Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

life of programmer

assalamualaikum....
huhu lama x update blog....
selepas abis paper, ingatkan dapat la berehat dan tenangkan fikiran tapi rupanya indah mimpi dari kenyataan...
haha

sekarang tengah tekanan nak buat kerja... 1week nie memg berkurung dalam bilik je...makan pun xteratur dan tido lagi la xlena...tido xlena sbb tido pas subuh,bgn plak kul10am...tidonya pun pendek....

huhu
xpelah...jika inilah kerja programmer,sy bukan nak cakap give up, tapi usaha dulu...kalo xmampu, memg pindah ke bahagian multimedia...multimedia pun bukan senang dan bukan susah...
huhu cuma kene kreatif n mahir jelah...mcm programmer plak,memg bce la coding tu and cri error smpai la dah solve....jgn otak yang error dah la...

tapi terfikir plak,mcm mana lah orang yang bina software, OS dan game ye? mesti PRO otak dorang...xpe...
kurniaan Tuhan pada dorang n dorg rajin explore....sy rasa sy explore makin lama makin pening ada lor...hehe

tapi apa yang penting,blaja dan improve lagi skill diri kita...usaha tangga@jalan kejayaan....hehe
that's all jelah nak share buat masa yang singkat tapi error otak fikir pasal hal program nie...hehe


broken heart?

assalamualaikum....hari ni sy terasa ingin mengarang je lagi...tak tahu la kenapa tangan nie tak berhenti menaip je dari tadi....xpelah...hehe hari ni sy nak share 1 lagi kisah dan sedikit output yang sy dapat dari pengalaman dan dari pembelajaran mengenai 1 pic nie....pasti ramai yang bercinta dan pasti ada yang belum pernah bercinta...tapi itu tidak mengapa...sy ingin share pic yang memang kalo orang bercinta pernah laluinya... :)


inilah pic yang sy maksudkan...pasti ada yang pernah laluinya...kan? sy tertarik dengan pic ini kerana meskipun dulu pernah laluinya,tetapi masih belum terlewat bertaubat padaNYA... :) sy faham kadangkala orang yang selepas 'break' dengan kekasih pasti mandi tak basah sebab ada yang mandi bawa payung macam dalam pic nie sampai ada yang 1 week xmandi...hehe xdelah... :)

sebenarnya jika kita ada rasa-rasa begini,kita perlu check hati kita cepat...tak perlu jumpa doktor dan X-RAY hati kita tapi kita check balik sendiri pun dah cukup...penyakit hati ini sebenarnya bahaya...jika kita tak rawat hati kita yang sakit nie dengan segera,hati kita akan semakin rosak dan boleh menyebabkan hati mati...ubat untuk penyakit hati yang sedih pas 'break' nie bukan cari kekasih baru, tapi mencari kembali Pencipta kita dan mencari kembali kekasih lama kita iaitu cinta kita kepada kekasih ALLAH....

ubatnya pula adalah amik wuduk,solat dan bertaubatlah padaNYA...itulah yang terbaik...rawatlah hati kita sebelum hati kita semakin parah...pabila tiba masanya,jangan kita menyesal di akhirat kelak...dan yakinlah jika kita hilang sesuatu yang kita sayang,ALLAH akan ganti yang lebih baik dengan cara yang Halal iaitu nikah yang menghalalkan hubungan antara adam dan hawa...ceh...romantik la plak...haha tapi itulah kenyataan...

tu jelah nak share....so,jaga hati dan iman kita ye...dan cubalah untuk tinggalkan perkara yang dapat menjauhkan kita dari ALLAH...ok?yang baik datang dari ALLAh dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

jom Dating :)

assalamualaikum....hari ni sy nak share kat anda la tentang sesuatu topik yang lama dah patut kita tahu dan amalkan dalam masyarakat...topik apa? mesti la pasal Dating...dating?hehe yups dating...ala-ala romantik la... hehe tapi sebenarnya kita perlu ubah dating orang zaman sekarang terutamanya golongan remaja, dan belia... :)

mesti anda terfikir cara dating macam mana yang sy maksudkan...betul tak?jom kita tengok pic kat bawah nie...


inilah dating yang sy maksudkan...hehe kebiasaannya orang dating nie bawa kawan or adik sebagai teman untuk cover line,tapi ini baru la best....bawa la bakal ayah mertua dating sama-sama dengan anak dara dia... baru namanya lelaki sejati...hehe sebab apa sy cakap macam tu?sebab lelaki tu berani dan kalo tetibe tangan lelaki tu gatal nak sentuh anak orang, bakal bapa mertua dia kuar parang...hehe pe macam?ada lelaki kat luar sana berani sahut cabaran nie?hehe

seperti yang kita tahu,kita diajar menjaga adab dan batas pergaulan agar kita tidak terjerumus ke lembah maksiat...betul tak?dan itulah cara yang baik...dengan bawa ayah kepada pasangan bersama, kita tidak berani buat sesuka hati...tapi kita perlulah ingat, meskipun nak dating tu dan orang lain xnampak, ALLAH Maha Melihat dan Maha Mengetahui akan segala sesuatu perkara dari sebesar perkara hinggalah sekecil perkara sekalipun... :)

bila tengok pic nie,lucu la pulak...bakal ayah mertua pula bermanja dengan bakal menantu...haha tapi takpelah...jika kita nak amik hati pasangan,perlu amik hati kedua ibubapa pasangan gak untuk menjaga hubungan yang baik dan merapatkan hubungan kekeluargaan... :)

sampai disini sahaja dapat sy share...apa yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

politik la pula :)

assalamualaikum...hari ini sy ingin share la sedikit mengenai apa yang terjadi kat negara kita...semakin hari semakin banyak pula cerita panas sensasi...macam kedai kopi waktu malam la plak...hehe tapi itulah realiti kehidupan kita sebagai manusia..memang pelbagai ragam manusia nie...hehe

pabila pilihanraya semakin hampir,semakin banyak gerakan yang mula bangkit mempertahankan hak rakyat dan ada pula yang cuba mengaburi mata rakyat dengan harta benda dan kekayaan...itulah kenyataan...sy sebenarnya nak share la sikit kat anda semua...kita buka mata dan buka minda kita...jangan pula buka pakaian anda plak macam yang terjadi pada orang zaman sekarang yang berbaju tetapi seperti tak berbaju...sy rsa anda faham kata-kata sy nie... :)

sy nak share 1 pic yang sy jumpa kat mr.google...thanks to ALLAH coz share it to me... :)

inilah pic yang sy maksudkan... kalo kita zoom pic nie, tertulis "Anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu"... wah!! UMNO lagi...ish2....boleh-boleh cakap PAS tu parti ajaran sesat dan Ancam Akidah Ummah lagi tuh...nie memang bahaya la...kenapa sy cakap macam tu? jom kita pergi melawat ke negeri kelantan... sy share 1 pic dari kelantan....



korang rasa-rasa la,ada tak papan notis macam nie kat negeri lain?mungkin ada yang cakap ada, tapi bukan semua...UMNO kata PAS ancam AKIDAH UMMAH, tapi UMNO pula? :)

sy tak nak la tuduh UMNO macam-macam tapi kita lihatlah sendiri, terlalu banyak masalah sosial yang berlaku...apabila masalah berkenaan agama, ramai tuduh PAS tak amik tindakan...huhu sebenarnya anda tidak melihat gerakan orang-orang PAS dalam memupuk remaja,kanak-kanak dan orang tua dalam kembali kita ingat kepada Pencipta...sy melihat mereka tetap melaksanakan gerakan mereka meskipun ada kekangan kewangan dan kerajaan pula? teringat pula pasal duit baitulmal...apa guna duit baitulmal? banyak duit tu boleh guna untuk gerakan dakwah dan kesedaran tentang islam...tapi sayangnya ada yang tak dapat terima...

jom kita tengak jemaah tabligh pula...mereka sanggup guna duit mereka ke jalan ALLAH... mereka menggerakkan gerakan mereka menyeru manusia kembali kepada ALLAH dan menginsafi akan kesalahan lalu,tetapi UMNO?ada guna duit sendiri?guna duit rakyat ada la... inilah realiti kehidupan kita...

seharusnya Pemimpin patut memberi contoh yang baik kepada rakyat...lihat sultan kelantan...

sultan kelantan turun padang kutip sampah dan gotong-royong dengan rakyat... 

sultan kelantan jadi imam kepada rakyat dan tok guru nik aziz pun jadi makmum...

tok guru nik aziz dengan sultan kelantan... mesra... :)

inilah yang patut pemimpin contohi...pemimpin kene jadi imam kepada rakyat dengan berlandaskan agama, bukan berlandaskan akal semata-mata...ingat balik, umat islam perlu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta pemikiran akal yang tidak bercanggah dengan islam...that the best way... :)

jadi, kepada rakyat malaysia, jadilah rakyat yang bijak mencari pemimpin...memilih pemimpin bukan kerana bangsa dan pengaruh mereka,tetapi kerana akhlaknya yang baik dan mampu pimpin kita ke jalan ALLAH...apa yang baik,datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...

Muey thai

assalamualaikum...hari ini nak share sedikit pengalaman diri ini pada sabtu lalu... sabtu lalu ada program penutupan sukan rakyat dan program 3K...

pelbagai ragam telah ku lihat...semua itu akan menjadi sebuah kenangan...


ini adalah salah satu kenangan bersama senior sy yang kini semester akhir dan mengikuti kelab Muey thai Kenyalang...bulan 5 nie dia akan ke KL untuk wakil sarawak dalam pertandingan Muey thai... hope dapat menimba ilmu seni pertahankan diri Muey thai sebelum hujung tahun ini...

masa program penutupan itu,sy bersama seorang kawan dan senior sy membuat persembahan Muey thai...itulah pertama kali sy membuat persembahan secara spontan...hehe 
ini video persembahan sy bersama senior dan junior sy :)




sampai disini sahaja ingin sy share kepada anda semua... :)

hari jadi?

assalamualaikum...hari ini sy ingin share sesuatu kepada anda semua mengenai research sepanjang perjalanan hidup sy... hari ini sy akan berkongsi sedikit cerita mengenai hari jadi...hari jadi?ada apa dengan hari jadi? pasti anda pelik dengan tajuk kali ini...

sepanjang perjalanan hidup sy dan sepanjang pergi ke majlis hari jadi dan kesyukuran, tidak pernah sy melihat adat yang pelik...tetapi semakin perubahan zaman,semakin pelik orang malaysia terutamanya remaja meraikan hari jadi kawan-kawan mereka... ada yang melemparkan kek, tepung, air dan telur pada muka kawan mereka dan yang lebih sedihnya melemparkan telur busuk pada kawan yang pada hari itu adalah hari jadi dia...

adakah ini adat kita?adakah ini yang diajar oleh agama serta guru kita? pastinya tidak...tetapi mengapa kita melakukan perkara sedemikian?ada yang mengatakan "untuk bergembira","untuk merapatkan hubungan kawan" dan sebagainya tetapi itu bukanlah alasan yang dapat diterima secara umum...perkara sedemikian boleh dikira sebagai perkara tidak baik kerana anda telah menghabiskan duit anda semata-mata untuk mengenakan orang lain,menjatuhkan maruah orang lain dan menyusahkan orang lain...mengapa sy mengata sedemikian? anda membeli tepung dan telur semata-mata untuk mengenakan kawan anda sedangkan ia adalah makanan...anda menjatuhkan maruah orang dengan mengotorkan kawan anda didepan orang ramai...anda menyusahkan orang lain iaitu anda menyusahkan pihak 'cleaner' untuk membersihkan apa yang anda lakukan dan anda menyusahkan kawan anda yang terkena oleh anda dengan membersihkan diri mereka...

sebaik-baiknya tidak perlulah kita meraikan hari jadi anda dengan cara ini...tetapi raikan hari jadi kawan anda dengan cara yang baik atau memberikan mereka sesuatu penghargaan semperna memperingati hari lahir mereka dan memberi sokongan kepada kawan anda untuk menempuhi hari-hari mendatang...itulah cara yang baik...tidak perlulah kita mengenakan kawan kita kerana takut ada salah faham dan boleh menyebabkan pergaduhan antara anda dan kawan anda...



sekakat ini sahaja perkongsian sy...diharapkan kita tidak mengikut perangai-perangai pelik dari sesuatu bangsa yang tidak baik dan amalkan adat kita yang baik dengan cara yang baik...hargai kawan anda selagi mereka baik dengan anda... yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan diri sy sendiri...


saja2 memenuhi blog :)

assalamualaikum...hari ni sy ingin share kepada anda tentang bagaimana nak membina blog anda menjadi blog yang menarik...

sy xla pandai buat blog sy jadi menarik tetapi sy juga belajar dari blog tutorial yang lain...sy ingin mencadangkan kepada anda beberapa buah blog yang boleh anda kunjungi untuk belajar membina blog yang menarik...

http://jombinabelog.blogspot.com

http://bicarafarah.blogspot.com



disini sy juga ingin share kepada anda blog berkenaan dengan komputer...mungkin ini boleh membantu anda cara untuk membaiki PC anda....

http://juruteknik-komputer.blogspot.com/



sampai disini jelah sy dapat share kepada anda semua hari....sekian :D