Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

Hadis 7 Imam Nawawi

assalamualaikum...apa kabar kepada para pembaca? semoga anda sihat selalu di samping keluarga... hari ini sy ingin berkongsi 1 lagi hadis dari 40 hadis Imam Nawawi iaitu hadis yang ke-7.

hadis yang ke-7 ini tajuknya adalah agama adalah nasihat...


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim bin Aus Al-Dari r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
"Agama itu adalah nasihat". Kami berkata: "Untuk siapa?" Baginda bersabda: "Untuk Allah, untuk
kitab-kitabNya, untuk para RasulNya, dan para pemerintah Muslimin dan untuk orang-orang awam mereka".
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
notes :
di dalam hadis ini ayatnya pendek tetapi mengandungi erti dan maksud yang lus dan faedah yang tidak terkira.

Nasihat untuk Allah SWT
-nasihat yang dimaksudkan oleh nabi adalah beriman dengan ALLAH dan menafikan sekutu bagiNya, iaitu tidak mempersekutukan ALLAH SWT dengan sesuatu apapun. ini jelas dengan dalil dari surah Al-Ikhlas. ia juga menganjur kepada umat islam supaya ikhlas beribadat kerana ALLAH.

Nasihat untuk kitabNya
-nasihat yang dimaksudkan adalah beriman dengan kitabNya iaitu Al-Quran sebagai petunjuk orang islam dan merupakan kalimah suci Allah.ini jelas dengan dalilnya dari surah Al-Hijr ayat 9.

Nasihat untuk RasulNya
-nasihat yang dimaksudkan adalah membenarkan (tasqid) risalahnya dan beriman dengan kesemua yang datang bersamanya iaitu Al-Quran dan sunnahnya sebagaimana ianya terwujud dengan kecintaan kepadanya dan keta'atan padanya. ini jelas dengan dalil dari surah Ali-'Imran ayat 31.
-keta'atan kepada nabi juga merupakan tanda kita taat kepada ALLAH.ini juga jelas dengan firman ALLAH dari surah An-Nisa ayat 80.

Nasihat untuk Pemuka-Pemuka Islam
- Pemuka-pemuka Islam adalah pemimpin dan pemerintah islam serta alim ulama'. nasihat yang dimaksudkan adalah suka akan mereka atas pembaikan mereka dalam sistem pemerintahan dan menegakkan islam serta keadilan mereka tetapi bukan kesukaan mereka kerana peribadi atau harta mereka.
-nasihat kita untuk pemerintah yang zalim adalah dengan membantu mereka dalam menegakkan yang hak dan mengingatkan mereka dengannya. hendaklah memperingatkan mereka dengan lemah lembut,berhikmah dan dengan penuh kesabaran.

Nasihat untuk Orang-orang awam kaum Muslimin
-nasihat yang dimaksudkan adalah dengan membimbing mereka ke suatu arah demi kemaslahatan mereka di dalam urusan akhirat dan dunia mereka.

Cabang-cabang Nasihat yang terpenting
-memberi nasihat kepada orang yang meminta sesuatu pandangan atau rundingan.
-menasihati saudaranya semasa ketiadaannya iaitu dengan memberi pertolongan kepadanya dan mempertahankannya.ini menunjukkan akan kejujuran orang yang memberi nasihat.

Adab-adab Nasihat
-nasihat cara sembunyi untuk menutupi aibnya.
-nasihat dengan kata-kata yang lembut dan berhikmah.


setakat itu sahaja dapat sy kongsikan berkenaan hadis yang ke-7 ini...apa yang baik datang dari ALLAH dan buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan