cinta Penciptamu iaitu ALLAH,insyaAllah anda akan bahagia bersamanya". aku teringat kisah laluku,tetapi ia hanya tinggal kenangan dan apa yang penting hanyalah meraih cinta Allah.

pada keesokan harinya, sewaktu aku pergi ke kedai untuk membeli keperluan masakan untuk sajian malam, aku mendapat panggilan kecemasan daripada rakanku bahawa bekas kekasihku berada dalam ICU kerana matanya terkena bahan kimia sewaktu cuba mengambil bahan kimia untuk mencuci gmbr yang menggunakan filem dari tmpt yang tinggi untuk kegunaan amalinya. doktor memberitahu bahawa dia tidak dapat melihat lagi. aku hanya berdoa semoga dia dalam keadaan selamat.

aku mulai teringat yang aku tidak dapat hidup lama kerana aku mempunyai penyakit yang tidak dapat sembuh dan aku menyembunyikan keadaanku pada semua selepas kemalangan 3tahun lalu. aku mengambil keputusan untuk menderma mataku padanya.aku hanya berharap dia menggunakan nikmat melihat dengan sebaiknya.sebelum pembedahan,itulah kali terakhir aku melihatnya.aku tidak menyesal dengan keputusanku.

selepas beberapa bulan,aku mendengar berita dia dapat melihat. aku bersyukur dia dapat melihat kembali. selepas kejadian itu, aku mengambil keputusan memberitahu familyku tentang situasi kesihatanku yang lama aku sembunyikan dari pengetahuan mereka dan aku mengambil keputusan untuk pergi jauh.familyku menuruti kemahuanku dan pergi jauh darinya.

aku hanya berharap dia tidak sia-siakan nikmat melihat itu kepadanya. dan aku redha dengan keadaanku. aku hanya menjaga imanku dari goyah.selepas 5tahun aku menghilangkan diri,aku kembali pulang ke tempat asalku.meskipun aku tidak dapat melihat,aku gembira dapat bertemu teman lamaku.pada suatu hari, parentku ingin mencari calon hidupku,tetapi aku menolak kerana keadaanku yang tidak sihat.tetapi setelah dipujuk,akhirnya aku terpaksa mengalah dan menerima kemahuan parent ku.

rupa-rupanya pasangan hidupku adalah dia iaitu seorang wanita yang pernah mencuri hatiku. aku bersyukur dengan perubahannya yang kini bertudung labuh dan menjadi isteriku. akhirnya aku faham maksud dari kuliah maghrib "jika kamu ingin meraih cinta manusia,raihlah cinta Penciptamu iaitu ALLAH,insyaAllah anda akan bahagia bersamanya".aku bersyukur xterhingga kepada Allah meskipun diberi nikmat bahagia meskipun sekejap.aku berharap dia akan lebih tabah selepas pemergianku tidak lama lagi.berharap dia dapat menjaga imannya dengan baik...dan itulah sebaik-baik cinta...


end....


haha jangan marah kalo borink cite nie... :)

~~cinta pertama~~


Cinta Pertamaku
Sewaktu  dibangku sekolah rendah, sejak berlakunya kejadian yang menimpaku, aku menjadi seorang yang tidak dikenali ramai kerana aku bukanlah seorang yang peramah dengan orang dan aku lebih suka menyendiri. Tetapi semenjak berada di sekolah menengah, diriku menjadi seorang yang terkenal kerana diriku mempunyai perwatakan yang baik tidak kira rupa paras, penampilan mahupun dari segi pergaulan. Itulah diriku seorang yang sederhana pada pandanganku tetapi berbeza pada pandangan orang lain. Mempunyai perwatakan sedemikian dan citarasa yang berbeza dalam pergaulan di sekolah yang dikatakan nakal tetapi berakal membuat diriku selesa dengan diriku kini.
Aku  seorang yang jarang bergaul dengan orang lain tetapi apabila bergaul dengan teman-teman yang mengenali diriku aku menjadi liar. Maklumlah orang yang baru masuk ke dunia remaja yang mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan lain rupanya. Kebanyakan teman-temanku terdiri daripada orang-orang yang terpelajar dan dari kelas-kelas yang pandai.  Aku lebih suka berkawan dengan orang yang pandai berbanding dengan orang yang kurang pandai kerana bagiku berkawan dengan mereka lebih banyak manfaatnya berbanding dengan orang yang kurang pandai di samping aku dapat menjadi pandai seperti mereka. Tetapi berbeza dengan teman aku yang lain, berkawan dengan semua tak kira latar belakang, asalkan mempunyai pengaruh yang banyak. Tunjuk kuat la kononnya. Bagiku hidup seperti itu membosankan!
Setiap kali di dalam kelas aku sering mengelamun dan merenung jauh ke luar tingkap. Merenung apa yang akan terjadi dan apa yang telah terjadi.  Kadang kala aku akan teringat kisah lalu ku semasa di bangku sekolah rendah, aku dan rakan sekelas yang nakal sepertiku selalu mengacau rakan sekelas yang lain sebelum ujian bermula. Pada suatu hari ketika ujian matematik hendak bermula, aku telah menikam pemadam ke arah kawanku yang berada  dua baris di hadapanku dan kelakuanku itu membuatkan cikgu yang mengawasi kami ketika itu perasan. Cikgu yang mengawasi kami ketika itu ialah cikgu yang mengajar kami matapelajaran sains, Cikgu Zahid, yang juga merupakan guru disiplin sekolah ketika itu. Dia memanggilku ke hadapan kelas, setibanya aku di hadapan kelas pipiku rasa teramat sakit apabila ditampar di hadapan rakan sekelasku sehingga aku terjatuh dan mataku kelihatan merah kerana mahu menahan air mata yang mahu mengalir tetapi aku hanya mampu menahannya bagi menyembunyikan rasa maluku di hadapan rakan sekelasku. Itulah balasan bagiku kerana terlalu nakal dan bersikap kurang ajar. Satu sekolah heboh tentang kejadian yang berlaku ke atas diriku. Sejak kejadian itu, aku menjadi pendiam dan selalu bersendiri. Ditambah dengan keluargaku berpindah ke rumah baru yang tiada jiran disekelilingnya.
Lamunanku terhenti apabila cikguku menyedarkan aku dari lamunanku.. "Hafiz!!apa yang kamu tenung tu?fikirkan awek kamu ke?" kata guruku kepadaku dan rakan sekelasku mentertawakan aku. Aduh. Apa la yang aku buat nie. Memalukan diri je. Kadang kala aku terfikir ingin mempercepatkan saja masa persekolahanku. Bila ku fikir semula masih belum tiba masanya dan banyak lagi yang belum ku capai.
Biasanya, selepas balik dari sekolah, aku dan kawan-kawanku akan ke pekan untuk makan ABC bersama-sama. Kalau tak pun kami akan pergi ke siber cafe untuk bermain game secara online tapi kadang kala aku akan menolak juga ajakan kawan-kawanku dan balik terus ke rumah.
Hampir setiap hari aku  sering mendapat surat cinta daripada peminatku tidak kira di letakkan di dalam peti surat, laci, beg mahupun diberi secara terus kepadaku dan kadang kala apabila terserempak denganku mereka akan cuba mendekatiku. Ah! malas la aku nak memikirkan tentang cinta. Bagiku cinta itu hanyalah mainan perasaan semata-mata tetapi aku telah termakan dengan kata-kataku sendiri setelah aku mengenali seorang juniorku semasa perkhemahan sekolah. Sebelum ini memang aku pernah bercinta tetapi aku tidak pernah merasa perasaan cinta kerana aku seorang yang jarang bergaul rapat dengan pasanganku dan kadangkala sengaja ku tidak membalas sms dan mengangkat panggilan telefon daripada mereka. Aku sering membuat alasan tidur dan 'busy'. Entah bagaimana tiba-tiba aku mempunyai  perasaan yang berbeza terhadap perempuan yang lebih muda 3 tahun daripadaku sedangkan semua bekas kekasihku seumur denganku. Tidak pernah aku mempunyai perasaan sebegitu terhadap perempuan yang lebih muda daripadaku.
Aku mula merasai perasaan ini ketika membantu dia mengangkat baldi yang berisi air  bagi kegunaan unit beruniform dia. Sedangkan aku  pula pengakap. Selepas berakhirnya perkhemahan itu, aku cuba mencari dia tetapi malangnya tidak menemuinya.

Apabila tamat persekolahanku, aku bersama rakan sekelasku mencari kerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM. Aku seorang yang rajin dan sering dipuji oleh majikanku kerana sanggup kerja 'overtime' dan menggantikan pekerja yang tidak datang bekerja sehinggalah suatu hari, semasa ku sedang bekerja dan baru sahaja selepas menghantar pesanan makanan kepada pelanggan, aku terlihat kelibat wajah junior yang telah mencuri hatiku. Dia berjalan-jalan bersama kawannya ke kompleks membeli belah. Dari situ, aku cuba memberanikan diri untuk menemuinya dan mendapatkan nombor  telefonnya. Semasa ku mendekatinya, mataku tertumpu pada wajah kawannya.  Rupa-rupanya, kawannya adalah junior yang aku kenal. Oleh itu, aku pun membatalkan niatku untuk meminta nombor telefonnya secara terus kepadanya. aku meminta nombor  telefon dia melalui kawannya itu. akhirnya aku berhasil mendapatkan nombor telefon  perempuan yang aku suka itu...pada hari itu,aku sengaja membuat panggilan kepadanya dan mengatakan "sorry salah no". Di situ bermulanya perkenalan antara aku dan dia...aku tidak pernah merasai perasaan itu...aku tidak pernah melayani kekasihku yang dulu  dengan semesra ini sepanjang perkenalan aku dan dia...

meskipun aku telah pergi jauh untuk menyambung pelajaranku di negeri orang, tetapi aku dan dia masih berhubung umpama kekasih yang sentiasa berada di depan mata dan bercerita...kadang kala aku sering ber'webcam' bersamanya di skype ataupun YM. Pendek kata, aku senang bersamanya.

Sehinggalah suatu hari aku memberitahu tentang perasaanku kepadanya. Ternyata dia juga mempunyai perasaan terhadapku. Bermulalah percintaan antara 2 hati dan2 insan. aku bahagia bersamanya meskipun berjauhan kerana ingin menuntut ilmu. tetapi kisah cinta itu tidak selalunya indah dan sering diuji dengan pelbagai dugaan...sewaktu aku berada jauh dari pandangan matanya, ramai wanita dan lelaki cuba untuk merosakkan hubungan antara aku dan dia. Sehingga pada suatu hari aku diuji apabila seorang perempuan post di 'wall' Facebook ku dan mengatakan
"hi sayang, lama kita xjumpa dan keluar dating.bila lagi kita nak mesra macam dulu?"
disitulah bermulanya keretakan hubungan antara kami berdua...puas aku memujuknya dan mengatakan aku difitnah.memang aku difitnah! Dan akhirnya kami memutuskan untuk berpisah.
semenjak peristiwa itu,aku tidak berhubung dengannya lagi...diriku umpama hilang arah tuju. keputusan peperiksaan ku merosot secara mendadak...sepi...kembali menyepikan diri...aku membuang segala harta benda dan gambar bersamanya dan mematahkan sim kad ku....

pada suatu hari, aku pergi ke pantai yang berdekatan dengan pusat pengajianku dengan sendirian. cuba untuk menenangkan hati yang sedih. tiba-tiba datang seorang lelaki tua yang amat elok wajahnya memakai jubah putih berseri-seri lalu menyapaku. lelaki tua itu berbual denganku sehinggalah dia bertanya padaku apa masalahku. Dengan tidak segan silunya aku meluahkan segalanya yang tersirat dihati...lelaki tua itu hanya tersenyum dan berkata "bersabarlah wahai pemuda...itu ujian bagimu… Allah ingin menguji keimananmu…masih belum terlambat untuk meraih cinta Ilahi"...

sejak hari itu,aku mulai pergi ke masjid dan banyak meluangkan masa di masjid bersendirian serta memperbanyakkan  qiamulail...aku cuba mengubati hatiku yang patah akibat cinta manusia...aku sering menulis segala isi hatiku di dalam sebuah buku yang dipanggil “diary”...kadangkala aku merenung jauh memikirkan nasib yang menimpa diriku...

akhirnya aku kembali ceria dan kembali skema seperti dulu dan hanya memikirkan tugasanku sebagai seorang pelajar dan sebagai hamba ALLAH sehinggalah suatu hari aku mendapat sepucuk surat daripada seseorang hamba Allah yang aku tidak kenali....aku berasa hairan lalu membukanya.

"assalamualaikum kepada saudara Hafiz....sy sebagai seorang hamba Allah menulis surat untuk menyampaikan satu beritayang menyedihkan kepada saudara kerana sy telah cuba banyak kali untuk berhubung dengan saudara  melalui Facebook tetapi Facebook saudara  telah deaktif. sy juga tlah cuba utk berhubung dengan saudara melalui sms dan telefon tetapi no saudara sudah tidak ada dalam perkhidmatan lagi...akhirnya sy mendapat tahu dimana saudara belajar dan sy hanya mampu menghantar surat ini kepada saudara melalui post. tujuan sy menghantar surat ini hanya untuk memberitahu orang yang saudara cintai telah pergi menghadap Ilahi dua minggu yang lepas. Dia tidak memberitahu saudara tentang penyakitnya kerana dia tidak mahu saudara risau dengannya. Dia mahu saudara focus dengan pelajaran saudara dan berharap saudara akan balik berjumpa dengannya dankeluarga dengan membawa segulung ijazah. Dia juga sering menceritakan saat-saat kamu bersama. Dia juga percaya saudara telah difitnah sebelum ini cuma dia sengaja tidak mempercayai sauadara kerana dia tahu saat itu adalah saat yang terbaik untuk membiarkan saudara pergi dari kehidupannya dan saudara dapat melupakannya. Dia berbuat demikian kerana ketika itu penyakitnya sudah mula merebak. Dia tidak mahu saudara merasa kehilangannya untuk selama-lamanya jika dia tidak melepaskan saudara ketika itu. Sekurang-kurangnya apabila dia melepaskan saudara ketika itu kehilangannya dalam hidup saudara hanya sementara. Dia memberitahu saya bahawa dia berasa gembira dapat mengenali saudara. tetapi apa akan daya dia telah 'pergi' dahulu. Dia tidak pernah menyesal mengenali saudara. Dia meninggal kerana menghidapi barah otak tahap kritikal. dia hanya berpesan padaku untuk cuba mencari saudara dan memohon maaf atas segala kesalahannya serta menghalalkan segala makan minumnya. Berharap saudara dapat memaafkan segala silap dan salahnya dan sedekahkan Al-Fatihah kepadanya...sekian..."

Tanpa ku sedari air mata menitis di pipiku. sayu hatiku membacanya. kini baru ku sedari mengapa dia melakukan sebegitu. Mengapa aku begitu bodoh tidak mencarinya? Mengapa aku meninggalkan dia bersendirian ketika dia benar-benar memerlukan aku di sisinya? Pelbagai persoalan yang bermain di mindaku ketika itu. Tidak henti-henti ku menyalahkan  diriku. apakan daya, tiada apa yang dapat mengubah apa yang telah ditakdirkan. Aku hanya mampu bersabar dan bertawakal.aku pula perlu meneruskan perjalanan hidupku yang penuh panca roba.aku berharap semoga hanya wanita terpilih sahaja yang berhak memiliki cintaku pada landasan yang betul.....end...

trima kasih atas segalanya Nur. akan ku ingatmu.terima kasih kerna membantu diriku untuk menyedarkan aku jalan hidupku. :P


haha time bosan, buat cite sket. :D

thank you kepada editor2 yang len... :)


sepi~~

Ku berlari ke hutan, kemudian menyanyiku  
Ku berlari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi.....sepi dan sendiri aku benci
aku Ingin bingar aku di pasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti bergelaga jika kusendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang
Di tembok ratam putih
Mengapa tak gerakan saja loncengnya biar tergera
Apa aku harus lari kehutan belok ke pantai

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Deperti bergelaga jika kusendiri    2x


saja je nak share puisi dalam 1 cerita lama...hehe puisi ni ni mengisahkan seorang lelaki yang pendiam dan suka membaca puisi... puisi kesepian... :)

tapi sy tak la para pembaca merasa kesepian coz Allah sentiasa ada  :)
tu jelah nak share kat korang... :)

kisah cinta kita~


Aku sering lambat ke sekolah..kadang-kadang lewat bangun sebab ber’chating’ sampai lewat pagi...itulah diriku yang hidup tanpa arah...ibubapaku hanya melihatku yang kelam kabut menyiapkan diri ke kelas sebab kelas pada pukul 8pagi adalah biologi dan kelas seterusnya adalah subjek ‘killer’ seperti kimia,fizik,addmath dan akaun...”wah....malasnya nak masuk kelas arini....”mengeluhku....tetapi aku menguatkan hati pergi kerana takut dimarahi oleh guru-guru ku kerna aku terkenal dengan sikap malas dan lewat datang ke kelas sehingga pernah dtg ke sekolah pada pukul  11pagi...aku terus melulu ke arah motorku kesayanganku dan memboncengnya ke sekolah...
Pabila aku tiba di sekolah, aku terus masuk ke kelas dengan selamba...nasib baiklah tiada guru masuk ke kelas pada pukul  7pagi....selepas kelas,rakan sekelas membuat perbincangan untuk hari koperasi...tetapi aku berasa malas untuk join perbincangan mereka kerna aku tgh baring di stor kelas dimana tempat aku dan rakan lelaki sekelasku membuat kerja seperti training menumbuk,tido,makan dan membaca buku....salah seorang rakan sekelasku menarikku untuk turut serta dalam perbincangan itu....mereka menyuruh aku memberi cadangan aktiviti untuk hari itu....aku dengan selambe mencadangkan supaya membuat panggung wayang...semua bersetuju dengan cadanganku dan kawan yang lain berjual diluar panggung wayang...
Selepas perjumpaan kelas,aku berjalan-jalan disekeliling sekolah meronda untuk saja-saja...tiba-tiba aku ternampak seorang pelajar perempuan yang sungguh cantik,cute dan manis dipandang....aku cuba mendekatinya semasa dia bermain bola jaring bersama temannya....tetapi aku malu untuk bercakap dengannya....kawanku menjadi perantaraan antara diriku dan dirinya....
Pada hari koperasi,aku bertugas di panggung wayang...aku mencari orang yang aku minati tetapi sayangnya aku tidak menjumpainya....tetapi kawanku mengatakan dia masuk di panggung wayang tadi semasa  tayangan “transformers”...aku sangat sedih dan kecewa kerna aku cuba mencari orang yang aku minati itu dan tidak menjumpainya...aku cuba lagi mendekati dirinya dengan perantaraan kawanku....rupa-rupanya kawanku yang menjadi perantaraan antara aku dan orang yang aku minat itu adalah sepupunya... kawanku berhasil mendapatkan nombor telefon orang yang aku minati itu..pada keesokan harinya aku cuba sms perempuan yang aku itu...dia membalas tetapi seperti tidak melayan diriku...apabila aku menyatakan namaku padanya,dia melayanku...

Dan akhirnya....aku mengambil keputusan untuk menyatakan hasratku kepadanya...dan akhirnya dia menerima diriku sebagai teman istimewanya dan dia pernah meminati diriku sejak dulu lagi...banyak cerita tentang diriku dia ketahui....aku sungguh gembira..tetapi....kegembiraan itu tidak kekal kerna aku masih lagi dengan sikap ‘playboy’ku... aku memutuskan hubungan dengan gf pertama dan gf pertamaku mengatakan padaku “jagalah dirinya...jangan pernah tinggalkan dirinya...”...aku sedih....dan menyendirikan diri ini.. 

Selepas aku menamatkan persekolahan,aku bekerja sambilan sementara menunggu keputusanku...aku mulai rapat dengan familynya....kadang-kadang,apabila habis waktu kerjaku,aku tidak makan makanan waktu rehatku,tetapi aku menyimpannya untuk dirinya...aku sungguh gembira bersamanya...tetapi diriku masih sama,aku ber’couple’ dengan orang lain dan dia mengetahuinya...dia sungguh bersabar dengan diriku..tetapi sayangnya aku tidak menjaga perasaan dirinya...dan aku memutuskan hubungan dengan couple baruku...aku masih memilih dirinya....aku tahu dia sungguh terluka dengan sikapku...tetapi sayangnya....familyku telah berpindah....aku sungguh berat ingin meninggalkan dirinya...aku sungguh risau akan dirinya...

Pada  bulan 5, aku ingin pulang bersama familyku...familynya dan dirinya bergegas ke airport untuk menemuiku....aku sungguh terharu...dan....itulah kali terakhir aku melihat dirinya dan familynya...dan ia mengingatkan diriku semasa membawanya keluar dinner bersamanya...aku sungguh gembira akan kenangan itu... pernah juga melihat gelagatnya yang ingin sweater warna kelabu kerna ingin sama dengan sweaterku... tetapi aku memujuknya untuk membeli warna hitam kerna orang lain telah mengambil sweater kelabu tu....aku menangis sendiri di dalam flight melihat negeri yang aku tinggalkan dan orang yang aku sayang aku tinggalkan....

Pada bulan 6,aku mendapat keputusan tawaran sambung belajar...aku ingat akan kata mummy nya...”kalo ada peluang,sambung belajar...kalo ko ada segulung ijazah,baru aunty trima kau..kasi gemuk sikit badan kau ah...kalo kurus lagi,aunty xmo....” masih ingat lagi kata-kata mummy nya...aku akan sentiasa ingat kata-kata mummynya dan berazam untuk berusaha...

 Pada hujung bln 6, aku belepas dari KLIA untuk pergi ke negeri tmpt aku mendapat tawaran belajar..... dan ibubapaku berpesan supaya jangan ulangi kesilapan lalu semasa PMR dan SPM...dan ini adalah peluang terakhir untukku...aku bersyukur ibubapaku memberi peluang padaku....aku sering berhubung dengan orang aku cintai......dan....

sebelum habis semester 1, aku menelefon orang yang aku cintai dengan berat hati....kerna...aku memilih jalan baruku iaitu...kembali kepada agama kerna aku jauh dari Penciptaku.....dan aku menyatakan aku tidak mahu ber’couple’ kerna aku tahu hukumnya haram dan aku teringat akan kisah silamku yang penuh dengan kesilapan dan dosa.... dan...dia meletakkan telefon...aku tahu dia sangat sedih...maaf..inilah jalanku..sehingga kini...aku tidak lagi berhubung dengan dirinya...puas aku memujuk dirinya...aku tahu..dalam hatinya masih ada ruang untukku....masih...aku mengadu pada ibuku..aku menyatakan hasratku aku mencintai seorang wanita...ibuku tahu siapa wanita itu...tapi...ibuku hanya berkata..”belajar dulu..habiskan diploma dulu”....

aku ingin bertunang dengannya tetapi aku rasa dia tidak menerimaku lagi...kerna aku dah banyak kali melukakan hatinya....aku masih teringat akan sms ... "ya~ kita mmg ada pluang... sntiasa ada pluang... tpi ada masa, pluang tu akan trtutup jga..."..sedih aku mengingatkan kata-katanya....tetapi...tak mengapa...itulah kesilapan lalu ku...aku memilih cinta ALLAH dan Rasul-NYA...dan aku berpegang teguh dengan dalil...”la takrabu zina”...jangan kamu dekati zina....dan aku yakin dengan ketentuan-NYA dalan surah An-Nur:26 “wanita baik untuk lelaki baik,lelaki baik untuk wanita baik,wanita jahat untuk lelaki jahat,lelaki jahat untuk wanita jahat”..... 


kadang kala aku pernah telefon mummny nya....aku mendengar suaranya dibelakang mummy nya....semua kata2 nya betul...ya... memang aku tidak sihat dan aku still tidak gemuk....dan aku selalu menghadap laptop..aku tahu dia memahamiku....insyaALLAH...jika ada jodoh,dan aku dan berjaya...aku akan melamar dirinya...meskipun datang beberapa wanita idamanku yag solehah, hati aku masih ada dengannya.... aku terpaksa melupai cintaku terhadap manusia kerna cinta terhadap Pencipta masih perlu diperbaiki....seperti dalam 1 kuliah maghrib..”jika kamu nak meraih cinta manusia,kamu perlu meraih cinta Pencipta iaitu ALLAH....insyaALLAH hidup kamu bahagia...”...

semoga 1 hari nanti aku dapat tunaikan hasratku...dan berharap dia kekal bertudung dan menutup auratnya...dan tidak lupa akan janjinya kepadaku iaitu 10 permintaanku...janji itu perlu ditunaikan...dan aku ingin bersamanya bukan kerana janji,tetapi kerana cinta....

Yang benar,
(hamba Ilahi yang mencari erti hidup)



cerpen pendek :P

antara cinta dan agama

assalamualaikum...

hari ini sy ingin menceritakan sedikit cerita sepanjang kajian dan pemerhatian sy.ini adalah perkara yang kini menjadi masalah yang boleh merosakkan akidah seorang muslim dan membantutkan pelbagai perkara...

cinta..
apa maksud cinta dan cinta apakah yang sy maksudkan?

maksud Cinta didalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd tuhan, negara, orang tua, kebebasan dan sebagainya . 
bagi orang yang hanget bercinta, cinta itu adalah sebuah perasaan kasih dan sayang seseorang terhadap orang yang disayanginya.

Tidak hairanlah pelbagai ungkapan dan pepatah orang dulu yang dijadikan perumpamaan untuk menunjukkan rasa cinta pada pasangan masing-masing. “Lautan api sanggup ke redahi, demi membuktikan cintaku padamu”. tetapi realitinya sanggup ke pasangan anda berenang kat lautan api?hehe ia hanya ayat kiasan atau ayat bunga-bunga untuk permulaan kepada meng'ayat' pasangan mereka. :)

apa pula agama?
ada kaitan ke?sebenarnya ada kaitan. :)
agama bermaksud sesuatu pegangan dan kepercayaan terhadap tuhan serta beribadat kepada tuhan.
kaitan cinta dan agama adalah cintanya kita kepada Tuhan. simple je kan?

tetapi cinta didalam topik ini adalah berkenaan dengan percintaan adam dan hawa serta agama...
sy melihat sepanjang perjalanan sy merantau, sy melihat sesetengah orang rakyat di negara kita lebih mengutamakan cinta kepada pasangan mereka bebanding seruan Ilahi memanggil mereka untuk menunaikan solat untuk menunjukkan cinta mereka kepada ALLAH. :)

sy pernah pergi ke sebuah bandar yang sesak dengan orang ramai terutamanya dalam kalangan remaja yang sibuk bermesra bersama pasangan mereka tanpa segan silu. al maklumlah tempat awam katakan... sy hanya duduk di suatu sudut dimana sangat strategik antara dataran kawasan pasangan bermesra dan masjid...pabila dilaungkan azan, sy melihat pasangan yang sedang asyik bercinta itu tidak mengendahkan panggilan untuk menunaikan solat...

lihat...itulah realiti remaja zaman sekarang.mereka lebih mengutamakan cinta kepada manusia berbanding cinta kepada Tuhan yang menciptakan mereka. jom kita renungkan kembali firman ALLAH.


"Tidak aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" (az-Zariyat:56)

hmm...sewaktu sy dulu mempunyai pasangan, tidak pernah pasangan sy menekankan pada sy untuk solat pada awal waktu dan mengutamakan Tuhan berbanding dirinya...tapi alhamdulillah..kini sy diberi peluang untuk kembali bertaubat...dan alhamdulillah bekas kekasih sy kini faham mana yang lebih penting.. :)

sy ingin berkongsi 1 cerita daripada seorang senior sy yang kini faham agama. dia juga pada suatu ketika dulu pernah dihalang oleh kekasihnya daripada pergi solat pabila laungan azan berkumandang atas alasan "tunggulah sayang abis makan dulu.temankan sayang makan dulu"... wah...menahan orang melakukan amal ibadat pada awal waktu itu balasannya dosa kerna menghalang orang ingin mencari redha Ilahi...kini senior sy pun single dan fokus pada agama dan pelajaran.

mari kita renungkan kembali apa yang telah kita lakukan sehingga hari ini... cinta kepada ALLAH perlulah diutamakan berbanding manusia.. tetapi orang beriman akan sentiasa diuji oleh ALLAH dengan apa yang mereka mampu..dalam firman ALLAH iaitu :


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)




"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (al-Baqarah : 286)


setakat ini sahaja perkongsian sy...apa-apapun,sy ingin menyeru kepada yang masih ber'couple' , masih belum terlambat lagi untuk kita kembali bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka luas. :)
sy ingin mengambil beberapa potong ayat dari sebuah filem 

cinta ini terbahagi kepada 3 :
cinta kerana ALLAH
cinta kerana nafsu
cinta kerana jin(kene buat)

ini yang sy ingat la...apa yang baik datang dari ALLAH dan apa yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri :)