Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

hari jadi?

assalamualaikum...hari ini sy ingin share sesuatu kepada anda semua mengenai research sepanjang perjalanan hidup sy... hari ini sy akan berkongsi sedikit cerita mengenai hari jadi...hari jadi?ada apa dengan hari jadi? pasti anda pelik dengan tajuk kali ini...

sepanjang perjalanan hidup sy dan sepanjang pergi ke majlis hari jadi dan kesyukuran, tidak pernah sy melihat adat yang pelik...tetapi semakin perubahan zaman,semakin pelik orang malaysia terutamanya remaja meraikan hari jadi kawan-kawan mereka... ada yang melemparkan kek, tepung, air dan telur pada muka kawan mereka dan yang lebih sedihnya melemparkan telur busuk pada kawan yang pada hari itu adalah hari jadi dia...

adakah ini adat kita?adakah ini yang diajar oleh agama serta guru kita? pastinya tidak...tetapi mengapa kita melakukan perkara sedemikian?ada yang mengatakan "untuk bergembira","untuk merapatkan hubungan kawan" dan sebagainya tetapi itu bukanlah alasan yang dapat diterima secara umum...perkara sedemikian boleh dikira sebagai perkara tidak baik kerana anda telah menghabiskan duit anda semata-mata untuk mengenakan orang lain,menjatuhkan maruah orang lain dan menyusahkan orang lain...mengapa sy mengata sedemikian? anda membeli tepung dan telur semata-mata untuk mengenakan kawan anda sedangkan ia adalah makanan...anda menjatuhkan maruah orang dengan mengotorkan kawan anda didepan orang ramai...anda menyusahkan orang lain iaitu anda menyusahkan pihak 'cleaner' untuk membersihkan apa yang anda lakukan dan anda menyusahkan kawan anda yang terkena oleh anda dengan membersihkan diri mereka...

sebaik-baiknya tidak perlulah kita meraikan hari jadi anda dengan cara ini...tetapi raikan hari jadi kawan anda dengan cara yang baik atau memberikan mereka sesuatu penghargaan semperna memperingati hari lahir mereka dan memberi sokongan kepada kawan anda untuk menempuhi hari-hari mendatang...itulah cara yang baik...tidak perlulah kita mengenakan kawan kita kerana takut ada salah faham dan boleh menyebabkan pergaduhan antara anda dan kawan anda...



sekakat ini sahaja perkongsian sy...diharapkan kita tidak mengikut perangai-perangai pelik dari sesuatu bangsa yang tidak baik dan amalkan adat kita yang baik dengan cara yang baik...hargai kawan anda selagi mereka baik dengan anda... yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan