Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

hadis 2 Imam Nawawi


assalamualaikum....
hari ni pula,sy nak kongsi 1 lagi hadis pilihan Imam Nawawi.
hadis ini berkenaan dengan Islam , Iman dan Ihsan.

hadis 2 (Islam , Iman , Ihsan)

"Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: "Ya Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam". Lalu Rasulullah SAW bersabda: "lslam adalah hendaklah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji ke BaitulLah (Mekah) bagi sesiapa yang berkemampuan ke sana. kata lelaki itu: "Benar kamu". Maka kata-katanya itu menghairankan kami sedangkan dia yang telah bertanya, maka dia pula yang membenarkannya (mengiyakannya). Lelaki itu berkata lagi : “Maka beritahulah padaku tentang lman”. Baginda bersabda: (lman itu adalah) hendaklah kamu beriman dengan Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan hendaklah kamu beriman dengan ketentuan baik dan burukNya”. kata lelaki itu : “kamu telah berkata benar.” Kemudian lalaki itu berkata lagi: “maka beritahulah padaku tentang ihsan.” Baginda bersabda: “(Ihsan itu adalah) hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya dan sekiranya kamu tidak melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu.” Kata lelaki itu lagi: ”maka beritahulah padaku tentang hari Qiamat.” Baginda bersabda: “tidaklah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” kata lelaki itu : “Maka beritahulah padaku tentang tanda-tandanya.” Baginda bersabda: “Bila seorang wanita  melahirkan tuannya.  Dan kamu tidak akan dapat melihat pengembala-pengembala kambing yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan faqir berlumba-lumba membina bangunan tinggi.” Kemudian lelaki itu pergi. Kemudian aku menunggu dalam jarak waktu yang agak lama. Lalu Baginda bersabda: “Ya Umar! Adakah kamu tahu siapakah yang bertanya itu?” Aku menjawab:” Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: Sesungguhnya beliau adalah Jibril , telah datang kepada kamu untuk mengajari kamu tentang agama kamu." ( shahih Muslim)

notes:
-islam dari segi bahasa adalah kepatuhan dan penyerahan kepada Allah S.W.T.
-islam dari segi syara' pula adalah ia tertegak di atas 5 rukun iaitu:
 1.   mengucap 2 kalimah syahadah.
 2.   solat 5 waktu sehari semalam.
 3.   puasa di bulan Ramadhan
 4.   mengeluarkan zakat.
 5.   mengerjakan haji (bagi yang mampu)

-iman dari segi bahasa ialah "tasdiq" (membenarkan).
-iman dari segi syara' pula ia adalah suatu tasqid yang jazim (membenarkan dengan hati tanpa berbelah bagi) iaitu :
 1.  beriman kepada Allah
 2.  beriman kepada Malaikat
 3.  beriman kepada Kitab
 4.  beriman kepada Rasul
 5.  beriman kepada Hari Akhirat
 6.  beriman kepada Qada' dan Qadar

-ihsan adalah ikhlas dan tiqam (keyakinan) iaitu semata-mata mengikhlaskan hati dalam beri'ibadat dan menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa dengan kesempurnaan yang yakin seolah-olah kamu melihatNya di waktu menyeembahNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan