Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

menunggu~~

assalamualaikum...semoga hari ini ceria dan lebih baik dari hari sebelumnya ^_^   hari ni terasa ingin meluahkan sesuatu...huhu ntah ler... rasa macam xkeje je meskipun jasad ni pergi kerja dan dipandu oleh roh... terasa sedikit kesunyian... kesunyian berbicara dan sharing something... dulu biasanya selalu mendengar orang menerangkan apa yang telah dipelajari dan yang telah difahaminya dengan panjang lebar... meskipun diri ini tidak memahami apa yang dimaksudkan,dan meskipun dibekalkan sedikit ilmu dan pengetahuan, ada la faham sedikit dan ditambah lagi dengan pemahaman dari MR.GOOGLE... hehe men redah je untuk fahamkan something... ^_^

kadang kala sharing about ilmu lain pun ada... kini, tidak lagi kerna sama-sama sibuk dengan kehidupan masing-masing... bila mendengar orang lain nak sambung belajar, terdetik dalam hati ini ingin sambung meskipun kini telah bekerja... kini hati berbelah bagi samada kerja or belajar... hanya serahkan pada takdir... kalo ada peluang untuk sambung belajar,insyaALLAH akan sambung belajar... cuma nak katakan sy akan tetap menunggu...menunggu keputusan dan waktu itu dimana jalan pilihan hati ini telah diterangi dan di beri petunjuk olehNYA...

sebenarnya memang dah xsabar untuk memulakan hidup baru...hidup kembali belajar...insyaALLAH kalo ada rezeki... tapi bila dengar dari kawan yang tgh belajar,dugaan mereka kini lebih besar dari dugaan semasa diri ni belajar... dulu time belajar, belajar erti hidup ini... bersyukur diri ni tidak lagi seperti dulu... tapi bila dengar dugaan belajar ditempat lain ni lebih hebat dugaan dunia,kekadang terasa takut pula... pabila seseorang itu tidak pernah merasakan sesuatu keadaan,mereka tidak faham situasi orang lain yang pernah merasainya dan tidak mahu kembali jatuh... biarlah ia dibentengi dengan sesuatu yang dapat mencegahnya...

kini,ku serahkan pada takdir ALLAH untuk tentukan...diri ini cuba merancang perjalanan hidup tapi ALLAH berhak untuk tentukan hidup hambaNYA...penantian itu membuatkan diri berdebar-debar menanti kejadian akan datang... hmmm... ^_^



hmmm...k la... rasa tak boleh nak cakap 100% ...perlu ada kiasan,baru best bercerita ^_^

that's all....

peringkat cinta

assalamualaikum... hari ni sy nak share sedikit mengenai cinta... cinta lagi.... ia berkenaan dengan pendapat seorang ulama pada abad ke-7 mengenai peringkat cinta (maratibul-mahabah)... ulama yang sy maksudkan adalah Ibnul Qayyim... dalam pembacaan sy, menurut ulama Ibnul Qayyim, terdapat 6 peringkat cinta (maratibul-mahabah) iaitu :

1. tatayyum merupakan peringkat cinta yang paling tinggi yang hanya selayaknya Hak ALLAH semata-mata. cinta ini perlu meletakkan ALLAH di takhta cinta yang teratas. cinta ini tidak boleh didua atau ditigakan... untuk menunjukkan cintanya kita kepada ALLAH adalah lakukan yang wajib dan tinggalkan yang haram serta beriman denganNYA seperti dalam rukun iman.


2. 'isyk merupakan peringkat cinta yang kedua iaitu hanya selayaknya hak Rasulullah S.A.W.  untuk menunjukkan bahawa kecintaan kita kepada rasul,kita ikuti sunnahnya dan menjadikan rasul sebagai ikon utama kita.telah disebut dalam surah Ali Imran : 31 iaitu:

"katakanlah jika kalian cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah) maka Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian."


3. syauq merupakan peringkat cinta yang ketiga iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lain seperti suami isteri, ibubapa dan anak yang akan melahirkan mawaddah wa rahmah(kasih sayang dan belas kasihan). telah disebut dalam surah Ar-rum: 21 iaitu:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."


4. shababah merupakan peringkat keempat iaitu cinta sesama Muslim yang melahirkan ukhuwwah islamiah. cinta ini dapat menguatkan islam supaya tidak berpecah hanya disebabkan perbezaan pendapat dan perselisihan pemahaman sedangkan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.


5. 'ithf merupakan peringkat kelima iaitu simpati sesama manusia. ia akan melahirkan simpati yang cenderung untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan.


6. peringkat cinta keenam adalah keinginan kepada kebendaan(dunia) yang sama dengan intifa' (pemanfaatan). cinta ini sering melalaikan manusia tetapi boleh menjadi membantu untuk meraih cinta kepada Allah dan lain-lain dengan bersedekah, membayar zakat, wakaf dan sebagainya...


so, jom kita cek kembali peringkat-peringkat cinta kita ^_^

dengan ini,sy sertakan doa.semoga kita sama-sama amalkan ^_^


that's all..

kene reject?

assalamualaikum... tetibe terasa gatal lak tangan ni nak menaip... maklumlah time keje ni bila xde isu,untuk menghilangkan bosan kat opis ni,bace blog orang lain dan lain-lain... kalo ada masa, bacelah ilmiah kat www.iluvislam.com ^_^ banyak ilmu di share kat sana ^_^

malam ni terasa nak share about reject... jeng jeng jeng ....hehe hmm... sebenarya nak cite pasal merisik... bila kita rasa kita suka seseorang, kita pegi la merisik dulu anak orang. i mean lelaki la... tapi sebelum tu, buatlah solat istikharah dulu... kita buat solat istikharah tu untuk mohon pada ALLAH supaya diberikan petunjuk. jika benar dialah jodoh untuk kita dan kita yakin, just go on je to the next step ^_^

tapi kalo kita di reject,jangan berputus asa... mungkin orang yang kita pinang itu perlukan sedikit masa atau sesi soal jawab tu ada benda yang mereka rasa kurang pada diri... kebiasaannya disebabkan tidak bersedia dan masih belajar... tidak mengapa... beri mereka sedikit masa... dan cuba kita fikirkan kembali mengapa ALLAH telah takdirkan begitu?

benda pertama kita harus lihat adalah diri kita sendiri... adakah kita bersedia untuk berkahwin? then,move to the next step... adakah kita bersedia menjadi imam kepada bakal isteri? cek balik agama kita... cek iman...cek amal...cek akhlak... then, move to the next step....adakah kita bersedia untuk tanggung dosa bakal isteri kita dan mendidik mereka?itu bukan tugas yang mudah...tau kenapa?sebab ramai lelaki dayus diluar sana membiarkan anak isteri mereka membuka aurat.... semoga kita dijauhkan... then,move to the next step.... adakah kita telah sediakan tempat tinggal,pakaian dan makanan yang mencukupi untuk keluarga?


tugas seorang suami bukanlah semudah yang disangka tapi jika kita dah betul-betul sedia tetapi di reject, jangan berputus asa,tunggulah semampu boleh atau cari melalui baitul muslim...insyaALLAH mungkin ditemukan jodoh di sana.... ^_^

cuma nak ingatkan, seorang akak tu pernah ingatkan kat sy and i just want to share la...

#sentiasa buat solat istikharah sebelum,semasa dan selepas supaya kita yakin ^_^
#doa kepada ALLAH semoga dipermudahkan dan didekatkan jodoh ^_^
#sentiasa muhasabah diri dan cepat2 perbaiki amalan kita ^_^
#berpuasa semampu yang boleh untuk didik nafsu ^_^

that's all... ^_^


ramadhan kian pergi

assalamualaikum... ramadhan....kini semakin hampir ke penghujungnya... ALLAH... melihat pelbagai ragam manusia taktala ramadhan kini xlama lagi akan pergi... ada golongan yang masih teguh...tetap TEGUH! teguh sentiasa beribadah kepadaNYA...memohon keampuan dan keredhaan dariNYA... dan ada golongan yang kini semakin rancak membeli-belah sehingga nak ke sahur....

ramadhan...bulan mulia yang dikurniakan oleh ALLAH khas kepada umat Nabi Muhammad S.A.W iaitu umat akhir zaman! bulan yang ALLAH nak beri ganjaran berlipat kali ganda yang boleh mengatasi ibadah umat sebelum ini...dan bulan dimana ALLAH kurnia untuk umat akhir zaman ini supaya sentiasa refreash kembali kepada ALLAH kerana ALLAH dah ikat MUSUH NYATA manusia selama sebulan untuk manusia belajar mengawal nafsu dan tingkatkan keimanan sebelum musuh nyata itu dilepaskan....

tapi sayangnya...ramai tidak merebut kelebihan dibulan ini... lagi2 10 malam terakhir dimana terdapat 1 malam yang ALLAH nak bagi ganjaran beribadah lebih baik dari 1000bulan beribadah... ganjaran 1000bulan beribadah? sapa nak bagi kalo bukan ALLAH...tapi hanya untuk hambaNYA yang berusaha mencari sahaja... tapi jika manusia ditawarkan ganjaran dunia, ada yang sanggup mengadaikan agama dan dirinya demi ganjaran dunia...

hanya 10 malam terakhir sahaja... jika alasan untuk membeli belah,mengapa ada segelintir orang lain boleh mempersiapkan sebelum raya? mereka memanfaatkan waktu siang dengan sebaiknya dan melapangkan waktu malamnya hanya kepada ALLAH... bukan kita tidak punya waktu tapi kita tidak mengatur masa kita dengan baik...

semoga kita manfaatkan hari2 terakhir kita dengan sebaik mungkin...

melihat perkembagan

assalamualaikum...
hari ini nak share sedikit tentang gerakan2 yang diri ini rindui untuk pergi...sungguh merindui sangat dimana pengisian rohani diberi kepada pemuda pemudi yang masih darah muda yang dahagakan makanan rohani... dan ALLAH hantarkan utusan hambaNYA ke setiap pelusuk tempat bagi mendekati pemuda pemudi...

ALLAH...hebatnya mereka kerna sanggup menghabiskan waktu2 mereka ke jalan ALLAH... membantu adik2 yang inginkan makanan rohani... bila dgr perkembangan masa bulan puasa ni pula,mereka semakin rancak mengatur strategi gerakan dakwah... menggunakan sebaik mungkin masa yang ada di jalan ALLAH...

program wakaf...usrah...program ceramah ilmuan... bazar... dan lain2.... ^_^

beruntunglah mereka yang berjihad di jalanNYA...kerna ganjaran dariNYA tidak terkira oleh hambaNYA... bila diri dah sebati dengan islam itu, mereka merasakan nikmat...nikmat yang orang biasa tidak dapat merasakannya... nikmat itu tidak terkata oleh mulut manusia... tapi sedarkah kita bahawa setiap masa kita diberikan NIKMAT? nikmat apakah yang diri ini maksudkan?

lihatlah tubuh anda...lihatlah sekeliling anda...bukankah itu nikmat yang ALLAH berikan kepada kita?nikmat ini hanya pinjaman semata2 kerna ALLAH nak uji hambaNYA...uji samada manusia ini bersyukur dan beriman kepadaNYA atau tidak... ^_^ semperna bulan ramadhan ini,sama2 kita perbaiki diri kita dan mendekatkan diri ke majlis2 ilmu... ALLAH suka hambaNYA yang mendekati majlis2 ilmu... ^_^

sampai disini sahaja perkongsian diri ini... ^_^


kehidupan baru

assalamualaikum... lama dah diri ini tak update blog...hampir setahun lamanya meninggalkan blog sehingga lupa tentang blog.selamat berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikan rukun islam yang ke3... Alhamdulillah umat islam kini sedang menunaikan ibadah yang ke3 dalam rukun islam... ^_^ setahun sekali... ^_^

selepas diri ini menamatkan zaman belajar dalam tahun ini bersamaan bulan mei 2013, sy sambung amik salah 1 sijil yang bermakna bagi orang IT macam sy... CompiTIA A+ ^_^ dan Alhamdulillah berkat doa semua dan usaha serta xlupa sangat2 rezeki ALLAH, sy lulus amik kursus CompiTIA A+ dan examnya gak... ^_^ sekarang masih menanti sijil tu dari oversea...tanya kawan lain,dorg ada yang dah dapat dah last week...xpe..belum tiba masa sy lg ^_^

lepas je tamat belajar dan tamat kursus bln 5, Alhamdulillah syukur sangat2 ALLAH bagi lagi rezeki kepada sy...dipermudahkan dapat pekerjaan meskipun ia sementara dan pekerjaan tu memang sesuai dengan diri ini ^_^ kalo ALLAH nak bagi rezeki, ALLAH akan bagi jika kita usaha dan mohon padaNYA...kalo ALLAH tak bagi apa yang kita nak,ALLAH dah rancang nak bagi yang lebih baik dari apa yang kita rancang ^_^ kerja tak la susah pun buat masa ini kerna memang ada pengalaman bekerja di tempat yang kini sedang bekerja ^_^ dekat lagi dengan family yang tersayang setelah 2 1/2 tahun duduk jauh merantau ke negeri orang... kalo ada rezeki sambung belajar pun,insyaALLAH sambung yang berdekatan dengan family ^_^

semperna bulan ramadan yang mulia ini,sy nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh kehambaan kepada ALLAH... ^_^ semoga ramadan kali ini ibadah kita lebih baik dan diperbaiki dari sebelum ini ^_^ sy tau orang diluar sana sebenarnya terdetik dihati mereka ingin berubah ke jalan benar tapi time bulan ramadan ni pasti ada perasaan yang tidak senang pabila orang lain yang dahulunya xpernah solat jemaah kat surau or masjid atau ibadah2 lainnya,menyindir golongan yang nak buat ibadah or berubah pada bulan mulia ini...seharusnya kita tegur mereka dan berikan sedikit kata2 semangat kepada mereka serta mendoakan mereka supaya terus istiqomah ke jalanNYA ^_^

INGAT,setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan tapi bantulah mereka yang lain...bukan dengan menghukum mereka tanpa anda berdakwah pada mereka...dakwah pula perlulah cara yang berhemah ^_^ jika anda dulu pernah merasakan diri anda JAHIL,dan anda dah bertaubat padaNYA, pasti ada pendekatan pada mereka yang lain... ^_^

sekali lagi selamat menunaikan ibadah di bulan ramadan...sama2 kita rebut ganjaran serta keinsafan pada bulan ini... ^_^

hari ini kerja malam...so,di opis jelah sorang2... ^_^

assalamualaikum ^_^

Berbeza jemaah?


Assalamualaikum... lama sy tidak berkongsi cerita atau apa2 yang berlaku disekeliling sy... terlalu sibuk dengan urusan dunia kerna fokus kepada mini projek... hari ini sy ingin berkongsi sesuatu kepada anda semua mengenai jemaah... jemah?ada apa dengan jemaah?
Seperti yang kita tahu, di negara kita terlalu banyak jemaah tidak kira jemaah sesat mahupun jemaah yang baik... belum lagi kita melihat dari skop yang besar iaitu seluruh dunia...terlalu banyak jemaah didunia...tapi sebenarnya ada jemaah yang dipecahkan dan dikecil2kan...
Mengapa sy ingin bercerita mengenai jemaah adalah disebabkan ada kala nya kita mendengar orang lain mengkritik jemaah lain dan ada yang tidak saling bertegur kerana berbeza jemaah... tapi itulah realiti di dunia yang penuh dengan tipu muslimat musuh nyata iaitu syaitan...
Apa yang ingin sy tekan kan disini adalah meskipun kita berbeza jemaah dan berbeza pemikiran, tetapi kita tetap membawa 1 kalimah agung untuk menyeru manusia supaya taat pada ALLAH S.W.T  dan menghambakan diri padaNYA...mungkin disini ada yang berkata “mereka jemaah sesat dan bukan seru pada ALLAH”. Jika mereka seperti itu,mengapa kita tidak cuba mendekati mereka? Bukankah tugas dai’e adalah menyeru manusia kepada ALLAH seperti tugas para nabi dan Rasul dahulu?
Adakah anda ingin memberi 1001 alasan dengan tidak mendekati mereka untuk menyeru mereka kepada ALLAH? Mungkin juga ada yang akan berkata “jika sy mendekati mereka,takut2 nanti pemikiran sy seperti mereka”. Pemikiran ini juga perlu dijauhi kerana sampai bila anda ingin menunggu diri anda menjadi sempurna sehingga mengabaikan manusia lain dalam kesesatan? Adakah anda tidak yakin dengan ALLAH dan bantuan dari ALLAH? Adakah anda sanggup melihat saudara2 kamu dalam kelalaian? Renungkan kembali...
Jika kita dapat berikan 1001 alasan, mengapa kita tidak boleh memberi 1001 cara untuk berdakwah dan menyeru pada ALLAH?berdakwah bukan hanya pada kata-kata, malahan pada perbuatan dan penulisan serta cara penyampaian mahupun pergaulan... bantulah dan bukan biarkan mereka... di dalam hati manusia, mereka juga sebenarnya masih ada perasaan untuk berubah tetapi mereka perlukan bantuan dari dai’e dan hidayah dari ALLAH S.W.T.
Sampai disini sahaja dapat sy kongsikan pada anda semua. Apa yang baik datang dari ALLAH dan buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...sekian...Assalamualaikum...