Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

hadis 6 Imam Nawawi

assalamualaikum...sy rasa lama tidak berkongsi ilmu hadis...hari ini sy nak share hadis ke-6 dari hadis 40 Imam Nawawi...

hadis ke-6 ini berkenaan dengan halal dan haram...



Daripada Abu Abdullah bin An-Nu'man bin Basyir r.a. beliau berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya), dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya), dan di antara kedua-duanya (halal dan haram) terdapat perkara-perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara syubhah, sesungguhnya ia telah menjaga agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara-perkara syubhah, maka sesungguhnya ia telah jatuh dalam perkara-perkara yang haram, seumpama seorang pengembala yang mengembala di sekitar kawasan terlarang yang hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rumpai yang ada didalamnya. maka ketahuilah, sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan. dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. dan ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan sekiranya ia rosak, maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

notes :

jama'ah bersependapat ia sepertiga agama tetapi Abu Daud berpendapat ia seperempat agama kerana hadis ini meliputi halal,haram,syubhah dan berkaitan dengan hati.

Pelajaran yang terdapat dalam hadis:

1. Antara sikap wara’ adalah meninggalkan perkara-perkara syubhah .

2. Banyak melakukan shubahah boleh terjerumus kepada perbuatan/perkara haram.

3. Menjauhkan diri daipada melakukan dosa kecil kerana boleh menyebabkan seseorang melakukan dosa besar.

4. Memberikan perhatian terhadap masalah hati, kerana segala tingkah laku bermula dari hati.

5. Pertanda ketakwaan seseorang jika dia meninggalkan perkara-perkara yang syubhah kerana dikhuatiri akan terjerumus kepada perkara-perkara yang haram.

6. Berusaha menjauhi perbuatan syubhah dan haram.

7. berhati-hati dalam masalah agama dan kehormatan serta tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan syubhah.


sampai di sini sahaja perkongsian sy tentang hadis ke-6 daripada hadis 40. apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri. :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan