assalamualaikum...hari ni sy ingin share kepada anda semua salah 1 hadis pilihan imam nawawi...
hadis ni hadis ke-4 dalam hadis 40.
hadis ke-4 nie berkaitan dengan pusingan penciptaan manusia dan kematian.
hadis 4 (pusingan penciptaan manusia dan kematian)
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): "Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga."(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
notes :
Pusingan kejadian janin di dalam rahim :
-Dalil yang berkaitan dengannya adalah surah Al-Haj : ayat5 dan surah Al-
Mu'minun :ayat12-14
-proses di sebalik kejadian manusia adalah berperingkat-peringkat sehingga ditiupkan roh kedalam tubuh dan ditulis baginya 4 kalimah iaitu :
1.rezeki
2.ajal
3.baik
4.buruk
Tiupan Roh :
-Dalil yang berkaitan iaitu surah Al-Isra' :ayat85
-Sepakat ulama' menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin
selepas 120 hari disenyawakan.
-Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah
selama empat bulan sepuluh hari, bagi menjamin kesucian rahimnya(tak
mengandung).
-selepas 4bulan dan menampak kewujudan janin,keluar hukum berkenaan hak dan kewajipan nafkah.
Pengharaman pengguguran Janin :
-Sepakat ulama' menyatakan haram (setelah ditiupkan roh) dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan,
sekalipun mati selepas itu.
-Gugurkan sebelum ditiupkan roh juga haram pada
kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.
Ilmu Allah S.W.T
-Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya.
Berhujah dengan Qadar(ketentuan)
-Dalil yang berkaitan adalah surah At-Taubah : ayat105
-apa sahaja yang ditakdirkan kepada kita,redha dan teruskan serta berusaha ke arahNYA.
Amalan-amalan adalah dengan penyudahnya
-ambillah pengajaran setiap penyudah sesuatu perkara dan memohon kepada Allah agar mengukuhkan kita di atas hak dan kebaikan serta penyudah yang baik.
Perbanyakkan doa
-perbanyakkan doa kepada Allah agar menetapkan hati-hati kita di atas agamaNYA.
sampai di sini sahaja perkongsian sy tentang hadis ke-4 daripada hadis 40. apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan