Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

SIAPAKAH KITA?

assalamualaikum...apa kabar kepada semua para blogger?semoga anda sihat selalu... :)

hari ni sy ingin share sedikit la kat anda semua berkenaan dengan ibadah yang biasanya kita buat...sy nak share 1 pic koleksi lama sy yang menarik perhatian sy untuk menyimpannya...


nie dia pic yang sy maksudkan berkenaan dengan ibadah kita...SIAPAKAH KITA?itulah tajuk utamanya... dalam pic nie,terdapat 5 orang pemuda yang kacak tetapi berbeza dari sudut ibadah dan niatnya...

pemuda pertama yang pakai baju 'Blues' tu melakukan solat tetapi pada masa yang sama, ia masih terbayang2kan buah hatinya dan tidak fokus solat kerana ALLAH..btl x? :)

pemuda kedua sebelah pemuda pertama pula melakukan solat tetapi masih terbayang2 makanan...mungkin belum makan kot...tapi sebaiknya sebelum kita pergi solat dan terasa lapar,isi sedikit perut kita supaya semasa solat,kita dapat fokus solat kerana ALLAH dan tidak terbayang makanan...ok? :)

pemuda yang ketiga iaitu yang ditengah pula melakukan solat dengan khusyuk kerana ALLAH dan meninggalkan dari mengingati perkara duniawi sementara untuk berhubung dengan ALLAH...MasyaALLAH, itulah yang dinamakan kemanisan beribadat...dan itulah sebaik2 solat kerana ALLAH... :)

pemuda keempat pula sedang solat tetapi kekadang terasa susah ingin menyebut ayat2 ALLAH...mungkin juga ia cuba untuk merasakan khusyuk dengan membaca ayat ALLAH dengan memahami maksud setiap ayat yang dibacanya... :)

dan pemuda yang terakhir pula melakukan solat tetapi tidak dapat solat dengan khusyuk hanya kerana diganggu nyamuk...mungkin itu ujian bagi pemuda tu samada ia dapat merasakan kemanisan beribadat atau tidak jika nyamuk ganggu dia... :)

itulah cerita 5 orang pemuda yang sedang solat...tetapi kebiasaannya ada gak pemuda yang tidak 'silent'kan handphone sehingga blh mengganggu solat orang lain dan hukumnya HARAM kerana mengganggu orang solat...so,diharapkan kita silent handphone sebelum solat... :)

dan semoga kita menjadi seperti pemuda yang ketiga itu yang solatnya khusyuk kerana ALLAH... setakat itu jelah dapat sy share... :) apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri sy sendiri... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan