Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

pesanan muslimah kepada muslimin

assalamualaikum...hari ni sy rsa sy nak share sesuatu kat korang sume sesuatu perkara yang kita lihat luarannya teguh tetapi dalamannya goyah....

apa yang sy ingin sampaikan ini adalah berkenaan dengan wanita...itulah tajuk utama sy....
seringkali kita melihat dalam kehidupan kita xkira dimana sahaja, mesti akan berlaku gurauan antara muslimin dan muslimat...tetapi kita tidak mengetahui perkara yang kita lakukan boleh mendatangkan sesuatu yang kadangkala tidak patut timbul...

sy nak share 1 pic yg sy terjumpa dari 1 sesawang nie...dan sy memang terasa dengan ayatnya...dan memang patut pun sy terasa untuk mengingatkan diri sy dan akan tugas sy sebagai hambaNYA...


apakah yang terlintas dalam diri anda apabila membaca ayat dalam pic nie?
pic ni berkenaan dengan pesanan dari kaum hawa kepada kaum adam... sy tertarik dengan ayat dalam pic nie..

sebelum sy deaktif FB dahulu, sy melihat semakin ramai yang post berkenaan dengan cinta...ada apa dengan cinta? mengapa kurang penceritaan mengenai dakwah, dan perjuangan islam? adakah mereka lupa akan tugas mereka sebagai hambaNYA? itulah persoalan yang bermain dalam fikiran sy...

kembali kepada tajuk utama, sy cuma dapat berkata bahawa memang benar ayat di atas tersebut iaitu jangan cuba bergurau mengenai soal hati meskipun kita melihat luarannya mantap bagai bidadari tetapi kelemahan utamanya adalah hati jika disentuh...

sy cuma boleh katakan bahawa jangan kita salahkan kaum adam sahaja tetapi salahkan diri sendiri juga jika diri kita boleh mencuri hati orang lain. apa yang islam ajar? islam ajar kita menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita.betul tak? mari kita refresh kembali kisah nabi Musa dan dua orang gadis iaitu anak dari seorang tua yang soleh.ada cerita mengatakan orang tua itu adalah nabi Syu'ib.

Didalam kisah Nabi Musa itu, Nabi Musa telah membantu 2 orang gadis itu semasa memberi biri-biri ternakan mereka minum.lalu 2 orang gadis itu menceritakan pada ayahnya mengenai Musa.ayah 2 orang gadis itu menyuruh anaknya memanggil Musa datang ke rumah.Nabi Musa bersetuju tetapi ketika dalam perjalanan ke rumah orang tua itu,angin bertiup sehingga menyentuh pakaian 2 orang gadis itu lalu Nabi Musa menundukkan pandangan kerana malu dan Nabi Musa ingin berjalan di hadapan 2 orang gadis itu dan menyuruh 2 orang gadis itu menunjukkan arah jalan ke rumah mereka.

lihat bagaimana peribadi Nabi Musa...menjaga adab dan pandangan dengan baik. mari kita renungkan kembali bagaimanakah pergaulan kita dengan orang bukan muhrim. adakah kita menundukkan pandangan kita?adakah segala percakapan kita hanya penting sahaja atau jauh menyimpang?adakah pergaulan kita melebihkan gurauan berbanding perbincangan yang penting sahaja?

sy teringat akan kata-kata daripada seorang kakak yang sy sayangi.dia mengingatkan sy bahawa menjaga batas-batas pergaulan adalah penting.dan jika ada yang penting,bercakaplah perkara yang penting sahaja dan kurangkan gurauan dalam pergaulan antara orang bukan muhrim anda. dan kata-katanya masih segar dalam ingatan.

lihatlah perbezaan pergaulan orang soleh/solehah dan orang biasa.perbezaan yang ketara. bukan? mungkin ada yang tertanya,"bagaimana pula dengan sms,email dan calling?" sebenarnya sama sahaja.cuba elakkan pergaulan yang boleh memberi kesan kepada hati.

setakat itu sahaja yang dapat sy share kepada anda semua.yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri ini. maafkan sy jika terkasar bahasa dan tegur serta ingatkan sy kembali jika sy lalai dari mengingatiNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan