Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

kali pertama dan terakhir

nama ku Hafiz...seorang yang sempoi dan tidak minat bergaya...rakanku menggelarkan ku seorang yang simple but nice. nice?yeke nice?kalo ye,Alhamdulillah. aku seorang yang kurang bergaul dengan orang lain kecuali mempunyai hal yang kerja dan penting sahaja. al maklumlah selepas kejadian 3tahun lalu, aku mulai menyendiri dan menyepi dari teman-temanku...

kehidupanku sebagai seorang student padat bagaikan milo 3 in 1.huhu sentiasa busy dengan assignment, mengkaji ilmu baru,menulis artikel baru, mengikuti forum ilmu online, dan tugasku dalam organisasi. itulah kehidupan seharianku.pabila masa lapang tiba,aku akan bercelaru dan terasa sangat bosan sehingga menulis artikel , mereka cerpen yang pendek ataupun pergi ke bilik temanku dan 'training' dengan dumbel. bagiku, aku adalah seorang yang sangat membosankan.

aku cuba melupakan masa laluku yang selama ini menghantui diriku tetapi ia sentiasa hadir dalam hidupku. aku benci perasaan cinta ini.kejadian 3tahun lalu itu membuatkan perubahan pada diriku secara mendadak. kadangkala teringat perkara bodoh yang aku cuba lakukan iaitu memotong urat d pergelangan tanganku dan mencederakan diriku...tetapi...ia tak akan merubah apa-apa. ianya MUKTAMAD. meskipun itu adalah pilihanku,tetapi itulah yang membuatkan aku merana.

aku sungguh mencintai dirinya.meskipun dia tidak mengingati diriku lagi dan tidak mencintaiku lagi, aku harus menerima kenyataan ini.HARUS! meskipun kami telah berpisah tetapi mengapa kadang kala aku masih 'follow' keadaan dirinya? aku menangis sendiri pabila teringat kisah lalu.

pada hujung minggu, aku keluar ke bandar seorang diri kerana itulah kebiasaan diriku keluar seorang diri tanpa ditemani sesiapa.kadangkala ada sahaja mengajak ku untuk keluar bersama,dan kadangkala teman-temanku cuba memasangkan aku dengan wanita lain,tetapi aku langsung tidak berminat.hatiku masih padanya.

sewaktu cuti semester dan balik ke rumah family,aku hanya membuat kerja rumah dan menyediakan makanan untuk family kerana aku telah di didik dari kecil untuk berdikari. itulah hidupku.kadangkala tugasku menghantar ibu yang aku sayang ke pejabat atau jika ibuku ingin balik ke kampung,aku akan menjadi driver dan bodyguard untuk ibuku. dah memang tugas sebagai seorang anak untuk berbakti pada parent.ayahku pula jarang mendapat cuti dan balik ke kampung bersama family.

sehinggalah suatu hari sewaktu cuti semester,aku keluar sendiri ke kompleks membeli belah dengan 1 tujuan iaitu ke Eaton atau Popular. aku lebih suka meluangkan masaku di kedai buku. sewaktu aku dlm perjalanan ke Eaton,aku terlihat kelibat wajah bekas kekasihku bersama kekasih barunya. dan aku...hanya berdiam diri dan meneruskan langkahku ke Eaton. tetapi di dalam hati, hanya Allah dan aku sahaja tahu.betapa sedihnya diri ini melihat dirinya bersama kekasih barunya sedangkan aku hanya....sendiri...

aku memujuk diriku untuk meneruskan tujuanku ke Eaton untuk mencari buku. sebenarnya aku ke Eaton untuk membeli beberapa buah buku rujukan,tetapi sewaktu aku melintasi kawasan buku agama,hatiku tersentuh untuk membeli sebuah buku agama iaitu "jangan bersedih,kebahagiaan pasti bersamamu".

pabila aku sampai ke rumah,aku menyiapkan segala kerja rumah sebelum parentku balik.pada waktu malam,hatiku tergerak untuk membaca buku agama itu tadi.dalam buku tu ada 147 bab tetapi semakin aku membaca, semakin menarik dan tersentuh diriku untuk kembali mencari cinta Pencipta. kadangkala aku terfikir adakah kebahagiaan itu dapat dicapai hanya dengan dua orang insan yang saling mencintai? banyak persoalan yang mulai timbul dalam fikiranku.

sejak dari itu,aku melupakan untuk follow keadaannya dan aku cuba mencari segala jawapan dari persoalanku.aku meneruskan perjalanan hidupku.kadangkala mengikut jemaah keluar.aku mulai berjinak mendengar kuliah maghrib,bayan dan crmh agama. Alhamdulillah akhirnya segala persoalanku mulai terjawab sehingga aku tidak lagi merasai kesedihan akibat putus cinta.

pada suatu hari, aku pergi mendengar 1 kuliah maghrib.tajuknya "CINTA VS cinta". aku melihat para jemaah khusyuk mendengar kuliah itu.aku mulai tertarik dengan kata-kata penceramah itu iaitu "jika kamu ingin meraih cinta manusia,raihlah cinta Penciptamu iaitu ALLAH,insyaAllah anda akan bahagia bersamanya". aku teringat kisah laluku,tetapi ia hanya tinggal kenangan dan apa yang penting hanyalah meraih cinta Allah.

pada keesokan harinya, sewaktu aku pergi ke kedai untuk membeli keperluan masakan untuk sajian malam, aku mendapat panggilan kecemasan daripada rakanku bahawa bekas kekasihku berada dalam ICU kerana matanya terkena bahan kimia sewaktu cuba mengambil bahan kimia untuk mencuci gmbr yang menggunakan filem dari tmpt yang tinggi untuk kegunaan amalinya. doktor memberitahu bahawa dia tidak dapat melihat lagi. aku hanya berdoa semoga dia dalam keadaan selamat.

aku mulai teringat yang aku tidak dapat hidup lama kerana aku mempunyai penyakit yang tidak dapat sembuh dan aku menyembunyikan keadaanku pada semua selepas kemalangan 3tahun lalu. aku mengambil keputusan untuk menderma mataku padanya.aku hanya berharap dia menggunakan nikmat melihat dengan sebaiknya.sebelum pembedahan,itulah kali terakhir aku melihatnya.aku tidak menyesal dengan keputusanku.

selepas beberapa bulan,aku mendengar berita dia dapat melihat. aku bersyukur dia dapat melihat kembali. selepas kejadian itu, aku mengambil keputusan memberitahu familyku tentang situasi kesihatanku yang lama aku sembunyikan dari pengetahuan mereka dan aku mengambil keputusan untuk pergi jauh.familyku menuruti kemahuanku dan pergi jauh darinya.

aku hanya berharap dia tidak sia-siakan nikmat melihat itu kepadanya. dan aku redha dengan keadaanku. aku hanya menjaga imanku dari goyah.selepas 5tahun aku menghilangkan diri,aku kembali pulang ke tempat asalku.meskipun aku tidak dapat melihat,aku gembira dapat bertemu teman lamaku.pada suatu hari, parentku ingin mencari calon hidupku,tetapi aku menolak kerana keadaanku yang tidak sihat.tetapi setelah dipujuk,akhirnya aku terpaksa mengalah dan menerima kemahuan parent ku.

rupa-rupanya pasangan hidupku adalah dia iaitu seorang wanita yang pernah mencuri hatiku. aku bersyukur dengan perubahannya yang kini bertudung labuh dan menjadi isteriku. akhirnya aku faham maksud dari kuliah maghrib "jika kamu ingin meraih cinta manusia,raihlah cinta Penciptamu iaitu ALLAH,insyaAllah anda akan bahagia bersamanya".aku bersyukur xterhingga kepada Allah meskipun diberi nikmat bahagia meskipun sekejap.aku berharap dia akan lebih tabah selepas pemergianku tidak lama lagi.berharap dia dapat menjaga imannya dengan baik...dan itulah sebaik-baik cinta...


end....


haha jangan marah kalo borink cite nie... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan