Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

ramadhan kian pergi

assalamualaikum... ramadhan....kini semakin hampir ke penghujungnya... ALLAH... melihat pelbagai ragam manusia taktala ramadhan kini xlama lagi akan pergi... ada golongan yang masih teguh...tetap TEGUH! teguh sentiasa beribadah kepadaNYA...memohon keampuan dan keredhaan dariNYA... dan ada golongan yang kini semakin rancak membeli-belah sehingga nak ke sahur....

ramadhan...bulan mulia yang dikurniakan oleh ALLAH khas kepada umat Nabi Muhammad S.A.W iaitu umat akhir zaman! bulan yang ALLAH nak beri ganjaran berlipat kali ganda yang boleh mengatasi ibadah umat sebelum ini...dan bulan dimana ALLAH kurnia untuk umat akhir zaman ini supaya sentiasa refreash kembali kepada ALLAH kerana ALLAH dah ikat MUSUH NYATA manusia selama sebulan untuk manusia belajar mengawal nafsu dan tingkatkan keimanan sebelum musuh nyata itu dilepaskan....

tapi sayangnya...ramai tidak merebut kelebihan dibulan ini... lagi2 10 malam terakhir dimana terdapat 1 malam yang ALLAH nak bagi ganjaran beribadah lebih baik dari 1000bulan beribadah... ganjaran 1000bulan beribadah? sapa nak bagi kalo bukan ALLAH...tapi hanya untuk hambaNYA yang berusaha mencari sahaja... tapi jika manusia ditawarkan ganjaran dunia, ada yang sanggup mengadaikan agama dan dirinya demi ganjaran dunia...

hanya 10 malam terakhir sahaja... jika alasan untuk membeli belah,mengapa ada segelintir orang lain boleh mempersiapkan sebelum raya? mereka memanfaatkan waktu siang dengan sebaiknya dan melapangkan waktu malamnya hanya kepada ALLAH... bukan kita tidak punya waktu tapi kita tidak mengatur masa kita dengan baik...

semoga kita manfaatkan hari2 terakhir kita dengan sebaik mungkin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan