Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya... Sinari Hidup Anda dengan Iman dan Takwa

carian

mengawal pintu nafsu

assalamualaikum...semperna hari jumaat nie,sy nak share sikit berkenaan ngan khutbah jumaat yang sy dengar...

tajuk khutbah jumaat kat tempat sy iailah "mengawal pintu nafsu"..
hmm...memang sy tersentuh dengar khutbah jumaat nie...so, sy nak share kepada anda semua isi-isi penting dalam khutbah jumaat ni..

sepeti yang kita tahu, bahawa syaitan sentiasa berada di sekeliling kita yang sedang menunaikan janjinya kepada Allah S.W.T. iaitu menyesatkan umat manusia di muka bumi..begitu halusnya syaitan bermain dalam hati kita , mempengaruhi kita untuk melakukan kemungkaran.

kita sering mendengar anak-anak muda masa kini terbait dalam kegiatan maksiat yang berkaitan dengan seks sehinggalah membunuh dan cara penyelesaiannya adalah dengan cara islam yang perlu kita teliti untuk difahami dan diguna pakai.

meskipun kegiatan keji ini debenci oleh semua agama, tetapi hanya islam je yang mengenakan hukuman yang paling berat kepada penzina iaitu direjam sampai mati jika pernah berkahwin dan disebat 100kali bagi yang belum berkahwin. hukuman keras ini tepat kerana perbuatan zina adalah perbuatan yg terkutuk dan menjatuhkan maruah diri manusia serta melahirkan status keturunan hina yang berpanjangan serta menjatuhkan maruah agama , bangsa dan negara. itulah keistimewaan hukuman islam.

pergaulan bebas adalah punca utama kepada berlakunya penzinaan dan ketahuilah bahawa lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya ia telah mendekati pintu zina. sama juga seorang lelaki yang memberi tumpuan yang penuh pandangannya kepada wanita dan banyak lagi yang mendorong kepada penzinaan...malahan bercerita tentang seks pun mambawa kepada zina..
Firman Allah :

"dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." (surah Al-Israa' : ayat 32)


kita tahu gak bahawa orang yang berzina akan menerima azab seksa yang sangat pedih di neraka jahanam. panasa api neraka adalah 70 kali ganda panas api di dunia sedangkan kita yang terkena bahang api di dunia pun tidak dapat menahannya, apatah lagi di neraka.

nafsu seks adalah fitrah manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan dan hendaklah disalurkan secara halal iaitu perkahwinan yang sah.dalil untuk itu adalah :

Hadis riwayat Muslim
Daripada Abu Zarr al-Ghifari, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “ Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang munkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah”. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah,“ adakah kami mendatangi isteri-isteri kami baginya mendapat pahala?. Rasulullah bersabda “ Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya bila melakukan perbuatan yang halal itu pastilah berpahala”.

Para sahabat RA apabila mendengar sabda Rasulullah SAW itu agak terkejut kerana mereka tidak terfikir sebelum itu dan agak pelik juga. Lantaran itu mereka pun segera menyusulkan pertanyaan kepada Rasulullah dengan kehairanan: “Melakukan hubungan kelamin antara suami isteri pun diberi pahala”.Rasulullah SAW menjelaskan dengan mudah, ‘jika seseorang melakukan zina maka mereka berdosa, dimasukkan ke dalam neraka kerana persetubuhan haram. Tentulah tidak adil jika tidak diberi pahala bagi seseorang yang berusaha melakukan pernikahan yang halal bagi menghindarkan dari melakukan zina. Jika orang yang berzina itu menerima padah masuk neraka maka logiknya orang yang melakukan persetubuhan halal itu diberi pahala dan seterusnya memasuki syurga Allah”.


seperti yang kita tahu, hukum perkahwinan yang ditetapkan islam adalah wajib kepada mereka yang berkemampuan dan mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh terjerumus ke lembah maksiat. berdasarkan kepada pandangan ahli-ahli fiqh dan hadis Rasulullah S.A.W. bahawa mereka yang berkemampuan dari segi zahir dan batin hendaklah mendahulukan perkahwinanan dari ibadah yang lain kerana dikuatiri maksiat akan berlaku pada dirinya..hadis yang dimaksudkan iailah :

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada syahwat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim) 



Menurut pandangan Imam al-Nawawi dan al-Shafie golongan pemuda yang dimaksudkan di dalam hadith tersebut ialah mereka yang sudah baligh dan belum mencapai usia 30 tahun. Penekanan kepada usia ini kerana ianya berada pada peringkat segala-gala memuncak kecuali kematangan. Kebiasaan pada peringkat umur ini, nafsunya tinggi, semangatnya kuat, tenaganya berlebihan, hasrat ingin mencuba timbul di dalam pelbagai perkara namun malangnya kebanyakan perhitungan mereka itu singkat belaka.

Ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang seusia sebegini memberi perhatian kepada keperluan mereka. Ingatlah bahawa dasar hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah tidak membebankan.

Apabila seseorang itu berkemampuan membina rumah tangga maka hendaklah ianya bersegera bernikah. Perkataan al-nikah itu sendiri sebenarnya daripada lafaz yang mengandungi maksud mengharuskan bersuka-suka pasangan suami isteri dalam bentuk yang diizinkan syarak.Tekanan perasaan keinginan dan nafsu yang terkumpul dalam diri dapat diluahkan dengan cara yang diredai Allah SWT. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu terpaut (rasa kagum) dengan seseorang perempuan lalu memberi kesan dalam hatinya maka hendaklah dia mendapatkan isteri dan menyetubuhinya kerana itu boleh menghilangkan apa yang ada dalam dirinya”(Riwayat Muslim).

Oleh itu dengan kewujudan pasangan yang sah dapatlah memelihara larangan Allah SWT dari segala kemungkaran yang bersangkutan dengan kemaluan dan mata serta dapat mengawal pintu nafsu.Jadikanlah hidup berkeluarga sebagai satu ibadah yang sentiasa di rahmati Allah SWT. Ingatlah bahawa Islam mengharamkan penzinaan tetapi mengizinkan perkahwinan secara yang sah. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT iaitu :

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir”.(surah al-Ruum, ayat 21)


sy edit dan ringkaskan teks khutbah jumaat nie... hmm... tetapi bagi sesiapa yang ibubapanya tidak membenarkan untuk berkahwin pada usia yang muda, berpuasalah , sesungguhnya puasa itu juga dapat mengajar kita untuk mengawal nafsu kita...sy petik kembali hadis di atas tadi iaitu :

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada syahwat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim) 


hope anda dapat berfikir dan fahami dengan mendalam...dan sy tidak mahu menghalang anda wahai pemuda/i untuk post hal-hal kahwin kat mana-mana media massa tetapi dalami dan fahaminya dengan mendalam....insyaALLAH anda akan memahaminya disamping share kepada yang lain... apa yang baik, datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan sy sendiri.





3 ulasan:

  1. :) perkongsian yg amat menarik... like3

    BalasPadam
  2. cycy_dandelion = :) ia dari khutbah jumaat je dik :) perlu dalami isi-isi khutbah :)

    Nysa Khayrunnyzsa = u r welcome my twin :)

    BalasPadam