Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

peringkat cinta

assalamualaikum... hari ni sy nak share sedikit mengenai cinta... cinta lagi.... ia berkenaan dengan pendapat seorang ulama pada abad ke-7 mengenai peringkat cinta (maratibul-mahabah)... ulama yang sy maksudkan adalah Ibnul Qayyim... dalam pembacaan sy, menurut ulama Ibnul Qayyim, terdapat 6 peringkat cinta (maratibul-mahabah) iaitu :

1. tatayyum merupakan peringkat cinta yang paling tinggi yang hanya selayaknya Hak ALLAH semata-mata. cinta ini perlu meletakkan ALLAH di takhta cinta yang teratas. cinta ini tidak boleh didua atau ditigakan... untuk menunjukkan cintanya kita kepada ALLAH adalah lakukan yang wajib dan tinggalkan yang haram serta beriman denganNYA seperti dalam rukun iman.


2. 'isyk merupakan peringkat cinta yang kedua iaitu hanya selayaknya hak Rasulullah S.A.W.  untuk menunjukkan bahawa kecintaan kita kepada rasul,kita ikuti sunnahnya dan menjadikan rasul sebagai ikon utama kita.telah disebut dalam surah Ali Imran : 31 iaitu:

"katakanlah jika kalian cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah) maka Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian."


3. syauq merupakan peringkat cinta yang ketiga iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lain seperti suami isteri, ibubapa dan anak yang akan melahirkan mawaddah wa rahmah(kasih sayang dan belas kasihan). telah disebut dalam surah Ar-rum: 21 iaitu:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."


4. shababah merupakan peringkat keempat iaitu cinta sesama Muslim yang melahirkan ukhuwwah islamiah. cinta ini dapat menguatkan islam supaya tidak berpecah hanya disebabkan perbezaan pendapat dan perselisihan pemahaman sedangkan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.


5. 'ithf merupakan peringkat kelima iaitu simpati sesama manusia. ia akan melahirkan simpati yang cenderung untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan.


6. peringkat cinta keenam adalah keinginan kepada kebendaan(dunia) yang sama dengan intifa' (pemanfaatan). cinta ini sering melalaikan manusia tetapi boleh menjadi membantu untuk meraih cinta kepada Allah dan lain-lain dengan bersedekah, membayar zakat, wakaf dan sebagainya...


so, jom kita cek kembali peringkat-peringkat cinta kita ^_^

dengan ini,sy sertakan doa.semoga kita sama-sama amalkan ^_^


that's all..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan