hari sy nak share pada anda semua tentang hadis yang ke-3 mengikut turutan daripada imam nawawi... :)
hadis yang ketiga ni berkenaan dengan rukun islam dan perkara utama.
hadis 3 (rukun islam dan perkara utama)
Daripada Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin Al-Khathtab Radhiyallahu anhuma katanya : "Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Dibina Islam itu atas lima perkara; persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan Haji di Baitul Haram dan berpuasa di bulan Ramadhan." (shahih Bukhari dan Muslim)
notes :
-rukun islam ada 5 iaitu :
1-mengucap 2 kalimah syahadah
2-solat 5 waktu sehari semalam
3-berpuasa di bulan Ramadhan
4-mengeluarkan zakat
5-mengerjakan haji(bagi yang mampu)
-merupakan perkara yang wajib ke atas setiap umat islam.
-mengucap 2 kalimah syahadah itu adalah menyakini bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
-solat 5waktu itu adalah :
-subuh
-zohor
-asar
-maghrib
-isyak
-solat merupakan tiang agama.so,wajib jaga...
-puasa di bulan ramadhan hanya sebulan dalam setahun
mengeluarkan zakat iaitu mengeluarkan sebahagian harta apabila mencukupi syarat sah wajib membayar zakat.
-zakat terbahagi kepada 2 iaitu :
-zakat harta
-zakat fitrah
-haji iaitu perjalanan menuju ke Masjidil Haram di dalam bulan-bulan Haji iaitu Syawal, Dzul Qaedah dan 10hari yang pertama dri bln Dzul Hijjah dan melaksanakan syarat wajib Haji..
tu jelah yang sy dapat share dan yang sy ringkaskan dri pembacaan sy...apa yang baik datang dari ALLAh dan yang buruk datang dari kelemahan diri ini... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan