Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

ceritaku

assalamualaikum...hari ni sy melawat beberapa buah blog kekawan...rindunya pabila mereka tiada...terasa sunyi... kekadang teringat tingkah laku yang suka bergurau senda dan yang penting adalah pabila mereka menceritakan mengenai kahwin...xabis2 cerita kawin dorang tapi apapun, gembira teringat mereka... :) dan teringat peristiwa yang hampir meragut nyawaku...andai aku ditakdirkan pergi,adakah aku sekuat iman orang-orang yang mencintaiMU dan kekasihMU Ya ALLAH...?

tapi bersyukur ALLAH memberi peluang sekali lagi untuk memperbaiki diri ini... kadang kala teringat rakan dahulu semasa dibangku sekolah...meskipun jauh, sy berharap mereka berjaya didunia dan diakhirat... pernah dulu melihat persekitaran di sekolah lama...kebanyakan hanya memikirkan perkara dunia termasuklah diri ini...

tapi teringat seorang kenalan...dia tidak dikenali ramai tetapi dia menjaga peribadinya sebagai seorang hamba...mungkin sekarang dia dah menjadi seorang mujahid yang berjuang dijalanNYA dengan dakwah...sy pula?masih mencari kekuatan iaitu ukhuwwah...baruku sedar,andai bergerak seorang,ia tidak akan menjadi apa-apa malahan menjadi mangsa kepada syaitan dan nafsu...

cuma diri ini berharap dapat menghidupkan kembali majlis-majlis ilmu seperti dahulu...diri ini begitu rindukan majlis ilmu itu meskipun sebulan sekali tetapi itulah yang membangkitkan semangatku utk terus memperjuangkannya...meskipun kenalan dahulu ada yang 'syahid' meninggalkan apa yang telah dipelajari dahulu, diri ini akan terus memperjuangkan majlis ilmu itu 1 hari nanti...

sejak sy masuk ke tingkatan 3, ustazah dan suaminya iaitu guruku juga telah berpindah pulang ke negeri asal... dan tinggallah seorang ustazku tetapi dia tidak dapat aktifkan kembali majlis ilmu itu kerana dia mempunyai komitmen sekolah tahfiz yang dia bersama ustaz lain...

semenjak itu,ada guru lain cuba aktifkan kembali,tetapi ia tetap sama...sy berharap sahabat2ku yang cuba membuat usrah disekolah lamaku dapat membantu sekolahku...terima kasih tak terhingga kerana meluangkan masa anda untuk melakukan usrah di sekolah lama sy... sy rindukan sekolah dimana pelbagai perkara telah ku pelajari... semoga ada pelapis-pelapis sekolah lamaku terus bangkit memperjuangkan majlis ilmu demi memantapkan akidah dan dakwah... kepada juniorku, sy harap anda terus melangkah mencari ilmu... sy tidak lagi berada disana dan telah pergi jauh dari sabah...terima kasih kepada semua yang telah mendidikku,menasihatiku dan membantuku...hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kmu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan