hadis sahih dan hasan
assalamualaikum. hari ni sy nak share kat anda suma berkenaan dengan hadis sahih.
sebelum ini sy telah menerangkan berkenaan jenis hadis tetapi kali ini sy ingin menerangkan lebih lanjut berkenaan hadis sahih dan hasan.
hadis sahih
definisi
hadis sahih adalah hadis yang sanadnya bersambung, disampaikan oleh pelapor(rawi) yang adil, sempurna kekuatan ingatan(dhabit) dari awal hingga akhir sanad, tanpa ada sebarang percanggahan(syaz) dan juga kecacatan('illah).
syarat hadis sahih
terdapat 5 syarat iaitu :
1.sanad(salasiah pelapor) yang bersambung.
2.pelapor yang adil.
3.pelapor yang sempurna kekuatan ingatan.
4.tidak ada sebarang percanggahan.
5.tidak ada sebarang kecacatan.
hadis hasan
definisi
hadis hasan adalah hadis yang sanadnya bersambung, disampaikan oleh pelapor(rawi) yang adil, kekuatan ingatan(dhabit) kurang sedikit dari pelapor hadis sahih, tanpa ada sebarang percanggahan(syaz) dan juga kecacatan('illah).
syarat hadis hasan
terdapat 5 syarat iaitu :
1.sanad(salasiah pelapor) yang bersambung.
2.pelapor yang adil.
3.tahap pelapor kurang sedikit daripada dhabit pelapor hadis sahih.
4.tidak ada sebarang percanggahan.
5.tidak ada sebarang kecacatan.
penerangan
1.sanad bersambung
-bermaksud semua pelapor menerima hadis tersebut secara langsung daripada guru atau pelapor sebelumnya.contoh lafaz yang digunakan pelapor ketika menerima dan menyampaikan sesuatu hadis seperti :
+ aku/kami sudah diceritakan
+ aku/kami sudah diberitahu
+ aku sudah mendengar
contoh lafaz yang menunjukkan kemungkinan pelapor tidak mendengar dan menerima sesuatu hadis itu secara langsung ialah :
+ daripada si fulan
+ si fulan sudah berkata
2.pelapor(rawi) yang adil
-adalah keupayaan yang dimiliki seseorang sehingga mendorongnya untuk beriltizam dengan sifat takwa dan akhlak yang baik.sifat sarjana perlulah memenuhi ciri-ciri dan sifat seperti :
a)Islam
b)baligh
c)berakal
d)sempurna daripada sifat fasik
e)sempurna daripada perkara yang mencemarkan maruah
3.pelapor(rawi) yang sempurna dhabit
-Dhabit bermaksud setiap hadis yang disampaikan oleh seseorang pelapor itu mestilah betul dan tepat seperti mana yang diterima atau dalam erti kata lain pelapor tersebut mempunyai ingatan yang kuat.
4.tidak ada syaz
-hadis yang disampaikan mesti bukan hadis yang syaz iaitu tidak bercanggah dengan hadis yang sahih atau hadis dari pelapor yang lebih lagi thiqah.pelapor thiqag adalah pelapor yang mempunyai gabungan sifat-sifat adil dan dhabit yang sempurna.
5.tidak ada sebarang 'illah
-'illah ialah sesuatu sebab tersembunyi yang mencacatkan kesahihan sesuatu hadis, sedangkan pada zahirnya hadis itu kelihatan sempurna.
setakat itu sahaja dapat sy kongsikan berkenaan hadis sahih dan hasan :)
apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri sy sendiri :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan