Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

dugaan?sabar?

assalamualaikum...hari ni sy nak kepada anda semua tentang perkara yang selalu dihadapi oleh manusia termasuk sy dan anda :)

tajuk sy hari ni berkenaan dengan "dugaan?sabar?" . apa yang anda rasa yang ingin sy share kan perkara ini kepada anda semua? :) tentu sahaja dugaan dan musibah yang sering dihadapi oleh manusia.btl x? :)

apa erti dugaan? dugaan tu kalo ikut kamus bahasa bermaksud agakan, sangkaan, tekaan, dan ramalan...tetapi yang ingin sy share adalah dugaan yang bakal,sedang or telah berlaku kepada anda :)

adakah anda pernah merasai dugaan ataupun orang di sekeliling anda diuji dengan pelbagai dugaan? adakah anda pernah mengeluh dan pernah melihat orang disekeliling anda mengeluh akan dugaan yang menimpa diri? :)

tentu sahaja anda pernah mengalami dan orang disekeliling anda mengalaminya tetapi berbeza situasi...kenapa setiap orang diuji dengan diberikan pelbagai dugaan di dalam hidup? :)

manusia perlu diuji utk melihat sejauh mana manusia itu beriman kepada ALLAH dan redha dgn ujian ALLAH...utk menguatkan hujah sy, sy selitkan dalil iaitu :

(surah Al-Ankabut :ayat2-3)
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta. 

dalam Al-Quran, Allah dah jelaskan kepada kita mengapa dia menguji kita. kekadang ada orang mengeluh :

"kepala aku diuji sebegini?aku tidak dapat bertahan dengan ujian yang berat ini.aku tidak mampu.tidak berdaya."

sebenarnya Allah tidak menguji manusia yang tidak mampu dengan apa yang mereka tidak mampu.ada dalil untuk menguatkan hujah sy iaitu :


(surah Al-Baqarah : ayat 286)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".


apa2pun kita cuba hadapi dugaan itu dengan senyuman..InsyaALLAH anda dpt kurangkan tekanan :)
tapi apa pula kaitan sabar dengan dugaan? :)

sebenarnya sy saja untuk selitkan sabar...kekadang manusi tidak dapat bersabar dengan dugaan yang dihadapinya.tapi apa2pun, kita cuba bersabar dalam menghadapi dugaan serta ujian dari Allah...

1 lagi sy ingin sentuh 1 perkara...bersyukurlah dengan apa yang kita ada tetapi bukan bersabarlah dengan apa yang kita ada...akhir kata,teruskan melangkah mencari redhaNYA..

apa yang baik datang dari Allah dan yang yang buruk/kurang itu datang dari kelemahan sy sendiri :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan