Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

kisah sebalik April Fool

assalamualaikum...hari ini sy ingin berkongsi sedikit kisah sejarah umat islam...kisah ini adalah kisah yang menyedihkan dan memilukan...ia semestinya bersemperna dengan tarikh 1 April...ada apa dengan tarikh itu? semestinya ada yang ingin tahu..."bukan masa tu APRIL FOOL ke?" pasti ada jawapan sebegitu. "jom kita kenekan orang lain semperna APRIL FOOL"...pastinya ada yang akan mengatakan sebegitu...tetapi kisah benarnya tidak pernah orang lain tahu mengenai tarikh itu....

APRIL FOOL atau APRIL MOP dinamakan dan dirayakan oleh orang nasrani bersemperna peristiwa berdarah dimana umat islam di spanyol telah ditipu dan telah dibunuh...itulah sejarah disebalik perayaan itu...




Sejarah April Fool

The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. ia bermula pada sejarah kejatuhan empayer islam di spanyol.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Keadaan seperti itu berlangsung hampir 6 abad.

Selama itu juga orang kafir yang masih di sekeliling Sepanyol tanpa kenal erti penat berupaya merosakkan umat Islam dari Sepanyol, namun mereka gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tetapi tidak berhasil. mereka mengirim perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara sembunyi mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari supya lalai dari membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim ulama palsu yang kerjanya untuk  memecahbelahkan umat Islam Sepanyol. rancangan itu membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera Salib. Penyerangan oleh tentera Salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibunuh dengan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluk. Granada merupakan daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera salib terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah. Tentera Salib mengumumkan kepada muslim Granada, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian kata tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya(1 April), ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.


itulah kisah disebalik APRIL FOOL...bagi umat Islam yang merayakan perayaan ini,ini bermaksud anda merayakan peristiwa umat islam di spanyol dibunuh beramai-ramai dengan kejam.

hukum merayakan April Fool juga jatuh HARAM dan bagi umat islam yang merayakan perayaan ini adalah tanda orang munafik. untuk lebih lanjut sila layari :
 http://ustazazhar.net/v01/fatwa-hukum-menyambut-april-fool-2/
http://hapipiborhan.blogspot.com/2012/03/hukum-menyambut-april-fool.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan