di dunia ni,manusia asik mengeluh tentang xcukup nikmat yang diberikan iaitu duit...
mari kita lihat personaliti diri dan imbas kembali masa lalu kita...
adakah kita seorang perokok??
adakah anda selalu membeli sekotak rokok setiap hari??
kita mengetahui bahawa rokok membahayakan kesihatan,tetapi banyak perokok tidak mempedulikannya...
rokok bukan sahaja membahayakan kepada perokok itu sendiri,malahan ia membahayakan kepada orang disekeliling mereka...
kembali kepada topik perokok dan rezeki,mengapa masyarakat di malaysia khususnya asyik mengeluh tidak cukup duit setiap bulan??
ini kerana perbuatan mereke sendiri yang 'membakar' duit mereka sendiri dan tidak berfikir secara rasional...
apabila mereka tidak cukup duit,mereka mula mengeluh tidak cukup rezeki dan menyalahkan pihak yang lain sedangkan mereka sendiri yang melakukan perbuatan 'membakar' duit di mulut mereka...
cuba anda bayangkan anda membeli rokok murah yang tiada cukai berharga RM2 sekotak...anda membeli sehari 2 kotak...mari kita mengira kos anda 'membakar' duit anda setahun...
RM2 sekotak
1 hari X 2kotak = RM4
30hari X 2kotak = RM120
12bln X 2kotak =RM1440
setahun RM1440??
wow...kayanya perokok ni ye...ini bru sekotak rokok murah yang biasanya ada kat area borneo...kalo orang semenanjung pula mcm mna??kebiasaannya rokok dunhill...RM10 sekotak..mari kita mengira untuk setahun..
RM10 sekotak
1 hari X 2kotak = RM20
30hari X 2kotak = RM600
12bln X 2kotak =RM7200
RM7200??blh beli sebuah moto baru...
inilah dinamakan pembaziran oleh perokok...
apakah alasan perokok yang xnak berhenti??
-susah la...
-sakit la...
-xbertenaga la...
ini semua memanglah betul...
tetapi bukanlah dengan cara berhenti merokok on the spot...
memglah akan sakit dan xbertenaga pabila xmerokok sehari...tetapi cuba kurangkan merokok 1batang untuk 2hari...insyaALLAH berhasil...
kalo x pun,cuba makan pil nikotin...ia dpt kurangkan ketagihan merokok... :)
jadi,kepada orang yang ingin cuba2 merokok,fikirkan kembali...
dan kepada perempuan di luar sana,carilah lelaki yang betul2 xmerokok untuk membina keluarga yang sihat...
ia berdasarkan pengalaman diri sy sendiri dan sepanjang research sy melihat rakan2 sy yang merokok...
sekian...
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan