Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

valentine day??betul ke?

assalamualaikum...
hari ni sy nak kongsikan sedikit cerita berkaitan valentine day's...
mesti orang yang sedang hanget bercinta time belum berkahwin nie nak kuar jalan-jalan la,tgk wayang, shopping dan sebagainya. :)

sy terbaca 1 akhbar tempatan dari borneo berkaitan 'hari kekasih tiada kaitan dengan tradisi kristian'...
orang kristian mengatakan "tiada perkataan valentine day's dalam bible"...
ia memang benar tetapi valentine di sambut semperna kisah seorang paderi yang sangat cinta akan seorang wanita...

ia juga sebenarnya merupakan hari dimana manusia melepaskan segala perasaan mereka...tidak semua yang faham cinta...memang ada yang cakap "it's about love, not sex"...itu betul tapi kebenarannya di seluruh dunia?
adakah semua orang berfikiran "ia hanya cinta dan bukan seks"??

jom kita 'refresh' kembali di sekeliling kita semasa valentine day's... mesti anda melihat orang berdua-duan , bercium , berpegangan tangan sedangkan mereka belum berkahwin?

betul?sy mempunyai ramai kawan yang beragama kristian dan faham agama mereka. kawan sy cakap "tiada dalam bible dan dalam ajaran agama kami suruh kami membuat perkara-perkara yang tidak senonoh seperti sex ,bercium, berpeluk dan meraba-raba sebelum kahwin"..

sy sangat menghormati kawan sy itu kerana dia tau agama dia dan faham agama...tetapi orang yang diluar sana yang jauh dari agama pula bagaimana?mari kita lihat kembali sejarah berkaitan valentine day's.


Valentine atau disebut juga Valentino adalah nama seorang paderi Kristian yang sangat berpengaruh dan giat menyebarkan agama Kristian di Rom, iaitu ketika pemerintahan raja yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Raja Rom memenjarakan ramai orang Kristian kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan agamanya. Paderi Valentino juga tidak terkecuali dari tindakan itu.

Walaupun berada dalam penjara, paderi Valentino tetap juga menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan penjara dan perkara ini diketahui oleh Raja Rom yang tidak suka agama Kristian disebar dalam negaranya, lalu beliau sekali lagi diseksa dan akhirnya dibunuh pada 14 Februari 296M. Orang-orang Kristian menganggap paderi Valentino merupakan seorang yang mulia, kerana sanggup berkorban dan mati kerana mempertahankan agama Kristian dan penganut-penganutnya.
Bagi mengingati St. Valentino, maka pada tahun 350M, sebuah gereja dibina berhampiran perkuburan beliau.

Sumber-sumber menyatakan juga, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Sumber-sumber menyatakan lagi, antara kepercayaan orang Rom pada ketika itu, ialah menulis nama remaja wanita pada sehelai kertas, kemudian digulung beberapa helai lagi kertas kosong yang tidak bertulis apa-apa, lalu diletak di atas meja, kemudian dipersilakan remaja lelaki yang berhasrat kahwin wanita itu mengambil sehelai kertas yang disediakan. Jika namanya keluar kepada mana-mana lelaki yang mengambil kertas yang tertulis namanya, lelaki berkenaan diberi tempoh setahun untuk bercinta, sebelum perkahwinan diteruskan atau majlis seumpama itu diulangi lagi pada tahun-tahun hadapan.

Setelah sekian lama budaya ini berjalan dalam masyarakat Rom, kalangan ahli agama Kristian menyatakan rasa kurang senang mereka dengan budaya ini, lalu perayaan hari kekasih ini diharamkan, kerana ramai muda mudi menjadi rosak akhlak, akibat budaya buruk ini tetapi budaya ini dihidupkan semula pada abad ke-18 dan 19 Masihi, iaitu dengan mencetak kad-kad Valentine yang mengandungi ucapan-ucapan seperti Happy Valentine's Day  dan sebagainya.

lihat, alhi agama kristian pada suatu ketika dahulu meng'haram'kan valentine day's tetapi kini dirayakan balik. apa yang telah terjadi? sy setuju mengapa valentine diharamkan kerana memang merosakkan pemuda pemudi zaman sekarang. sy melihat ada segelintir orang kristian tidak menyambutnya kerana mereka tahu pada hari tersebut, ramai pemuda pemudi akan rosak. 

bagaimana pula remaja muslim?anda juga sama. fatwa telah mengharamkan valentine day's. jadi,kita perlulah mengikut fatwa itu kerana di dalam islam juga tidak mengajar kita untuk merayakan perayaan yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang muslim... apa yang baik datang dari ALLAH dan yang yang buruk itu datang dari kelemahan diri sy sendiri...assalamualaikum :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan