Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

~~cinta pertama~~


Cinta Pertamaku
Sewaktu  dibangku sekolah rendah, sejak berlakunya kejadian yang menimpaku, aku menjadi seorang yang tidak dikenali ramai kerana aku bukanlah seorang yang peramah dengan orang dan aku lebih suka menyendiri. Tetapi semenjak berada di sekolah menengah, diriku menjadi seorang yang terkenal kerana diriku mempunyai perwatakan yang baik tidak kira rupa paras, penampilan mahupun dari segi pergaulan. Itulah diriku seorang yang sederhana pada pandanganku tetapi berbeza pada pandangan orang lain. Mempunyai perwatakan sedemikian dan citarasa yang berbeza dalam pergaulan di sekolah yang dikatakan nakal tetapi berakal membuat diriku selesa dengan diriku kini.
Aku  seorang yang jarang bergaul dengan orang lain tetapi apabila bergaul dengan teman-teman yang mengenali diriku aku menjadi liar. Maklumlah orang yang baru masuk ke dunia remaja yang mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan lain rupanya. Kebanyakan teman-temanku terdiri daripada orang-orang yang terpelajar dan dari kelas-kelas yang pandai.  Aku lebih suka berkawan dengan orang yang pandai berbanding dengan orang yang kurang pandai kerana bagiku berkawan dengan mereka lebih banyak manfaatnya berbanding dengan orang yang kurang pandai di samping aku dapat menjadi pandai seperti mereka. Tetapi berbeza dengan teman aku yang lain, berkawan dengan semua tak kira latar belakang, asalkan mempunyai pengaruh yang banyak. Tunjuk kuat la kononnya. Bagiku hidup seperti itu membosankan!
Setiap kali di dalam kelas aku sering mengelamun dan merenung jauh ke luar tingkap. Merenung apa yang akan terjadi dan apa yang telah terjadi.  Kadang kala aku akan teringat kisah lalu ku semasa di bangku sekolah rendah, aku dan rakan sekelas yang nakal sepertiku selalu mengacau rakan sekelas yang lain sebelum ujian bermula. Pada suatu hari ketika ujian matematik hendak bermula, aku telah menikam pemadam ke arah kawanku yang berada  dua baris di hadapanku dan kelakuanku itu membuatkan cikgu yang mengawasi kami ketika itu perasan. Cikgu yang mengawasi kami ketika itu ialah cikgu yang mengajar kami matapelajaran sains, Cikgu Zahid, yang juga merupakan guru disiplin sekolah ketika itu. Dia memanggilku ke hadapan kelas, setibanya aku di hadapan kelas pipiku rasa teramat sakit apabila ditampar di hadapan rakan sekelasku sehingga aku terjatuh dan mataku kelihatan merah kerana mahu menahan air mata yang mahu mengalir tetapi aku hanya mampu menahannya bagi menyembunyikan rasa maluku di hadapan rakan sekelasku. Itulah balasan bagiku kerana terlalu nakal dan bersikap kurang ajar. Satu sekolah heboh tentang kejadian yang berlaku ke atas diriku. Sejak kejadian itu, aku menjadi pendiam dan selalu bersendiri. Ditambah dengan keluargaku berpindah ke rumah baru yang tiada jiran disekelilingnya.
Lamunanku terhenti apabila cikguku menyedarkan aku dari lamunanku.. "Hafiz!!apa yang kamu tenung tu?fikirkan awek kamu ke?" kata guruku kepadaku dan rakan sekelasku mentertawakan aku. Aduh. Apa la yang aku buat nie. Memalukan diri je. Kadang kala aku terfikir ingin mempercepatkan saja masa persekolahanku. Bila ku fikir semula masih belum tiba masanya dan banyak lagi yang belum ku capai.
Biasanya, selepas balik dari sekolah, aku dan kawan-kawanku akan ke pekan untuk makan ABC bersama-sama. Kalau tak pun kami akan pergi ke siber cafe untuk bermain game secara online tapi kadang kala aku akan menolak juga ajakan kawan-kawanku dan balik terus ke rumah.
Hampir setiap hari aku  sering mendapat surat cinta daripada peminatku tidak kira di letakkan di dalam peti surat, laci, beg mahupun diberi secara terus kepadaku dan kadang kala apabila terserempak denganku mereka akan cuba mendekatiku. Ah! malas la aku nak memikirkan tentang cinta. Bagiku cinta itu hanyalah mainan perasaan semata-mata tetapi aku telah termakan dengan kata-kataku sendiri setelah aku mengenali seorang juniorku semasa perkhemahan sekolah. Sebelum ini memang aku pernah bercinta tetapi aku tidak pernah merasa perasaan cinta kerana aku seorang yang jarang bergaul rapat dengan pasanganku dan kadangkala sengaja ku tidak membalas sms dan mengangkat panggilan telefon daripada mereka. Aku sering membuat alasan tidur dan 'busy'. Entah bagaimana tiba-tiba aku mempunyai  perasaan yang berbeza terhadap perempuan yang lebih muda 3 tahun daripadaku sedangkan semua bekas kekasihku seumur denganku. Tidak pernah aku mempunyai perasaan sebegitu terhadap perempuan yang lebih muda daripadaku.
Aku mula merasai perasaan ini ketika membantu dia mengangkat baldi yang berisi air  bagi kegunaan unit beruniform dia. Sedangkan aku  pula pengakap. Selepas berakhirnya perkhemahan itu, aku cuba mencari dia tetapi malangnya tidak menemuinya.

Apabila tamat persekolahanku, aku bersama rakan sekelasku mencari kerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM. Aku seorang yang rajin dan sering dipuji oleh majikanku kerana sanggup kerja 'overtime' dan menggantikan pekerja yang tidak datang bekerja sehinggalah suatu hari, semasa ku sedang bekerja dan baru sahaja selepas menghantar pesanan makanan kepada pelanggan, aku terlihat kelibat wajah junior yang telah mencuri hatiku. Dia berjalan-jalan bersama kawannya ke kompleks membeli belah. Dari situ, aku cuba memberanikan diri untuk menemuinya dan mendapatkan nombor  telefonnya. Semasa ku mendekatinya, mataku tertumpu pada wajah kawannya.  Rupa-rupanya, kawannya adalah junior yang aku kenal. Oleh itu, aku pun membatalkan niatku untuk meminta nombor telefonnya secara terus kepadanya. aku meminta nombor  telefon dia melalui kawannya itu. akhirnya aku berhasil mendapatkan nombor telefon  perempuan yang aku suka itu...pada hari itu,aku sengaja membuat panggilan kepadanya dan mengatakan "sorry salah no". Di situ bermulanya perkenalan antara aku dan dia...aku tidak pernah merasai perasaan itu...aku tidak pernah melayani kekasihku yang dulu  dengan semesra ini sepanjang perkenalan aku dan dia...

meskipun aku telah pergi jauh untuk menyambung pelajaranku di negeri orang, tetapi aku dan dia masih berhubung umpama kekasih yang sentiasa berada di depan mata dan bercerita...kadang kala aku sering ber'webcam' bersamanya di skype ataupun YM. Pendek kata, aku senang bersamanya.

Sehinggalah suatu hari aku memberitahu tentang perasaanku kepadanya. Ternyata dia juga mempunyai perasaan terhadapku. Bermulalah percintaan antara 2 hati dan2 insan. aku bahagia bersamanya meskipun berjauhan kerana ingin menuntut ilmu. tetapi kisah cinta itu tidak selalunya indah dan sering diuji dengan pelbagai dugaan...sewaktu aku berada jauh dari pandangan matanya, ramai wanita dan lelaki cuba untuk merosakkan hubungan antara aku dan dia. Sehingga pada suatu hari aku diuji apabila seorang perempuan post di 'wall' Facebook ku dan mengatakan
"hi sayang, lama kita xjumpa dan keluar dating.bila lagi kita nak mesra macam dulu?"
disitulah bermulanya keretakan hubungan antara kami berdua...puas aku memujuknya dan mengatakan aku difitnah.memang aku difitnah! Dan akhirnya kami memutuskan untuk berpisah.
semenjak peristiwa itu,aku tidak berhubung dengannya lagi...diriku umpama hilang arah tuju. keputusan peperiksaan ku merosot secara mendadak...sepi...kembali menyepikan diri...aku membuang segala harta benda dan gambar bersamanya dan mematahkan sim kad ku....

pada suatu hari, aku pergi ke pantai yang berdekatan dengan pusat pengajianku dengan sendirian. cuba untuk menenangkan hati yang sedih. tiba-tiba datang seorang lelaki tua yang amat elok wajahnya memakai jubah putih berseri-seri lalu menyapaku. lelaki tua itu berbual denganku sehinggalah dia bertanya padaku apa masalahku. Dengan tidak segan silunya aku meluahkan segalanya yang tersirat dihati...lelaki tua itu hanya tersenyum dan berkata "bersabarlah wahai pemuda...itu ujian bagimu… Allah ingin menguji keimananmu…masih belum terlambat untuk meraih cinta Ilahi"...

sejak hari itu,aku mulai pergi ke masjid dan banyak meluangkan masa di masjid bersendirian serta memperbanyakkan  qiamulail...aku cuba mengubati hatiku yang patah akibat cinta manusia...aku sering menulis segala isi hatiku di dalam sebuah buku yang dipanggil “diary”...kadangkala aku merenung jauh memikirkan nasib yang menimpa diriku...

akhirnya aku kembali ceria dan kembali skema seperti dulu dan hanya memikirkan tugasanku sebagai seorang pelajar dan sebagai hamba ALLAH sehinggalah suatu hari aku mendapat sepucuk surat daripada seseorang hamba Allah yang aku tidak kenali....aku berasa hairan lalu membukanya.

"assalamualaikum kepada saudara Hafiz....sy sebagai seorang hamba Allah menulis surat untuk menyampaikan satu beritayang menyedihkan kepada saudara kerana sy telah cuba banyak kali untuk berhubung dengan saudara  melalui Facebook tetapi Facebook saudara  telah deaktif. sy juga tlah cuba utk berhubung dengan saudara melalui sms dan telefon tetapi no saudara sudah tidak ada dalam perkhidmatan lagi...akhirnya sy mendapat tahu dimana saudara belajar dan sy hanya mampu menghantar surat ini kepada saudara melalui post. tujuan sy menghantar surat ini hanya untuk memberitahu orang yang saudara cintai telah pergi menghadap Ilahi dua minggu yang lepas. Dia tidak memberitahu saudara tentang penyakitnya kerana dia tidak mahu saudara risau dengannya. Dia mahu saudara focus dengan pelajaran saudara dan berharap saudara akan balik berjumpa dengannya dankeluarga dengan membawa segulung ijazah. Dia juga sering menceritakan saat-saat kamu bersama. Dia juga percaya saudara telah difitnah sebelum ini cuma dia sengaja tidak mempercayai sauadara kerana dia tahu saat itu adalah saat yang terbaik untuk membiarkan saudara pergi dari kehidupannya dan saudara dapat melupakannya. Dia berbuat demikian kerana ketika itu penyakitnya sudah mula merebak. Dia tidak mahu saudara merasa kehilangannya untuk selama-lamanya jika dia tidak melepaskan saudara ketika itu. Sekurang-kurangnya apabila dia melepaskan saudara ketika itu kehilangannya dalam hidup saudara hanya sementara. Dia memberitahu saya bahawa dia berasa gembira dapat mengenali saudara. tetapi apa akan daya dia telah 'pergi' dahulu. Dia tidak pernah menyesal mengenali saudara. Dia meninggal kerana menghidapi barah otak tahap kritikal. dia hanya berpesan padaku untuk cuba mencari saudara dan memohon maaf atas segala kesalahannya serta menghalalkan segala makan minumnya. Berharap saudara dapat memaafkan segala silap dan salahnya dan sedekahkan Al-Fatihah kepadanya...sekian..."

Tanpa ku sedari air mata menitis di pipiku. sayu hatiku membacanya. kini baru ku sedari mengapa dia melakukan sebegitu. Mengapa aku begitu bodoh tidak mencarinya? Mengapa aku meninggalkan dia bersendirian ketika dia benar-benar memerlukan aku di sisinya? Pelbagai persoalan yang bermain di mindaku ketika itu. Tidak henti-henti ku menyalahkan  diriku. apakan daya, tiada apa yang dapat mengubah apa yang telah ditakdirkan. Aku hanya mampu bersabar dan bertawakal.aku pula perlu meneruskan perjalanan hidupku yang penuh panca roba.aku berharap semoga hanya wanita terpilih sahaja yang berhak memiliki cintaku pada landasan yang betul.....end...

trima kasih atas segalanya Nur. akan ku ingatmu.terima kasih kerna membantu diriku untuk menyedarkan aku jalan hidupku. :P


haha time bosan, buat cite sket. :D

thank you kepada editor2 yang len... :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan